'Yayyy,dah sampai',jerit V saat kereta berwarna merah itu berhenti di depan Sungai Han.Mereka semua meluru keluar dari kereta dan menikmati pemandangan sekitar kawasan itu.'Korang,jom', ajak Jin.'Pergi mana',tanya Jungkook dan Jimin serentak. 'Tuuu',Jin menunjuk kearah tempat menyewa basikal. 'Owhh',Jungkook mengangguk berulang kali.Mereka berpandangan dan tersenyum sesama sendiri lalu berlari kearah tempat yang ditunjukkan Jin untuk merebut basikal yang menjadi pilihan hati masing-masing.
'Aku nak yang ni',kata Suga sebaik ternampak basikal berwarna hijau. 'Eh,ni aku punyalaa',V menyampuk. 'Aku tak kira,aku nak ni jugak',Suga memegang basikal itu dengan erat. 'V yang jumpa basikal ni dulu', tegas V dengan muka yang tegang. 'Ishhh,korang ni,sudah, sudahla gaduh tu,kan banyak lagi basikal kat sini',Rap Monster cuba meleraikan perbalahan antara Suga dan V.Masing-masing tidak mahu mengalah.'Suga,bagi jela kat V tu,kau kan abang,beralahla',Rap Monster memandang Suga dan V silih berganti.'Ok,Fine,ambiklaa, setakat basikal yang tak berapa nak lawa ni,berderet lagi basikal yang lebih lawa dari ni' ,Suga menunjuk kearah deretan basikal dengan perasaan marah.'Bagus, akhirnya mengalah juga,Suga, jangan ambik hati ea',Rap Monster menepuk-nepuk bahu Suga. 'Yess!',V tersenyum puas. 'Takpayah nak yes sangat, kau tunggu nanti',Suga mengetap gigi.Hatinya sudah meluap panas.
Selepas membayar duit dan memilih basikal,mereka memulakan aktiviti pertama mereka iaitu lumba basikal. '1...2...3...',Rap Monster mengayuh basikal dengan sepenuh hati. Mereka yang lain cuba mengejar Rap Monster dari belakang. 'Lajunya korang, tunggula kookie', jerit Jungkook yang masih terkial-kial.'Cepatla kookie,kalau kalah kena denda',Jhope menoleh sekilas ke belakang memandang Jungkook.Jungkook mempercepatkan kayuhannya supaya dapat menyaingi mereka semua.Rap Monster yang sudah jauh ke hadapan berjaya dipotong Jimin.'Yes,dapat potong hyung, hahaha',jerit Jimin gembira. Rap Monster berasa tergugat apabila Jimin sudah berada dihadapannya tetapi dia sudah letih untuk mengalahkan Jimin.Mereka bertujuh saling bersaing hingga ke garisan penamat.
'Penatnya',keluh V selepas mereka menamatkan perlumbaan.'Penat tu memang la penat,yang penting aku menang',Jimin tersenyum bangga. 'Ada aku kesah',Jhope menjeling Jimin tak puas hati.'Ishhh,korang ni,dah habis dah cakap,yang paling penting sekali semua seronok kan',tegur Jin.'SERONOK',sorak mereka berenam.'Tapi kookie hausla,nak air',adu Jungkook. 'Pergila ambil dalam kereta tu, ambil untuk kitorang sekali',arah Rap Monster. 'Alaa,jauhnya',rungut Jungkook yang malas bangun dari tempat duduknya. 'Apa yang jauhnya,depan kau je',tunjuk Rap Monster.Jungkook hanya tersenyum memandang Rap Monster.'Kookie,Kookie,tak pelah biar hyung yang ambilkan',Jin geli hati melihat gelagat Jungkook.Dia terus bangun menuju ke kereta mereka.
Selepas beberapa jam di Sungai Han,mereka meneruskan perjalanan ke tempat yang seterusnya.Seharian mereka hanya berseronok dan bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah yang membelengu diri masing-masing. Walaupun penat tetapi mereka puas dapat meluangkan masa bersama.Riuh-rendah taman itu dengan suara dan gelak tawa mereka yang tidak henti-henti daripada tadi.Apabila ada antara mereka yang jatuh ketika bermain kasut roda, keluarlah suara seseorang yang suka menyakat dan pembantunya yang suka ketawa. Disitulah bermulanya aksi kejar-mengejar, walaupun rasa sakit akibat jatuh, sakit lagi hati ni bila disindir dan ditertawakan.
'Woi,korang ketawakan aku,siap korang',Rap Monster berusaha sedaya upaya untuk bangun mengejar budak dua orang yang nakal itu.'Dah la jatuh macam nangka busuk,ada hati lagi nak kejar kitorang,HaHaHa',Jimin tidak berhenti mentertawakan Rap Monster.V dan Jimin cuba melarikan diri dari Rap Monster dengan ketawa yang masih bersisa apabila melihat Rap Monster sudah membuka langkah.Suga dan Jhope yang sedang mencuba skill baru dalam permainan skateboard langsung tidak memperdulikan mereka bertiga.
Jungkook duduk di sebuah bangku kosong sambil tersenyum seorang diri melihat gelagat hyungnya. Rindunya terubat untuk melihat hubungan mereka yang terlalu rapat seperti ini.Sudah lama mereka tidak bergurau senda seperti yang berlaku sekarang.Hatinya berbunga riang. BAHAGIA.
'Uishh,apelah yang disenyumkan macam kerang busuk,adik hyung yang sorang ni',tegur Jin tiba-tiba.'Eh mak kau tergolek..,ishh,Jin hyung ni terkejut kookie tau',omel Jungkook. 'HeHeHe,sorryla,comel pulak tengok kookie melatah',puji Jin.'Hyung ni, ade,ade je',Jungkook tersipu malu
'Tak pergi main ke', tanya Jin. 'Dah tadi,sekarang nak rehat kejap', Jungkook meneguk sedikit air dari botol air ungu yang dipegangnya dari tadi.Suasana menjadi sunyi sepi seketika.Masing-masing senyap melayan perasaan.Ps:Panjang,diubah suai,publish semula#mianhei
YOU ARE READING
The Most Beautiful Moment In Life
FanficKita pntingkn diri sndiri,x pedulikn org lain termasuklah dy.Bile dy perlukn pertolongan,dlm kesshan, ade ke kita nak tlong dy,kita cabut lari,kita mengelak dr dy.Bile dy sedih,ade masalah,ade ke kita disamping dy,buat dy happy,jd pndengar setia.Dy...