Playgirl's words

42.2K 175 0
                                    

Tibalah hari yang dinanti Raha. Najwa, Mila dan Ayie macam biasa, lengah-lengah bersiap. Raha dah siap lebih awal dari mereka. Namun disorokkan rasa teruja yang melonjak-lonjak di hati.

"Aku malas betul lah nak kawad kaki semua.. Adoi!" Suara Mila agak mengada-ngada yang dibuat-buat. Meluat Raha mendengarnya. "Ala, jom laa cepat korang. Bas dah sampai tu!" Raha terus menarik kawan-kawannya untuk mengejar bas yang bakal membawa mereka ke tempat latihan.

Kereta Raha hanya digunakan jika jarak destinasi terlalu jauh. Kalau setakat dalam kolej, mereka gemar naik bas. Boleh cuci mata!

Selang 5 minit, mereka tiba di padang kawad. Melonjak hati Raha bila melihat Encik Perfect nya telah tiba lebih awal di padang kawad. Cepat-cepat mereka berempat masuk barisan pelajar.

"Wowwwww, handsomenya dia pakai uniform. Tengok tu, bontot dia... Umph!!" Getus hati Raha.

Dicuitnya bahu Ayie dan Mila yang berdiri betul betul di hadapannya. "Aku tak pernah tak dapat apa yang aku nak, tapi yang ni macam susah sikit. Tapi takpe, aku tetap akan dapat dia." Raha berbisik dengan kedua rakannya. Najwa yang berada jauh dari mereka mengangkat kening menunjukkan rasa curiga terhadap apa yang sedang Raha katakan. "Yelah tu Raha.." sindir Ayie.

Tiba-tiba Raha tertangkap pandangan Encik Rafi terhadapnya. Matanya tajam memandang mata Raha. Raha ketap bibir rapat. Takut.

"Baris.... baris sedia!"

----------------------------------------------

Raha konfiden betul dia ada aura penarik...!

What happen next? Voteeeeeeee!

SeksisWhere stories live. Discover now