Bab 1

14 2 0
                                    

'Bab 1....ermm nak letak apa ye tajuknye..'bisik hati Aisyah sambil memutar2kan pen di tangannya menggunakan kedua2 jari miliknya...

'Takk!!'bunyi sesuatu jatuh di atas lantai tempat duduk Aisyah...
"Woi Aisyah..ambilkan pen aku tu.." kata seseorang kasar kepada Aisyah..

Dengan otak yang serabut dan gertakan suara tadi idea untuk memulakan novel terbaru Aisyah terkandas seketika...
Aisyah tidak mempedulikan suara tadi..

"Woi!!kau dengar ke tak apa yang aku cakap tadi?!!ambilkan pen akulah bangang!!" Gertak suara tadi...suaranya semakin kasar dan kedengaran kejam intonasinya..

Semua orang di dalam kelas itu menumpukan pandangan ke arah suara yang lantang plus kasar itu..
Tapi segera mereka membuat kerja masing-masing...apabila pemilik suara itu mengerling ke seluruh kelas seketika...

Aisyah masih dalam keadaannya...
Kaku..masih memikirkan tajuk baru untuk bab pertamanya...

"Memang carik nahas budak ni.."kata suara tadi pelahan..tapi cukup untuk rakan sebelahnya mendengarinya..

Pemilik suara itu mengambil buku teks pendidikan jasmani di atas mejanya dan melayungkan buku tersebut tepat ke arah kepala Aisyah..

"Aduhhh..." adu Aisyah kuat..sakit..sakit yang amat sangat Aisyah rasakan..
Dia mengalihkan pandangannya ke arah belakang..ke arah si penjenayah hariannya itu...

"Apa lagi yang kau nak ni Hamzah???sakit tau tak.." marah Aisyah..

"Ouh..kau dah berani marah2 aku dah sekarang rupanya...woi..!!kau sedar tak kau bercakap dengan siapa sekarang ni...hah!!"marah pelajar lelaki yang bernama Hamzah itu..

"Siapa yang tak marah kalau kena hampas hari-hari guna buku macam tu..hah!!!dahlah tak reti nak minta tolong baik2...main pukul2 pulak...hishh.."suara Aisyah semakin lama semakin pelahan...

"Woi!!aku dah cakap baik2 dah tadi!!kau tau tak??cuma kau je yang pekak bisu...tak nak dengar aku..sekarang!!ambilkan pen aku..." marah Hamzah..

"Huh..kesian kau ni kan..Allah dah kurniakan kaki..tangan..yang sempurna..masih lagi nak minta tolong orang...tak reti nak buat sendiri.." bebel Aisyah sambil tersenyum sinis..tapi..tangannya pantas mengambil pen tadi lalu meletakkannya pelahan ke atas meja Hamzah...

Hamzah hanya ketawa sinis melihat perilaku Aisyah..tapi dia masih belum berpuas hati..lalu dia menendang kerusi Aisyah kasar...ketika dia ingin berlalu dari situ...

Aisyah menjelirkan lidahnya ke arah Hamzah sebaik sahaja lelaki kurang perencah tu melimpasinya...tapi malangnya sempat dipandang oleh Hamzah...

Apalagi Hamzah pun mengambil peluang itu untuk membuli Aisyah yang sememangnya tidak menyerikkan dirinya itu...

Dia mendekati Aisyah pelahan lalu mencapai botol air milik Aisyah yang masih penuh dengan air minuman yang telah dirancang Aisyah untuk minum nanti...tapi...

"Basahlah...basahla...novel aku...huarggghhh..."airmata Aisyah gugur seperti biasa...dia tahu tiada apa yang boleh dia lakukan...waktu itu..tapi dia hanya mampu bersabar..

'Ya Allah semoga dia akan berubah menjadi yang lebih baik di masa akan datang nanti...' doa Aisyah dalam hati..sambil dia mengelap airmatanya pelahan..

"Baru puas hati aku..." kata Hamzah kejam..taktala membuang buku tempat Aisyah mengadu luka laranya...Aisyah terkedu..sekali lagi dia mendoakan Hamzah dalam hati...

Hamzah terus berlalu...

Aisyah mencapai buku kosong yang memang dia spendkan di dalam begnya...dia memang sudah menjangka akan berlaku sedemikian perkara...hari itu...
Dia menulis pelahan di atas kertas baharunya..sambil menangis...tanpa suara...

'Bab 1...lelaki yang kejam...'

That Rude!!!Where stories live. Discover now