Aku melihat lembaga hitam itu semakin hampir kepada aku, akupun membuka kuda-kuda menguatkan pertahanan aku dan dengan sabar aku menunggu. Lembaga itu kini berada di hadapan aku dan wajahnya kelihatan seperti Rauf, kuda-kudaku kembali tenang dan pertahanan aku kini kembali seperti sedia kala.
Aku yang berdiri berhadapan dengan Rauf bertantang mata sepertinya ada sesuatu yang ingin Rauf sampaikan, tanpa berkata apa-apa beliau mengeluarkan keris daripada dalam bajunya lalu dihinus di hadapan aku lalu di tikam keperut aku, aku tidak sempat mengelak menyebabkan keris itu tertusuk di tepi perut aku.
Banyak persoalan di dalam fikiran aku setelah melihat keris yang beliau gunakan adalah keris Tok Din. Jantung aku berdegup kencang, nafas aku semakin laju dan aku terduduk membuka mata, rupanya ianya hanya satu mimpi mainan tidur. Hari sudah siang, aku segera bangun dan meguruskan diriku dengan pantas supaya aku boleh ke rumah Tok Din lebih awal.
Sewaktu dalam perjalanan aku masih teringat ingat mimpi aku semalam, kerana aku berasa sungguh aneh dan sepertinya ia benar benar berlaku.
Setibanya aku di rumah Tok Din, saudara seperguruan aku sudah berkumpul dan aku sedikit lewat. Aku melihat Rauf dan tersenyum kerana mimpiku semalam, kami terdengar suara orang tua yang sudah biasa kami dengari cuma suara itu agak jauh. Kami berpusing kebelakang dan melihat Tok Din sudah bersedia membawa bekalannya, beliau suruh berbaris di gelangang dan menunggunya sebentar sepertinya ada sesuatu yang beliau terlupa di dalam rumah.
Pada pagi itu, Tok Din meberitahu kami bahawa kami akan diuji di sebuah kawasan air terjun di Bukit Haru. Bukit itu terkenal dengan makhluk halus dan tidak lari dari "mat nombor ekor", selain itu juga bukit itu terkenal dengan petapa petapa yang menginginkan kekuatan batin, banyak kejadian yang berakhir dengan kes hilang di kawasan tersebut.
Dengan restu dan berkat kami seperguruan memulakan perjalanan ke Bukit Haru, aku melangkah kukuh dan teguh sepertinya kakiku mencengkam tanah dengan teguh.
Beraambung....
Sorry ek..lama x update cerita ni..lepas ni mungkin akan rajin2 sikit update
YOU ARE READING
KERIS PUSAKA GURU
FantasyPengembaraan di dunia ghaib besama keris pusaka yang diturunkan kepada seorang pelajar silat