Kor Suksis, thanks!

41.2K 202 0
                                    

-Raha POV-

Hari ini mesyuarat Kor Suksis diadakan. Tak ramai yang terlibat. Cuma 6 orang terdiri daripada junior, sama macam aku.

Dari jauh aku nampak dia. Encik Rafi yang menggiurkan. Apabila punggungnya diletakkan di kerusi bersebelahan dengan Alya, aku rasa geram. "Banyak lagi kerusi lain, kenapa mesti duduk sebelah perempuan tu.?" Getus hatiku.

Malas nak menambah duka, aku alihkan pandanganku ke buku nota. Mula aku menconteng satu persatu kartun yang terlintas di benak. Tanpa aku sedar, aku mengatup bibirku rapat. Orang kata refleks kerana terlalu leka.

"Amboi, sampai ketap bibir catat apa yang saya sampaikan ye cik Raha?" Suara lelaki itu memecah lamunanku. Terus terlopong mulutku dibuatnya. Semua mata memandang aku, ada yang ketawa kecil, tak kurang juga yang memandang sinis.

"Eh, maafkan saya encik. Saya tak sengaja, berangan..." jujur aku luahkan kata maaf.

"Takpe, saya baru dalam sesi berkenal-kenal. Jadi, boleh awak kenalkan diri? Saya cuma tahu nama awak Raha." Kata Encik Rafi. Aduhhhhh, kenapa comel sangat kau ni Rafi oi!?
Aku bingkas bangun dan memperkenalkan diri. Mata aku sesekali memandang mata Encik Rafi. Terasa semacam ada mesej yang disampaikan melalui matanya..

"Terima kasih Raha, silakan duduk.." Katanya tenang..

Mesyuarat bermula. Tiada yang menarik pun selain daripada aku ditugaskan untuk menjadi pembantu Encik Rafi dalam bahagian logistik.! Teruja yang teramat!

Sebelum menamatkan mesyuarat, Encik Rafi meminta nombor telefon kami semua. Berbunga-bunga hatiku bila Encik Rafi mengusik untuk meletakkan namaku dalam telefonnya sebagai "Raha kuat berangan" hehehe.

Yes! Encik Rafi akan jadi milik aku tak lama lagi.

Tapi, cuma dia yang ada nombor aku, aku tak ada nombor dia. Kemungkinan untuk dia mesej aku dulu? 0% weh! Mana mungkin dia ada perasaan terhadap aku.

Tapi pandangan matanya tadi.....

Entahlah.. Harap-harap apa yang aku angankan jadi kenyataan..hehe!

-Writer POV-

Setibanya Raha di biliknya, Ayie dan Mila sahaja yang ada.. Melihatkan raut wajah Raha yang ceria, Mila terus menegurnya "hai, dah dapat rasa batang Abang Rafi ke?" Raha tersenyum simpul. Mereka sakan tergelak bersama.

Selesai mandi dan memakai pakaian tidur, Raha mendapatkan telefonnya. Lama dibiar telefonnya di atas katil, beterinya pun sudah mulai lemah. Tanpa pedulikan kondisi bateri itu, Raha membuka mesej dari aplikasi Whatsapp nya. Ada 33 mesej semuanya.

3 messages from Mak
15 messages from group Biatch
5 messages from Ateh
9 messages from group DIB
1 message from 01196644593

Paling menarik perhatian Raha adalah mesej daripada nombor yang tak dikenalinya itu. Cepat-cepat dia menekan mesej itu untuk membacanya.

From : +601196644593
Time : 2205h
Message : Hai budak masyam.. Tak mandi lagi ke? -Rafi

-Raha POV-

"Aaaaaaaaaaaaa!!!!!" Jeritku separuh mati.

Terkejut Mila dan Ayie, mereka terus mendapatkan aku. Menggigil aku tunjukkan juga mesej dari Rafi itu. Teruja mereka tak dapat dibendung. Terus disuruhnya aku membalas mesej itu.

Aku tekan Reply..

"Hai...----------"

Telefonku terpadam. Gelap skrin. Gelap hatiku, terus meronta sambil aku sendiri menepuk dahi yang berpeluh kerana terlalu teruja. Mati stimku.

"Fuck"

----------------------------------------------

Haihh, Encik Rafi boleh tahan cepat buat kerjaaaa. AUM!!

Terasa gatal dah batang Encik Rafi tuu..

Vote lagi lagi lagi!!

SeksisWhere stories live. Discover now