Pada suatu hari, ku hairan kerana Jannah berborak dengan seorang rakan ku, Liyana. "Tidak silap, Jannah tidak ada kawan lagi di sini" bisik di dalam hati ku. Mereka berhenti berborak apabila cikgu Bahasa Melayu masuk ke kelas. Seperti biasa, Jannah yang cuai itu tertinggal kotak pensel nya lagi. Aku sudah bersedia untuk memberi kan pen ku kepada nya. Aku terus menyimpan semula pen itu kerana Jannah meminjam pen Liyana yang berada di depan nya. Aku pelik, "kenapa dia tak pinjam pen aku ya, sedang kan aku yang paling dekat dengan nya". Kring~... loceng rehat berbunyi. Aku lihat Jannah terus menuju ke Liyana dan mereka rehat bersama. Kebiasaannya, Jannah mesti akan borak dengan ku sebentar. Aku terus pergi ke arah rakan-rakan ku dan berehat bersama mereka. Pada malam itu, aku lihat Jannah online di 'whatsapp'. Aku menunggu sapaannya tetapi sedihnya dia tidak menyapa ku. "Aku rasa dia mesti chat dengan Liyana ni" bisik aku. Aku lihat Liyana juga online, sah Jannah sudah berubah.
KAMU SEDANG MEMBACA
TTM (Teman Tapi Mesra)
AcakSeperti hari-hari biasa, ku ke sekolah dengan berjalan kaki. Dengan cuaca yang panas terik, ku hadapinya dengan tabah. Tetapi pada hari ini, ku dikejutkan dengan pelajar perempuan yang agak jelita rupanya yang baru berpindah ke kelas ku. Nama nya i...