Namjoon melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Taehyung sedang berbaring di atas sofa.
"Kau pergi mana?" tanya Taehyung.
"Perpustakaan." balas Namjoon sambil mengunci pintu itu.
"Dengan siapa?" tanya Taehyung lagi.
"Eunji." balas Namjoon lalu masuk ke dalam biliknya.
"Patutlah, kes cemburulah si YoonGi tu." Taehyung berasa simpati terhadap YoonGi. Lambat betul nak luahkan perasaan dekat Eunji. Bila dia dah berpunya mulalah heartbroken. Taehyung menggaru kepalanya.
Keesokan harinya..
Taehyung dan rakan-rakannya sedang bermain bola keranjang di gelanggang. Selepas beberapa minit, permainan terhenti seketika.
"Tunggu aku dulu, aku nak pergi tandas." kata YoonGi lalu bergegas ke tandas dewan.
"Namjoon ah, bagi aku bola tu!" Jungkook melambai-lambai ke arah Namjoon yang sedang memegang bola keranjang.
Namjoon pun melontar bola itu dengan kuat sehinggakan terkena pada belakang Eunji yang sedang berjalan keluar dari gelanggang. Eunji terjatuh lalu lututnya terluka.
"Ah! Siapa yang jahat sangat ni?!" marah Eunji.
Lantas Namjoon dan yang lain bergegas ke arah Eunji.
"Gwenchana?" tanya Hoseok.
"Mwo? Berdarah macam ni kau ingat tak sakit?" perli Eunji yang menahan kemarahan.
"Mianhae, aku tak sengaja." Namjoon serba salah.
"Siapa nak bawa dia pergi bilik rawatan?" tanya Jin sambil mencekak pinggang ala-ala diva.
"Aku." kata Namjoon dan Jungkook dengan serentak.
"Biar aku angkat dia pergi sana, korang sambunglah main." kata Namjoon lalu mengangkat Eunji dengan kedua-dua tangannya.
Jungkook mengeluh. "Arraso." balas Jungkook.
Lalu, Namjoon pun membawa Eunji ke bilik rawatan untuk merawat luka Eunji.
"Jomlah sambung." ajak Taehyung.
"YoonGi mana? Aku rasa dia tersangkut dalam lubang tandas." perli Hoseok dengan selamba.
"Apa kau kata?" YoonGi muncul secara tiba-tiba dari belakang Jimin.
"Lama betul kau pergi tandas." ujar Jimin.
"Aku sakit perutlah tadi. Mana Namjoon?" balas YoonGi sambil mencari-cari Namjoon.
"Dia pergi bilik rawatan dengan Eunji." balas Jin.
"Eunji?" tanya YoonGi.
"Lutut dia terluka sebab terjatuh. Namjoon punya sebablah." balas Hoseok pula. Lantas Taehyung menyiku lengan Hoseok.
"Sambung!" ujar Taehyung sambil melantunkan bola keranjang. Sengaja dia menukar topik itu.
"Aku tak nak main. Korang sambunglah." balas YoonGi dengan senyuman yang tawar. Dia melangkah keluar dari gelanggang.
Di dalam bilik rawatan..
Namjoon menyapu ubat pembersih kuman pada lutut Eunji dengan berhati-hati.
"Lain kali tengok kiri kanan. Nasib baik luka tak banyak." ujar Namjoon sambil melekatkan plaster pada luka itu.
Eunji hanya mendiamkan diri. Dia meneliti setiap raut wajah Namjoon.
"Kau rehatlah dulu. Aku pun malas nak masuk kelas." kata Namjoon. Dia menyimpan semula peralatan pertolongan cemas.
"Tak apa ke?" Eunji bersuara.
"Aku yang buat kau jatuh, biar aku teman kau." balas Namjoon sambil memandang ke arah Eunji.
Eunji akur. Dia merebahkan badan pada katil itu. Tidak lama kemudian, dia terlelap. Namjoon termenung menemani Eunji.
"Kenapalah bukan MinAh yang kena bola tu. Dapatlah aku rapat dengan dia." kata Namjoon seorang diri sambil melihat wajah Eunji yang mirip MinAh. Maklumlah, kembar katakan.
Sudah lama Namjoon mempunyai perasaan terhadap MinAh sampai sekarang. Namun, dia terpaksa menyembunyikan perasaan itu demi Taehyung. Namjoon mendekatkan wajahnya pada wajah Eunji. Hanya beberapa inci jaraknya.
"Tak dapat dekat dengan MinAh, dekat dengan kau pun jadilah." kata Namjoon lagi.
YoonGi berdiri di luar bilik rawatan. Dia melihat perlakuan Namjoon dari luar tingkap. Hasratnya datang ke bilik rawatan untuk melihat keadaan Eunji.
"Aish jinjja." rungut YoonGi.
Tiba-tiba bahunya disapa oleh seseorang.
"YoonGi ah, buat apa kat sini?" ujar MinAh. YoonGi terkejut lantas memandang ke arah MinAh.
"A.. aniya.." YoonGi tergagap. Menggelibas dibuatnya.
"Balik nanti tolong hantarkan Eunji tau, aku ada extra class." kata MinAh. YoonGi tersenyum gembira. Dapatlah dia bersama dengan Eunji.
"Arraso." balas YoonGi.
"Gomawo, annyeong~" MinAh pergi dari situ sambil melambai ke arah YoonGi.
YoonGi memegang tombol pintu itu. Dia membuka pintu dengan perlahan. Dia melihat ke arah Namjoon dan Eunji.
"Namjoon ah, biar aku jaga dia." ujar YoonGi sambil menuju ke arah katil itu. Dia melihat wajah Eunji yang sedang terlena.
"Ne, lagipun aku pun ada kerja yang nak disiapkan. Jaga dia elok-elok." balas Namjoon sambil menepuk bahu YoonGi. Namjoon pun menuju keluar dari bilik rawatan itu.
----------
YOU ARE READING
TWO
RandomCerita ini mengisahkan sepasang kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Eunji seorang gadis yang bersifat 'tomboy' dan lebih bergaul dengan lelaki. MinAh pula seorang gadis yang lembut dan sering menjaga penampilannya. Pada suatu hari, MinA...