Chapter 4

601 45 0
                                    

Di dalam kelas..

YoonGi duduk termenung memikirkan hal tadi. Dia tersenyum seorang diri.

"YoonGi ah!" Jimin mengetuk meja YoonGi dengan kuat.

"Ne?!" YoonGi terkejut lalu berdiri tegak. Rakan-rakan sekelas yang lain sudah mentertawakan YoonGi.

"Yah pabo!" YoonGi memarahi Jimin yang sedang seronok mentertawakannya.

Lalu, Taehyung duduk di sebelah meja YoonGi.

"Bukan selalu tengok kau berangan." ujar Taehyung.

"Aku tak beranganlah." balas YoonGi lalu melabuhkan punggung pada kerusinya. Taehyung memandang serius pada wajah YoonGi.

"Lebih baik kau dapatkan dia sebelum terlambat." Taehyung berbisik kepada YoonGi.

"Nantilah aku fikirkan semula." balas YoonGi lagi.

*skip*

Pada waktu pulang..

Eunji berjalan ke arah Namjoon selangkah demi selangkah.

"Namjoon ah, petang ni boleh tak kita belajar sama-sama?" tanya Eunji dengan penuh debar. Sudah lama dia teringin keluar bersama Namjoon.

Namjoon tersenyum. "Boleh je, kita jumpa kat perpustakaan awam yang baru. Jangan lambat."

"Arraso, gomawo!" balas Eunji lalu membalas senyuman.

Di dalam rumah Taehyung..

Namjoon bersiap untuk ke perpustakaan. Dia memakai sweatshirt putih dan berskinny jeans. Rambutnya pula dibiarkan tidak menutup dahi.

Jin menuju ke arah Namjoon. "Nak pergi mana?" tanya Jin.

"Perpustakaan, wae?" balas Namjoon sambil menyembur minyak wangi pada bajunya.

"Nak belajar ke dating?" Hoseok menyampuk pergualan itu. Namjoon menjeling tajam ke arah Hoseok.

"Aku dah lambat ni, annyeong." Namjoon terus mencapai begnya lalu bergegas keluar dari rumah.

Di dalam perpustakaan..

Eunji menyiapkan separuh tugasan yang diberikan sementara menunggu Namjoon. Dia berasa berdebar menunggu kehadiran Namjoon.

"Eunji ah." tiba-tiba seseorang berbisik pada telinga Eunji. Lantas Eunji memandang belankangnya. Kelihatan Namjoon sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya.

"Lama tunggu?" tanya Namjoon.

"Tak lama, setengah jam." balas Eunji dengan selamba.

"Mianhae." Namjoon terus duduk di sebelah Eunji. Dia mengeluarkan segala alat tulisnya.

"Cepatlah ajar aku matematik." Eunji menggesa Namjoon.

"Senang je ni." Namjoon merapatkan sedikit tubuhnya dengan bahu Eunji. Eunji menunduk malu. Mereka pun belajar bersama-sama.

*****
YoonGi mengemas meja belajarnya yang berselerak dengan kerja sekolahya.

"Aish aku mana ada buku rujukan, macam mana nak study ni?" YoonGi membebel berseorangan. Setiap sudut bilik dia mencari bahan rujukan.

Lantas YoonGi pergi ke ruang tamu. "Jimin ah, kau ada apa-apa buku rujukan? Aku nak study ni." tanya YoonGi.

"Sejak bila kau jadi rajin ni?" ujar Hoseok. YoonGi menjeling tajam ke arah Hoseok.

"Tak ada, kau pinjamlah dari perpustakaan." balas Jimin sambil menonton televisyen.

"Temanlah aku." kata YoonGi sambil menarik tangan Jimin.

"Aku malaslah, kau pergilah sekejap bukannya jauh." balas Jimin lagi.

YoonGi mengalah. Dia pun bersiap untuk ke perpustakaan bersendirian.

*skip*

Di dalam perpustakaan..

Selepas 1 jam belajar, Eunji dan Namjoon pun mencari buku untuk dibaca. Eunji bersandar pada sebuah rak sambil membelek sebuah buku.

Lalu, Namjoon datang ke arahnya. "Penat aku cari buku ni." ujar Namjoon sambil melihat ke arah buku yang dipegang oleh Eunji.

"Kau nak ke? Ambillah." balas Eunji.

"Gwenchana, kita boleh baca sama-sama." balas Namjoon pula.

Mereka pun membaca buku itu bersama sambil bersandar pada sebuah rak.

Namjoon melihat tangan Eunji yang menggigil. Mungkin juga kerana air cond perpustakaan yang sejuk. Lalu, Namjoon pun memeluk bahu Eunji dan merapatkan tubuhnya pada Eunji.

Wajah Eunji mula kemerah-merahan. Eunji blushing dan dirinya kaku sementara.

"Gwenchana?" tanya Namjoon.

"Ne, gomawo." balas Eunji dengan perlahan.

Pada masa yang sama, YoonGi juga berada di dalam perpustakaan. Dia mencari bahan rujukan pada setiap rak.

Tiba-tiba, dia terlihat Eunji dan Namjoon di sebalik rak sebelah.

"Aish jinjja?" YoonGi merengus kasar. Dia mencapai sebuah buku yang dikehendakinya lalu pergi ke kaunter untuk membuat pinjaman.

***
Di dalam rumah..

YoonGi menghempas pintu rumah dengan perasaan yang berbaur marah dan cemburu.

"Yah, ni rumah aku tau. Kalau roboh rumah ni, mana kita nak merempat?" Taehyung memarahi YoonGi sambil mencekak pinggang.

"Bisinglah." balas YoonGi sepatah lalu mengunci dirinya di dalam biliknya.

"Ni mesti pasal Eunji." ujar Taehyung.

***
Eunji dan Namjoon berjalan bersama untuk pulang ke rumah masing-masing. Eunji hanya diam membisu di sepanjang perjalanan.

"Eunji ah." tegur Namjoon.

Eunji pun melihat ke arah Namjoon. "Wae?" soalnya.

"Kau ni peliklah. Bila dengan diorang, bukan main mesra lagi. Tapi kenapa kau dingin bila dengan aku? Kau tak suka berkawan dengan aku ke?" tanya Namjoon bertubi-tubi.

Eunji tersentak. "Aniya, aku suka kau." balas Eunji. Lantas Namjoon melihat ke arah Eunji.

"Sebagai kawan." sambung Eunji lagi. Dia berasa takut untuk meluahkan perasaannya.

"Jinjja? Baguslah kalau sebagai kawan. Aku harap bukan lebih dari tu, aku tak suka buat orang menunggu bila aku tengah menunggu orang lain." balas Namjoon pula.

Hati Eunji bagaikan hancur berderai. Namjoon menunggu orang lain? Perasaan Eunji bercampur baur.

"Ne, jangan risau. Kau kawan baik aku, aku sayang korang semua sama rata." Eunji mengukirkan senyuman yang palsu.

***TBC**

TWOWhere stories live. Discover now