Episod 13: Hutan Gelap

2.8K 189 11
                                    

"Alif, Alif. Kau dekat mana? Aku tak nampak apa-apa ni." Kata Syafiq ketakutan.

Alif tidak membalas sahutan suara Syafiq itu. Suasana di situ sunyi sepi. Syafiq yang tidak mampu melihat apa-apa dalam keadaan gelap gelita, cuba meraba di sekelilinnya.

"Alif, kau jangan main-main. Ni bukan masa yang sesuai. Cepat lah cakap, kau dekat mana wei!" Sekali lagi Syafiq cuba memanggil nama roomatenya itu.

Syafiq yang masih meraba-raba di dalam kegelapan itu cuba melangkah perlahan. Seingat nya, dia tadi sedang berdiri bersama Alif di belakang pintu biliknya. Jadi sekiranya dia berjalan lagi beberapa langkah, pasti dia bisa memegang pintu biliknya itu.

Dengan perlahan Syafiq mula melangkah setapak ke hadapan. Tiba-tiba,

prak.. prak...

Langkah Syafiq terhenti di situ. Dia merasakan bahawa dia sedang memijak sesuatu, malah kedengaran dengan cukup jelas bunyi yang terhasil dari langkahnya itu.

Syafiq semakin pelik. Dari mana pula datangnya ranting kayu itu. Persoalan itu membuatkan dirinya buntu. Dan dalam kegelapan itu, dia cuba untuk memberanikan dirinya.

Langkah diteruskan perlahan, kali ini Syafiq lebih berhati-hati kerana tidak tahu apa yang menunggu di hadapannya itu. Satu demi satu langkah diatur, namun tidak jua tangannya itu merasa ada pintu di hadapannya. Hati nya semakin berdebar-debar, di mana dia berada sebenarnya.

Merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang tidak kena, Syafiq baru teringat bahawa dia mempunyai telefon bimbit di dalam kocek seluarnya itu. Dia meraba perlahan kocek seluarnya itu kemudian mengeluarkan sebuah telefon bimbit.

Ditekan perlahan butang di tepi telefon itu lalu skrin di telefon bimbitnya itu mula mengeluarkan cahaya. Matanya dikecilkan sedikit kerana merasa sakit apabila melihat cahaya yang terang di dalam tempat yang cukup gelap.

Syafiq mencari aplikasi touchlight yang dimuat turun nya beberapa hari lepas. Dia tidak menyangka bahawa aplikasi itu akhirnya berguna juga buat dirinya.

Apabila aplikasi itu dibuka, kelihatan begitu cerah cahaya yang keluar dari belakang telefon bimbitnya itu. Matanya yang masih tertumpu kepada skrin telefon itu akhirnya ditukar ke arah di hadapannya itu.

Syafiq tergamam. Dari sinar matanya kelihatan dia ketakutan. Tangannya menggigil, seluruh tubuhnya kesejukan. Telefon bimbit yang dipegang di tangannya itu terlepas lalu terjatuh ke tanah. Dengan sepantas kilat, Syafiq tunduk lalu cuba mencapai telefon bimbitnya itu kembali.

Astagfirullah, Astagfirullah. Allahuakhbar.

Kedengaran suara Syafiq beristigfar panjang apabila dia mendapati bahawa di bawah tapak kakinya itu bukan lah ranting kayu, tetapi tulang-tulang badan manusia yang telah reput. Syafiq tidak berhenti beristigfar kerana dia benar-benar buntu saat itu.

Dia kini berada di tengah-tengah kawasan hutan gelap. Kiri dan kanannya dipenuhi pokok meninggi dan di kakinya dipenuhi dengan tulang-tulang manusia yang berselerakan. Dan dalam kesunyian itu, kedengaran Syafiq mula menangis perlahan. Namun mulutnya tidak sesekali berhenti melafazkan zikir dan ayat kursi sebagai pelindung.

"Syafiq tolong aku Syafiq." Tiba-tiba kedengaran suara Alif meminta tolong.

Syafiq yang berdiri kaku menoleh ke kiri dan kanan mencari arah datangnya suara Alif itu. Sekejap dia melangkah ke hadapan, kemudian ke belakang cuba untuk mencari Alif.

Roommate 1 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now