✿ Surprise ✿

1K 62 14
                                    

Setengah jam kemudian.

"Kami balik dulu." Ujar Chanyeol kepada Sehun sambil menepuk bahu Sehun.

"Korang jangan buat cerita dekat sekolah esok, tau! Kalau aku dapat tahu, siap korang!" amaran daripada Sehun kepada Chanyeol dan Baekhyun.

"Dalam tengah sakit pun sempat lagi nak beri amaran. Tak sedar diri betul." Bebel Baekhyun.

"Aku dengar tu." Ujar Sehun.

"Yooha, kami balik dulu. Bye." Ujar Chanyeol kepada Yooha sebelum menutup pintu wad.

Sebentar tadi, sebelum Chanyeol dan Baekhyun pulang. Keluarga Yooha dan Sehun sudah pulang kerana sudah lewat malam. Yooha meminta izin untuk menjaga Sehun malam itu. Nasib omma Sehun benarkan.

"Err... kau dahaga tak? Kalau dahaga, biar aku ambilkan air." Baru sahaja Yooha hendak bangun, tangannya dipegang. Yooha terus memandang Sehun.

"Kau tak marah dekat aku ke bila kau tahu aku gunakan kau?" soal Sehun, lemah. Yooha tersenyum.

"Tak."

"Kenapa? Aku dah permainkan perasaan kau. Aku tak ikhlas berkawan dengan kau." Ujar Sehun, sayu.

"Aku tahu," Yooha senyum.

"Tahu?" soal Sehun, bingung.

"Ya, aku tahu kau gunakan aku." Ujar Yooha, senyum.

"Macam mana kau boleh tahu?" soal Sehun, bingung.

"Anggaplah perkara yang lepas tu sebagai pengajaran kita supaya kita tak ulanginya lagi." Ujar Yooha, tenang.

"Tapi .." Yooha melekat jari pada bibir Sehun.

"Sebab aku suka kau sudah lama dah. Sebelum kau kenal aku lagi." Ujar Yooha, selepas menjauhkan jarinya dari bibir Sehun.

"Kau suka aku?" soal Sehun.

"Ya. Betul tu. Aku sayang kau tapi hanya bertepuk sebelah tangan." Ujar Yooha sambil bangun berdiri. Tiba-tiba Yooha terasa bagai ditarik lalu jatuh atas badan Sehun.

"Mianhe, Yooha." Bisik Sehun dalam pelukan. Yooha cuba keluar dari pelukan itu.

"Err..kau tak sakit ke peluk aku ni?" soal Yooha, takut-takut.

"Tak, aku rasa kau yang tengah sakit sekarang." Semakin erat pelukan itu. Apabila mendengar Sehun berkata begitu, Yooha membalas pelukkan.

Tak lama kemudian, pelukkan itu diregang.

"Aku nak minta satu benda dari kau." Ujar Sehun.

"Apa dia?" soal Yooha sambil memegang tangan Sehun.

"Aku nak kau beri masa untuk aku membalas cinta kau kembali. Aku janji, selepas ni aku akan jujur cintakan kau." Ujar Sehun. Kata-kata Sehun menyentuh perasaan Yooha menyebabkan matanya berair kembali.

"Arrghh.. kau tak mandi lagi erk. Sebab itu mata aku berair." Ujar Yooha, sambil mengelap matanya. Sehun tersenyum.

"Ha'ah. Aku tak mandi lagi. Kau boleh tolong mandikan aku?" ujar Sehun sambil tersenyum galak.

"Mengada!" Yooha menampak bahu Sehun.

"Appo!" jerit Sehun.

"Mian, mian. Tak sengaja." Yooha kelam-kabut menggosok bahu Sehun. Tak lama kemudian Sehun ketawa. Yooha sedar situasi itu. Dia terus menghadiahkan cubitan pada bahu Sehun. Kali ini Sehun menjerit kesakitan betul-betul.

"Wah, mesranya mereka sampai boleh dengar dari luar." tegur Baekhyun di pintu wad, disebelahnya ada Chanyeol tersengih. Teguran Baekhyun mengejutkan Sehun dan Yooha.

"Korang berdua tak balik lagi??" soal Sehun, terkejut.

"Kami nak tengok drama cinta korang bila kami tiada." Ujar Baekhyun.

"Tak sangka kawan kita ni romantic juga kan. Sampai main peluk-peluk lagi." Ujar Chanyeol tersengih.

"Korang mengintai kami erk?" marah Sehun. Yooha menunduk malu.

"Mana ada, kami ternampak aje" ujar Baekhyun sambil menjelir lidah.

"Siap korang bila aku keluar dari wad." Jerit Sehun.

"Bye!!" Akhirnya balik juga dua orang badut tu.

"Maaf pasal tadi." Ujar Sehun, senyum.

"Gwenchana." Yooha membalas senyum. Mereka saling memandang sesama sendiri sambil memegang tangan. Mereka berharap hubungan mereka pada kali ini dipenuhi dengan kejujuran. 

"Saranghae, oppa." Ujar Yooha, sambil senyum. Sehun terus menarik Yooha, masuk kedalam dakapannya. 

--- T A M A T ---

Well? Macam mana? Okay x cerita pendek daripada author? xDxD kurang menarik right? Hehehehe.. Ni hasil karya semasa author x matang dengan percintaan remaja. (Author pernah bercinta tapi tak serius pun. xPxP soo agak kurang bab sawit² ni xDxd) Oleh kerana cerita ni membosankan, next time (kalau free) author akan upgrade cerita ni more better and more matured, not more matured contents xDxD matured story. ㅋㅋㅋㅋㅋ Don't be soo byuntae guys. Its not good for your innocent mind. Anyways, I hope you guys enjoyed. Byee.. Saranghae <3

---VOTE AND COMMENT---

(C) Plan To Get Your Love || 세훈 엑소Where stories live. Discover now