Suasana yang sunyi didalam kelas, menyebabkan Aqeela mengantuk. Mimpi yang dialamai malam tadi masih sukar untuk dilupakan. Dia termenung jauh dan melihat dua ekor burung berterbangan di luar jendela kelas dengan lekanya.
"Ibu dah call pagi tadi cakap semuanya okay" Aqeela bermonolog dan mengeluh sambil menopang dagu.
Sedang dia asyik melayan perasaan..tiba-tiba.
"Aduh..sakitlah" Aqeela secara spontan menjerit dan menggosok dahinya berkali-kali.
Pemadam papan hitam mendarat cantik didahi aqeela,dengan bonus bekas marker pen sekali. Dia tertunduk malu tatkala kawan sekelasnya yang lain tergelak terbahak-bahak menyaksikan aksi berani dan spontan pensyarah tersebut.
" Lain kali jangan berani-berani nak mengelamun dalam kelas saya. Faham Aqeela Rhiana bt Basri ?" laung pensyarah muda tersebut dengan lantang kerana kedudukan antara mereka berdua agak jauh dan didalam ruang kelas yang besar. Mata mencerlung tajam kearah pelajarnya itu.
Aqeela. Bukan sekali dua dia dijadikan mangsa latihan lontaran jarak jauh pemadam papan hitam Ammar Zulfan,malah sudah berpuluh kali dan Aqeela masih tidak terkesan.
"erk..fa..faham faham sir." Aqeela bercakap senada dengan pensyarahnya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Jangan faham-faham je, tergaru-garu macam beruk buat apa?lepas habis kelas ni, jumpa saya !" dah macam pantunlah pula. Ammar Zulfan memberi se'das tembakan pedas tepat kemuka Aqeela, lantas menyambung semula sesi pembelajaran seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dushhhh..beruk ? dia panggil aku beruk ? tak guna punya pensyarah. Karang aku jadi beruk betul-betul, aku gigit dia biar dia pulak jadi beruk.hahaha.eh jap ? gigit dia ? euwww..tak selera you !
Tapi,malangnya..ayat tersebut hanya tersekat dikerongkongnya, tidak mampu untuk diluahkan.bukan segan tetapi takut.takut markahnya diganggu gugat oleh pensyarah psycho tersebut.
Jasmin, menyiku lengan sahabatnya itu dan hulurkan sehelai kertas kecil dan Aqeela menyambutnya dengan berhati-hati dibawah meja.
'kau dah kenapa qeela ? tak payah lah mengelamun dalam kelas singa ni.focus beb '
Aqeela pantas membalas nota Jasmin dan menolaknya dengan perlahan sambil mata tepat dan fokus memandang si 'singa' dihadapan. Konon-konon memberi sepenuh perhatian walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Lebih baik hipokrit daripada berbenjol lagi dahi Aqeela dengan pemadam papan hitam.
Taktik 'ninja notes' wajib digunakan bagi setiap pelajar yang sudah bosan dengan belajar dan juga sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi didalam kelas tanpa ditangkap oleh singa.ehh..pensyarah.
'biasalah aku..malam tadi tak dapat tidur.ada la orang tu takut penunggu lah ape lah.:p'
Aqeela berdalih.tidak akan sesekali dia memberitahu Jasmin tentang perkara yang menyesakkan fikirannya itu. Walaupun hakikatnya, Jasmin sudah sedia maklum akan kisah tragis yang dialami Aqeela dan disebabkan oleh itu, dia tidak mahu Aqeela ingat semula tentang sejarah pahit tersebut.