Kau terkejut memandang darah yang menghiasi lantai simen itu. Kau bingkas bangun. Tangan kau ingin mencapai dan menarik langsir setelah pintu itu dibuka namun guruh berdentum membuatkan kau terkejut dan kau bingkas keluar.
"Dalam itu.." gadis itu datang semula menghalang laluan kau untuk beredar. "Semua rahsia ada dalam sana.."
Kau tersekat antara perasaan takut dan mahu menolong gadis itu.
-
Yoongi memandu dalam keadaan baran. Semua salah Heena. Ji Heena. Ji Heena. "Kau yang cari nahas. Heena." mulutnya kumat kamit memarahi Heena.
Hujan mulai turun membasahi bumi dan kilat sambar menyambar. Yoongi memerhati luar kereta apabila hujan tidak nampak seperti mahu berhenti dalam masa yang terdekat.
Dalam hatinya, perasaan aneh muncul. "Kenapa aku risaukan Heena?"
"Mana Heena sekarang?"
"Dia dalam sekolah lagi ke?"
"Mesti dia dah balik sekarang ini."
Dalam fikirannya, soalan ini berputar putar. Yoongi mengetap gigi sebelum membuat pusingan - U kembali ke sekolah.
Payung yang menjadi penghalang buat air hujan membasahi tubuh lelaki itu dipegang kuat dek angin kencang. Pantas dia membuka pintu utama sekolah dan ingin menerjah namun Heena dengan muka yang pucat berada disebalik pintu.
"Yoongi.."
Kau tersenyum lemah.
"Kenapa..lam..bat sangat?" soal kau sebelum pandangan kau gelap dan tubuh kau jatuh pada bahu Yoongi. Tangan Yoongi pantas memaut tubuh kau. "Kenapa ini?" tangan Yoongi menekap dahi kau. Panas.
Tubuh kau dicempung menuju ke kereta. Kereta Yoongi dipandu menuju ke rumahnya.
-
Kau membuka kelopak mata yang terasa berat. Bagai dihempap sesuatu di dahi kau memegang dahi kau dan mengambil kain basah. "Aku dekat mana?"
Kau bangun dari baring dan berlegar-legar melihat setiap sudut bilik itu. Tombol pintu dipulas dan terpacak Yoongi di muka pintu. "Kau dah sihat?"
Kau memandang Yoongi tanpa berkedip. "Aku dekat rumah kau ke?" Yoongi tidak membalas dan berjalan menuruni tangga ke dapur. Kau hanya mengikut Yoongi.
"Duduk."
Kau duduk di meja makan dan memandang Yoongi yang sedang menggaul sesuatu di dalam periuk. Pandangan kau dialihkan pula pada satu gambar di satu almari. "Tak nampak macam dia langsung." orang pada gambar itu berbeza sedikit daripada wajah Yoongi. Lebih kacak sedikit.
"Auch.." regekan dari Yoongi membuatkan kau terkejut dan mata kau tertumpu kepada Yoongi. "Kau okay?" Yoongi hanya memandang kau sekilas kemudian mengambil mangkuk dan memasukkan makanan kedalam mangkuk tersebut.
"Bubur.." mangkuk itu diletakkan di hadapan kau. "Kamsahamnida.." kau tersenyum riang melihat makanan. Yoongi duduk di sebelah kau. "Apa ini?" kau mencebik. "Tak sedap ke?"
"Masakan kau lebih sedap dari masakan aku.." sudu dihulurkan kepada Yoongi. Yoongi memandang kau pelik. "Buka mulut.." Yoongi menggeleng. "Jebal..buka mulut.." Yoongi mengeluh dan terpaksa mengalah. Yoongi membiarkan kau mensuapkan sedikit bubur kepadanya.
"Tangan kau..okay?"
"Okay.."
Sepatah sahaja balasan daripada Yoongi.
Kau menarik tangan Yoongi untuk memerhati dengan lebih teliti namun seperti ada rasa sesuatu kau lepaskan semula.
Yoongi memandang kau dengan penuh tanda tanya. "Kenapa pelajar lain takutkan kau?"
YOU ARE READING
The Dark Fate
Mystery / ThrillerSeorang gadis yang merupakan pelajar baru sudah diberi amaran. Terdapat beberapa peraturan di sekolah itu. -Jangan bercakap dengan Min Yoongi. -Jangan dekat dengan Min Yoongi. "Kau tahu dia apa? Dia raksasa." Gadis itu tidak menunjukkan apa apa reak...