Semakin lama Jannah di sekolah ini, semakin ramai la rakan-rakan nya. Aku berasa amat cemburu kerana ku melihat dia sungguh rapat dan bahagia apabila dia berborak dengan rakan lelaki nya. Aku berasa agak sedih kerana aku telah merasakan seperti aku ini seorang kawan yang membosankan. Di dalam kelas, dia tidak menyapa aku pun. Mula la di dalam fikiran ku memikirkan perkara yang negatif. Dulu, aku sungguh rapat dengan jannah, tetapi sekarang, sungguh berlawan dengan hubungan yang dulu. Apa yang menyebabkan ku lebih sedih ialah dia sungguh ceria dengan rakan-rakan lain lelaki dan perempuan kedua-dua nya membuat kan dia tersenyum lebar tetapi dengan aku tidak. "Kalau la aku dapat sedarkan nya yang siapa yang teman pertama nya di sekolah ini, grr".
KAMU SEDANG MEMBACA
TTM (Teman Tapi Mesra)
RandomSeperti hari-hari biasa, ku ke sekolah dengan berjalan kaki. Dengan cuaca yang panas terik, ku hadapinya dengan tabah. Tetapi pada hari ini, ku dikejutkan dengan pelajar perempuan yang agak jelita rupanya yang baru berpindah ke kelas ku. Nama nya i...