✿ Another Plan?! ✿

820 60 7
                                    

"Jae-Suk?" ujar En. Oh, pelik. Ketika itu keluarga Yooha melawat Sehun secara tiba-tiba. Yooha nampak Sehun terbaring atas katil dalam keadaan balut sana sini. Sehun pula terperanjat melihat kehadiran Yooha dan Kyungsoo datang ke situ.

"Hey, Chan. Mamat yang belasah Sehun tu datang sini kenapa? Dia nak belasah Sehun lagi ke?" bisik Baekhyun kepada Chanyeol. 

"Molla." Chanyeol menjongket bahu. Ketika itu mereka sedang berdiri di hujung katil Sehun, mereka juga ada disitu ketika drama sedih antara mak dan anak berlangsung.

En. Yoo segera melutut dihadapan En Oh dan sekeluarga. Semua orang berada disitu terkejut reaksi En Yoo. 

"Kenapa ni Jae-Suk? Kenapa kau melutut depan aku ni?" soal En. Oh sambil mengangkat En Yoo bangun daripada melutut. 

"Sebenarnya apa yang berlaku kepada Sehun, adalah perbuatan anak aku, Kyungsoo. Kami teramat serba salah atas perbuatan anak kami." Ujar En Yoo sambil menunduk kepala. 

"Apa??" soal En Oh, terkejut. 

"Saya minta maaf, En Oh." Kini giliran Kyongsoo pula melutut. Sehun dan rakan-rakannya terkejut melihat perubahan sikap terhadap Kyungsoo.

"Tak sampai sehari dia belasah Sehun, dia berudah perangai? Cepatnya?" bisik Chanyeol kepada Baekhyun. 

"Betul-betul. Dia tengah berlakon ke tu?" Soal Baekhyun. 

"Molla." Ujar Chanyeol sambil menjongket bahi.

En Oh juga mengangkat Kyungsoo daripada melutut. 

"Tak apa, Kyungsoo. Lagi pun Sehun sekarang dah okay. Dah boleh angkat tangan dah pun." Ujar En. Kim. Sehun terus mengangkat tangannya tanda dia okay. Yooha tersenyum lega melihat Sehun.

"Sebenarnya saya sudah lama tahu perbuatan anak saya, Sehun tu terhadap Yooha selama ini. Tapi tak tahu pula sampai macam ni sekali." Ujar En. Oh. Sehun terkejut mendengar kata-kata En Oh. 

"En Kim sudah tahu?" soal Kyungsoo. 

"Ya, sejak Sehun pecah masuk bilik kerja pakcik beberapa minggu lepas." Jawab En Kim.

"Appa pun dah tahu hubungan antara Yooha dan Sehun." Sampuk En Yoo. 

"Appa pun?" Kyungsoo terkejut. Yang paling terkejut disitu ialah Yooha dan Sehun. 

"Kami sengaja berdiam diri. Nak tengok apa jadi dekat korang berdua." Ujar En Oh sambil memeluk bahu En Yoo. 

"Omma dan Yooha omma dah merancang nak satukan Sehun dengan Yooha dari dulu lagi. Sebab itu kami biarkan." Ujar Pn. Oh. 

"Cuma kami tak menyangka hal ini berlaku, maafkan anak saya, Pn Oh." Ujar Pn Yoo, sayu. 

"Tak apa." Ujar Pn. Oh, senyum.

"Kenapa omma appa buat macam ni?" tanya Sehun, bingung.

"Kami mahu menjalin hubungan persahabatan antara Sehun dan Yooha. Sebab sebelum ni ramai orang ingat appa Sehun dan appa Yooha bermusuhan." Ujar Pn. Oh.

"Kami mahu hapuskan tanggapan itu dengan menyatukan anak kami dengan satu ikatan iaitu perkahwinan. Appa dan Yooha appa bukannya bermusuh sangat pun. Kami cuma bersaing dalam perniagaan sahaja." Ujar En. Oh, tersenyum. Sehun, Kyungsoo dan Yooha terpinga-pinga.

"Wait the minute? Sekarang cerita sebenarnya macam mana?" bisik Baekhyun kepada Chanyeol. 

"Cerita dia sekarang, omma appa Sehun dan Yooha mahu jodohkan mereka berdua tetapi tanpa dirancang Sehun sudah mendekati Yooha atas alasan mahu siasat pasal Jae-Suk iaitu Yooha appa. Dan Yooha oppa pula menganggap Sehun mempergunakan Yooha walaupun perkara itu benar sekali. Menyebabkan Sehun dibelasah dengan teruk, akibatnya Sehun terperuk dalam hospital." Terang Chanyeol.

"Dan kedua-dua keluarga tu memohon maaf sesama sendiri, selepas itu rahsia rahsia keluarga pecah. Mereka menerima rahsia itu dan kemudian mereka bahagia. Dan Sehun pun mula sayang Yooha dan mereka pun berkahwin." Setelah Baekhyun habis cakap, dua bantal terbang kearah Chanyeol dan Baekhyun. Semua orang yang berada di wad tu ketawa terbahak-bahak. "Kepala otak korang!!! Memandai buat jalan cerita sendiri." Marah Sehun dari katilnya. Dalam keadaan tangan sebelah kena simen masih boleh baling dua bantal. Daebak.

"Korang dengar ke?" soal Beakhyun, bingung. "Gila tak dengar. Korang sembang macam duduk dalam stadium." Marah Sehun. Chanyeol dan Baekhyun mengekeh ketawa. Malu. Sekali lagi satu wad itu dihiasi dengan ketawa. 

<<<BERSAMBUNG>>>

---VOTE AND COMMENT---

(C) Plan To Get Your Love || 세훈 엑소Where stories live. Discover now