Sabtu.
Aku bangun awal. Hari ni ada pasar kat pekan. Aku tengok jam. Pukul 9. Masih awal, fikirku. Aku gi tengok TV untuk membunuh sedikit masa.
Sejam kemudian.
Aku tengok jam. Pukul 10. Sudah tiba masanya. Aku bangun pergi dapur. Basuh muka. Kumur-kumur. Ambik duit. Tengok cermin. Tampak segar. Aku puas hati.
Tempat pertama aku cari kat pasar adalah keropok lekor. Cun! Banyak lagi.
"Cik, aaa.. Saya nak yang ni 2 ringgit, dengan yang tu 2 ringgit"
Keropok lekor dan duit bertukar tuan.
Aku balik rumah.
Dalam perjalanan pulang, aku suap satu ke dalam mulut. Sedap. Aku ambik lagi satu.
Nikmat. Keropok lekor masih banyak. Aku ambik lagi satu. Kunyah. Tapi ni ada bahagian dia yang liat sikit. Susah nak kunyah. Aku kunyah lagi kasar. Pun tak mahu lumat. Aku mengaku kalah. Aku nak buang. Aku tarik keluar dari dalam mulut.Amende ni?!!!
Macam mana boleh ada plastik dalam keropok lekor ni?!!!
Hari tu aku memang takde selera nak makan.
250216
1622