Keris Benar Pusaka

948 11 4
                                    

Sedang aku memikirkan kebenaran cerita Tok Din, Tok Din bangun dari tempat duduknya dan memandang kami berempat. Sepertinya Tok Din tahu kami meragukan cerita keris yang di ceritakannya, Tok Din menadah tangannya sambil membaca sesuatu kepada keris tersebut selepas itu Tok Din menghunus kerisnya meniup keris tersebut dan memasukkan semula ke sarung keris tersebut.

Dari tempat beliau berdiri beliau melompat tinggi dan pantas, aku merasakan angin yang kuat semasa beliau melompat dan aku melihat Tok Din sudahpun berdiri di puncak pohon kelapa. Aku terpegun melihat kehebatan yang di tunjukkan oleh Tok Din, daripada puncak pohon kelapa Tok Din terjun kebawah dan tanah bergegar sepertinya ada gempa bumi namun Tok Din masih berdiri tegak. Aku mula mempercayai kehebatan cerita yang di ceritakan oleh Tok Din setelah melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh beliau.

Tok Din berdiri di hadapan kami serta berkata "keris ini bergantung kepada niat tuannya, kalau baik niatnya maka teranglah hatinya jika buruk niatnya maka buruklah padahnya". Kami mendengar katanya sambil masih terpaku melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh Tok Din, Tok Din megatakan beliau akan menguji kami tetapi bukan di tempat ini namun di sesuatu kawasan yang amat jauh.

Tok Din sempat menasihati kami agar jangan sesekali membawa terlalu banyak barang peribadi semasa memulakan perjalanan esok dan Tok Din menyuruh kami kerumahnya pada waktu subuh untuk memulakan perjalanan ke kawasan tersebut, kami cuma mengangguk menandakan kami bersetuju.

Setelah kami mengucapkan selamat tinggal antara satu sama yang lain, aku kembali ke rumah peninggalan aruah kedua orang tuaku. Setelah mempersiapkan segala keperluan yang akan di bawa esok, aku baring dan cuba melelapkan mata aku yang semakin mengantuk, terasa sejuk malam ini di tambah penat bersilat membuat aku terus lena. Kesunyian mula menyelimut malam, aku dapat merasa seperti angin meniup aku dengan kuat pada malam ini.

Aku merasakan keadaan sekeliling aku berangin kuat, akupun membuka mataku dan terkejut apabila tiba-tiba melihat tempat baringku bertukar menjadi tanah yang berumput sederhana panjang, aku berdiri dan mula melihat keadaan sekelilingku. Aku melihat diriku berada berada di kaki bukit yang puncaknya berbatu putih, aku aku mendapati daripada jauh aku melihat ada lembaga hitam perlahan lahan menuju kearah aku.…

Apakah lembaga yang menuju ke arah Fauzan...nantikan..

KERIS PUSAKA GURUWhere stories live. Discover now