Di pagar sekolah utama.
Yooha memandang jam dan jalan raya bersilih ganti.
"Mana appa ni? Setengah jam dah aku tunggu ni tapi tak sampai-sampai lagi." Bebel Yooha sambil melihat jam di tangan kirinya.
"Siap la appa nanti." Yooha mengetap bibir kecilnya, tanda geram ya amat.
Pada ketika itu juga...
"Kita lepak dulu dekat tempat biasa. Aku malas la nak balik sekarang." Ujar Baekhyun kepada Sehun di sebelahnya.
Ketika itu, dorang sedang menuju kearah pintu pagar sekolah.
"Betul tu." Sokong Chanyeol, teruja.
"Aku ada hal hari ni." Kata Sehun, nada serius.
"Alaaa..." Chanyeol cebik.
"April fool!!" Jerit Sehun tetiba sebelum ketawa.
"Yaish, kau ni kang..." Chanyeol terus memeluk bahu Sehun dari belakang.
"April pun tak sampai lagi, dah April Fool." Ujar Baekhyun sambil menggosok rambut Sehun sehingga rambutnya kusut masai.
Sehun hanya ketawa sahaja.
Ketika sedang leka bergurau senda, Sehun telah berlanggar dengan seorang yeoja yang sedang berdiri di sebelah pagar sekolah.
Chanyeol dan Baekhyun hanya terkejut melihat kemalangan itu.
Semasa Sehun hendak meminta maaf, dia terpukau melihat wajah milik yeoja itu. Seakan-akan ada cahaya sekeliling yeoja itu.
'Comelnya yeoja ni...'
"Yah!! Kau tak ada mata ke? Jalan tak tengok depan." Jerit Yooha kepada Sehun.
Jeritan Yooha telah memecahkan lamunan Sehun.
"Kau ni buta ke? Kau tak nampak dua biji mata aku yang besar ni?" Giliran Sehun pula marah.
Chanyeol dan Baekhyun mula la buat perangai pelik. Dorang terus perhati mata Sehun.
"Tak besar pun." Bisik Chanyeol kepada Baekhyun.
"Kann.." ujar Baekhyun dalam nada bisik sambil menjongket bahu.
"Besar la sangat. Aku tengok sepet lagi ada la." Ujar Yooha dengan nada mengejek.
Hati Sehun sudah panas apabila dirinya diperlekehkan.
Chanyeol dan Baekhyun pula menahan gelak dari belakang Sehun.
Sehun sedar rakan-rakannya ketawakan diam. Dia hanya mampu bersabar aje ada kawan macam dorang tu.
"Kau tu pendek macam smurf!" Ujar Sehun sambil memandang tepat kearah Yooha. Dari atas rambut Yooha sehingga ke kaki.
Mata Yooha yang sudah besar bertambah besar apabila ketinggiannya dipersoalkan.
"Kau tu..." Yooha sudah geram sangat-sangat sehingga tak ada idea nak jawab.
"Apa? Apa?" Sehun tersenyum sinis.
"Erghh!!" Yooha merengus geram.
Chanyeol dan Baekhyun bertepuk tangan, tanda Sehun menang.
"Kenapa ni sayang??" Tegur seseorang dar belakang Yooha.
Yooha memandang kearah suara itu.
"Siapa pula pakcik tua ni?" Bisik Chanyeol kepada Baekhyun dan Sehun.
Sehun, Baekhyun dan Chanyeol memandang wajah sesama sendiri sebelum menjongket bahu, tanda tak tahu.
"Appa!!" Yooha terus meluru kearah En. Yoo, appa Yooha.
Terkedip-kedip mata Sehun, Chanyeol dan Baekhyun melihat Yooha memanggil pakcik tua tu 'appa'.
"Appa??" Serentak mereka bertiga menjerit sambil memandang sesama sendiri.
<<<BERSAMBUNG>>>
---VOTE AND COMMENT---
YOU ARE READING
(C) Plan To Get Your Love || 세훈 엑소
FanfictionCinta tidak sesukar Matematik tetapi Cinta jugalah membuatkan kita terasa sukar sentiasa. Penemuan yang tidak disangka-sangkakan diantara Sehun dan Yooha telah menyebabkan SATU perancangan terhasil untuk merungkai SATU rahsia tersembunyi. "Maafk...