Kau memandang Yoongi yang sedang resah. "Apa kau rasa kalau aku bagitahu semua orang manusia yang diorang anggap raksasa selama ini adalah hantu?""Kau tak akan..
Berani.."
"Oh, jadi selama ini kau Min Yoongi rupanya han.." nada kau dilantangkan namun bibir Yoongi pantas mendarat pada bibir kau. Kau tersentak. Tindakan berani mati itu berjaya membuatkan kau terdiam.
"Kalau kau bising lagi, benda tadi akan berulang faham?"
Dengan naif dan tidak tahu apa apa kau mengangguk.
"Ehem ehem.."
Kau dan Yoongi memandang kedepan. Miss Suh sudah berdiri di hadapan kau dengan pandangan maut.
-
Kau memandang Yoongi di sebelah yang sedang menutup mata sambil bersandar pada dinding seperti menunggu sahaja bila loceng akan berbunyi. Sudahlah kena denda berdiri di luar kelas.
"Kau memang selalu macam ini?" Yoongi diam. Dia langsung tak mahu melayan kau.
Bosan kerana tidak berbuat apa apa kecuali berdiri, kau menghadap berhadapan dengan Yoongi. Kau memandang setiap inci wajah Yoongi. Kau cuba menyentuh muka Yoongi.
Yoongi berasa tidak selesa. "Aku tak pernah nampak hantu yang tak ada cacat cela macam kau." kata kau.
Malu dengan tindakan kau, Yoongi menunjal dahi kau dan membuatkan kau terdorong ke belakang.
Masa berlalu namun tiada perbualan antara kau dan Yoongi.
"Kau.."
Okay, akhirnya bercakap juga hantu ini.
"Kau boleh tolong jangan cakap dekat sesiapa yang aku bukan manusia?"
'Apa aku dapat? Aku rugi.'
"Kalau aku tak mahu?"
Yoongi berpaling kearah kau dan menunduk memandang kau. "Kau nak tengok macam mana hantu goda orang?"
Kau memejam mata dan menggeleng. "Good" Yoongi kembali membisu. Susah kalau ada teman yang tak peramah. Tapi.. Yoongi bukan teman kau.
-
"Disebabkan kamu melakukan kesalahan pada hari pertama kamu, kamu akan didenda."
Kau mengelap peluh di dahi dan melihat hasil kerja kau dari tadi. Kelas yang sungguh kotor dan tidak tersusun sudah menjadi bersih dan kemas. Bangga dengan diri sendiri, kau tersenyum. "Fuh penat.."Kau menggalas beg dan melangkah keluar dari kelas. Pintu ditutup rapat dan kaki kau mula mengatur langkah kearah pintu utama. Kau memandang ke luar tingkap di sebuah koridor. Siang sudah berlalu dan malam pula berlabuh. Angin dingin pada malam itu meniup lembut rambut kau. "Heena.."
Suara itu lagi. Kau mahu berhenti namun perasaan takut membuatkan kau mempercepatkan perjalanan. Pintu utama dipandang dan tangan kau mula pegang pada tombol pintu ini namun..
"Apa ini?"
Bersungguh-sungguh kau memulas tombol tersebut namun tidak terbuka. Kau mula gelisah. "Heena.." suara itu makin dekat dan..
Kau memejam mata.
-
Yoongi memandang langit di luar balkoni. Bayangan kau pula menerjah ruang fikirannya.
Jangan risaukan dia.
Jangan risaukan dia.
Bagai menghinopsis diri sendiri, Yoongi menutup mata. Kemudian, matanya terbuka. Diari yang berada di meja diambil kemudian dibuka.
YOU ARE READING
The Dark Fate
Mystery / ThrillerSeorang gadis yang merupakan pelajar baru sudah diberi amaran. Terdapat beberapa peraturan di sekolah itu. -Jangan bercakap dengan Min Yoongi. -Jangan dekat dengan Min Yoongi. "Kau tahu dia apa? Dia raksasa." Gadis itu tidak menunjukkan apa apa reak...