Chapter 1

1.3K 64 6
                                    

Di Kirin High School..

Eunji berjalan menuju ke belakang blok sekolah. Rambutnya pendek ala-ala 'boy-cut'. Dia amat berbeza berbanding dengan pelajar perempuan yang lain. Dia tidak suka memakai sebarang produk ataupun makeup.

"Eunji ah, kenapa lambat?" tegur YoonGi. Eunji pun duduk di sebelah Jungkook. YoonGi menjeling ke arah Jungkook. YoonGi mempunyai perasaan terhadap Eunji. Namun Eunji amat menyukai Namjoon.

"Aku tak siap kerja tadi." balas Eunji.

"Mana MinAh?" tanya Taehyung, namja chingu kepada MinAh.

"Dia ada dengan geng dia." balas Eunji lagi.

"Eunji ah, aku nak tanya boleh?" ujar Jungkook yang berada di sebelahnya.

"Tanyalah."

"Kenapa kau tak bergaul dengan perempuan yang lain?" tanya Jungkook sambil melihat ke arah Eunji.

Eunji menarik nafas perlahan. "Sebenarnya, aku lebih selesa berkawan dengan lelaki. Kau pun tahu, aku bukan macam diorang. Aku tak lawa, aku tak pandai bergaya." balas Eunji sambil menunduk.

"Gwenchana, kau pun lawa juga." puji Namjoon. Pipi Eunji menjadi kemerahan. Tiba-tiba YoonGi bangun lalu meninggalkan tempat itu.

"YoonGi ah!" Jimin memanggil YoonGi namun YoonGi tidak menoleh.

"Kenapa dengan YoonGi tu?" ujar Jin sambil mencekak pinggang. Pergi tandas mungkin.

*skip*

Di dalam kelas A-1..

Eunji, MinAh, Namjoon, Jin dan Hoseok adalah rakan sekelas. Manakala Taehyung, Jimin, YoonGi dan Jungkook berada di kelas sebelah.

"Hoseok ah, ajarkan aku. Aku tak fahamlah benda ni." kata Eunji sambil menghulurkan buku nota matematik.

"Ani, aku pun tak faham. Namjoon je yang faham tajuk ni." balas Hoseok.

"Namjoon ah!" Hoseok memanggil Namjoon yang sedang berbual.

"Nae?" Namjoon menoleh ke arah Hoseok.

"Yeogiwa." balas Hoseok. Namjoon pun datang ke arah Hoseok dan Eunji. Eunji diam membisu.

"Tolong ajarkan Eunji tajuk ni. Gomawo." kata Hoseok sambil menepuk belakang Namjoon. Lalu, Hoseok pun keluar dari kelas untuk ke tandas.

"Duduklah." ujar Namjoon sambil duduk di tempat duduknya. Eunji pun duduk di hadapannya. Namjoon membelek setiap muka surat buku nota Eunji. Eunji menatap wajah Namjoon.

"Sini aku ajarkan." Namjoon bersuara. Eunji pun tersentak daripada lamunannya.

Di dalam kelas A-2 pula..

Jungkook berjalan ke arah tempat duduk Taehyung.

"Jomlah pergi makmal. Semua orang dah pergi, nanti kita lambat." ajak Jungkook. Taehyung, YoonGi dan Jimin pun mengikut kata-kata Jungkook.

Mereka berjalan melalui kelas Eunji. YoonGi tersenyum berseorangan sambil mencuri-curi lihat wajah Eunji dari luar tingkap. Senyumannya semakin pudar apabila melihat Eunji bersama Namjoon.

"YoonGi ah, kau tengok Eunji kan?" Taehyung berbisik pada telinga YoonGi.

"Kau suka Eunji, kan?" sambung Taehyung lagi.

"Mwo? Diamlah." balas YoonGi. Taehyung hanya tersengih.

**skip**

Pada tamat waktu persekolahan..

Eunji menunggu MinAh di luar pagar sekolah. Tidak lama kemudian, MinAh dan Taehyung datang ke arah Eunji.

"Eunji ah, baliklah dulu. Petang nanti unnie balik." ujar MinAh. Eunji hanya mengangguk kepala.

Eunji berjalan pulang berseorangan. Tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang. Lantas Eunji memandang belakang.

"Min YoonGi?" tanya Eunji. Selalunya YoonGi akan pulang bersama chingus nya.

"Aku nampak kau jalan seorang diri. Risaulah aku kalau ada benda berlaku kat kau." kata YoonGi sambil berjalan di sebelah Eunji.

"Aku kuat, janganlah risau." balas Eunji sambil tersenyum.

YoonGi dan Eunji pun berjalan bersama pulang ke rumah masing-masing.

********

MinAh dan Taehyung berada di sebuah taman permainan.

"MinAh, sebenarnya YoonGi sukakan Eunji." Taehyung bersuara sambil menghirup bubble tea nya.

"Mwo? Jeongmal?" MinAh berasa teruja. Belum pernah lagi seseorang menyukai Eunji.

Taehyung mengangguk kepalanya.

"Kita kena rapatkan hubungan diorang." kata Taehyung.

"Tapi, Eunji suka YoonGi ke?" tanya MinAh.

Taehyung mengangkat bahunya. "Molla."

***** TO BE CONTINUED****

TWOWhere stories live. Discover now