Sahabat, mengapa?
Pabila aku tersilap langkah,
Kau biarkan aku,
Pabila aku tersadung batu,
Kau tertawakan aku,
Pabila aku menikam hatimu,
Kau membenciku,
Pabila kau melihat aku terjunam,
Kau berpaling dariku,
Siapakah aku padamu?
Satu masa nanti,
Saatnya amalan ku dihisab,
Saatnya aku dimizan,
Saatnya aku jatuh ke neraka,
Akan aku tarik kau bersama!
13 Oktober 2013, Ahad
Kenapa kau biarkan aku buat maksiat?! Kenapa kau tak pernah tegur aku?!
Satu malam aku menangis. Menangisi dosa-dosa ku. Menangisi kesilapan ku. Sejujurnya, aku malu. Teramat malu. Apa persepsi orang terhadapku. Aku pasti, semua akan memandang negatif kepada ku. Aku lebih malu pada pencipta ku. Aku lebih malu pada Tuhanku. Allah yang Maha Esa.
"Aku akan berubah, jika kau berubah"
Aku terasa diri ini terlalu bodoh. Dia menyalahkan aku ! Dia bukan yang terbaik untukku.
15 Oktober 2013, Ahad
Ya Allah, Ampun aku! Ampunkan aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. Hasutan Syaitan gagal aku tewaskan. Sekali lagi, aku ulang kesilapan lalu ku. Aku ulang dosa ku. Betapa bodohnya aku. Betapa lemahnya iman aku.
Ya Allah, berikan aku kekuatan.
10 November 2013, Ahad
Aku perlu lakukan sesuatu. Aku perlu!
24 November 2013, Ahad
Ya Allah, Betapa lama masa aku ambil sehingga aku benar-benar yakin akan kekuatan diri yang diberi Ilahi.
Aku yakin. Aku mampu lakukan sesuatu. Untuk memperbaiki diri ini. Untuk menjadi yang lebih baik.
Satu detik dimana, Allah mengetuk pintu hati ku. Membuatkan aku terfikir. Di mana hala tujuku yang sebenar? Di mana dan ke mana akan aku pergi?
Janji yang aku taburkan pada dia membawa kemusnahan pada diriku. Aku yakin dia bukan untukku. Aku perlu jelaskan padanya. Semuanya harus selesai segera.
15 Disember 2013, Selasa
Arghhh! Bagaimana ingin kunyatakan isi hatiku padanya? Bagaimana ingin kujelaskan padanya?
Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku bimbang, hatinya terluka. Aku bimbang janji dahulu diungkit kembali.
22 Disember 2013, Ahad
Alhamdulillah, beban digalas akhirnya selesai. Dia mengerti. Dia memahami. Aku kini bebas. Bebas terbang ke sana ke mari.
Aku berazam, aku tidak akan mencari cinta manusia lagi. Cinta Ilahi lebih abadi. Akan ku semai cinta di hati buat kekasih hati yang hakiki.
Perjalanan kita masih misteri,
Bila akan di ambil kembali,
Nyawa yang diberi.
Cinta Allah lebih abadi,
Kejarlah cinta yang hakiki,
Cinta yang mampu melindungi diri
Dari panasnya api Jahannam,
Cinta yang mampu memberi jaminan syurga,
Cinta yang sentiasa membuat diri ini tabah.
Jangan biarkan diri ini dinodai,
Oleh cinta syaitan yang menjerat hati.
Sahabat, tugasmu sungguh berat.
Saling berpimpinlah di dunia,
Agar di akhirat kelak,
Kita mampu berpimpinan ke pintu syurga.
Jangan biarkan dia kegelapan,
Jangan biarkan dia kesepian,
Jangan biarkan di jauh dari Nur Ilahi.
...
Doakan diri ini mampu menjadi insan yang sejati. Insan yang berjiwa agama.
Insan yang tabah dan kuat menghadapi ujian. Insan yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat.
Doakan insan ini mampu istiqamah melakukan kebaikan. Mampu menjadi da'ei. Mampu membantu makhluk Allah yang lain. Mampu berbakti kepada masyarat Islam.
Serta, mampu berjihad di jalan Allah. Dan mampu syahid di jalan Allah.
(A)
