Fauzan, itulah panggilan aku yang di beri oleh penduduk kampung. Aku merupakan salah seorang pelajar silat Tok Din di kampung ini, Tok Din terkenal di dunia persilatan dan beliau merupakan pakar perubatan tradisional. Ramai pemuda daripada kampung sebelah dan tidak kurang juga yang datang dari jauh untuk berguru dengan Tok Din namun Tok Din menolak mereka semua, aku merupakan salah satu daripada empat murid beliau yang bertuah dipilihnya.
Aku dan rakan seperguruan aku belajar seni ini daripada umurku lapan tahun, bermacam cara beradu tenaga yang diajar oleh Tok Din kepada aku dan rakan seperguruan aku Rizwan, Haziq dan Rauf. Kami seperti adik beradik yang membesar bersama di bawah guru yang sama, tahun ini sahaja kami bersama sama meningkat umur dua puluh tahun.
Tok Din yang kini berumur tujuh puluh dua tahun, tahun ini beliau mengajar kami teknik jurusan yang banyak menggunakan tenaga dalaman, beliau sering menasihatkan kami untuk menunaikan kewajipan kami terhadap agama dan jangan sesekali cuba mendekati larangan agama.
Suatu malam Tok Din mengeluarkan keris pusakanya dari bilik beliau, beliau memanggil kami berempat yang sedang berlatih untuk berkumpul dan duduk besila di hadapan beliau. Beliau menunjukkan kami keris pusakanya sambil menceritakan kesah keris pusaka yang diturunkan kepadanya. Asal keris beliau merupakan peninggalan gurunya yang berasal daripada Indonesia tengah, keris tersebut dihantar oleh seorang lelaki berserban dan berpakaian putih semasa gurunya ingin membantu orang kampungnya yang di serang penyakit wabak. Dengan berkat doa kepada tuhan keris itu di hantar kepadanya, bukan keris itu yg mengubati penyakit orang kampung tetapi keris tersebut dijadikan perantara dan cuma sebab untuk mengubati penyakit orang kampung guru Tok Din sedangkan kuasa sembuh itu datang daripada tuhan yang satu.
Keris itu juga telah banyak menewaskan musuh semasa zaman perperangan dahulu, pemilik keris itu pernah ditembak oleh Tentera Jepun namun tidak memperolehi sebarang kecederaan. Sambungnya lagi, pemilik keris itu mempunyai banyak kelebihan ada yang berkata pemilik keris itu akan memperolehi kuasa ghaib dan ada yang pernah melihat pemilik keris berlari pantas di atas lalang dan melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.
Tok Din berkata "salah seorang daripada kamu akan mendapat keris pusaka ini namun kamu haruslah lulus dalam ujian tok". Kami berasa amat teruja dengan kata kata Tok Din tersebut, sesiapa sahaja menginginkan keris itu jika semua yang di ceritakan Tok Din benar, persoalan tentang cerita itu terus bermain di minda aku tentang keris pusaka itu.
YOU ARE READING
KERIS PUSAKA GURU
FantasyPengembaraan di dunia ghaib besama keris pusaka yang diturunkan kepada seorang pelajar silat