Aku Mahu Kamu : 6

28 0 0
                                    




Hujung minggu begini, selalunya Jasmin tidak akan duduk diam dirumah. Ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan bersama Aqeela,walaupun Aqeela malas tetapi tetap juga dia mengikut plan yang disusun oleh Jasmin.Dan hari ini Jasmin merancang untuk pergi berbasikal di Taman Botani Putrajaya.

Mereka menyewa dua buah basikal dan berkayuh mengelilingi kawasan tasik dan puncak taman botani. Pemandangan hijau dan indah, sedikit sebanyak membantu menenangkan fikiran Aqeela yang sememangnya berserabut itu.

"Qeela..aku nak pergi ambil air mineral kat kereta jap.kau tunggu sini eh."

Aqeela hanya membalas dengan anggukan sahaja. Berada dipuncak ini sungguh mendamaikan, walaupun diganggu oleh nyamuk-nyamuk durjana. Spoil sungguh ! dan tiba-tiba..

"Hai Aqeela sayanggg.." Aqeela merasa seperti bahunya disentuh dan apabila dia berpaling..eh kau !

Lelaki dihadapannya kini hanya tersengih sambil menunjukkan barisan giginya.

"Kau takpayah nak sentuh-sentuh lah !" Aqeela mulai marah sambil menepis tangan Rizman yang masih cuba untuk menyentuhnya.

"Alaa..aku sentuh bahu je pun.tak luak apa lah Qeela.kalau aku nak,lebih dari ni aku boleh buat," Rizman ketawa terbahak-bahak melihat muka Aqeela yang seperti menahan marah itu. Sebenarnya, sudah lama Rizman menyukai Aqeela cuma Aqeela sahaja yang tidak pernah pandang dirinya apatah lagi untuk menyukai dia.

"Aku malas sebenarnya nak bercakap dengan lelaki yang tak matang dan desperate macam kau ni sebab takut sejarah lepas berulang semula."

"Opss..eh.kau tak malu ke? Anak orang kaya macam kau ni, kena suspended sebab kacau anak dara orang.tak malu?" Soal Aqeela dengan beraninya. Rizman tidak lagi menunjukkan muka manisnya sebentar tadi.

Rizman mula bengang apabila teringat semula peristiwa yang berlaku pada dua semester lepas.

Pada ketika itu, Rizman melihat Aqeela berjalan seorang diri menuju ketempat parkir kereta. Dia tidak dapat menahan diri untuk menyakat Aqeela walaupun hakikatnya dia tahu Aqeela memang anti lelaki.satu university menyedari hakikat itu. Rizman tidak peduli, kalau dia tidak dapat apa yang dia ingini, jangan gelar dirinya Rizman Datuk Mazlan lah !

Rizman mengejar Aqeela dari belakang dan cuba untuk meraih pinggang Aqeela,tetapi Aqeela sempat mendorong dirinya ketepi apabila terasa pinggangnya disentuh. Sejurus itu, tamparan yang padu hinggap dipipi Rizman. Rizman mulai berang dengan tindakan berani Aqeela dan cuba untuk memeluknya untuk kali kedua. Rizman yang pada mulanya,hanya ingin menyakat Aqeela merasa dirinya dicabar dan dia tidak suka dicabar lagi-lagi dengan perempuan ! disebabkan itu, dia menjadi semakin berani.

Aqeela mengambil sebatang kayu berhampiran keretanya dan menghayun kayu tersebut kuat diperut Rizman, sehingga Rizman tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, barulah security guard tiba. Berikutan peristiwa itu, Rizman digantung pembelajarannya selama satu semester apabila terbukti dia memang bersalah setelah pihak university melihat semula rakaman CCTV.

Rizman tersedar dari lamunan. Sekarang, yang berada dipuncak ini.Cuma mereka berdua sahaja. Rizman sudah mula berdendam,dia ingin membalas semula perbuatan Aqeela terhadap dirinya. Rizman melangkah perlahan menuju kearah Aqeela sambil tersenyum mengejek.

"Kat atas puncak ni,hanya kau dengan aku saja tau.kau ingat kau boleh selamat kali ni?" Ugut Rizman.

Aqeela mula berasa takut apabila pandangan Rizman tepat kearahnya. Janganlah sejarah berulang semula.aku cuma cakap je tadi ! Aqeela mula menyesal. Itulah..kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Dia melangkah kebelakang perlahan-lahan apabila Rizman semakin mendekat.

Kakinya terasa seperti diikat pada tanah, lututnya terasa lemah loglai seolah-olah skru-skru yang dipatri di sendi telah tercabut. Sesungguhnya dia teramat takut sekarang.Tiba-tiba otaknya berfungsi..perfume !

Ya..dia ada membawa sebotol perfume botol kecil didalam poket track-suitnya. Pantas dia menyeluk saku untuk mengambil perfume tersebut, dan sembur minyak wangi tepat kemuka Rizman. Rizman menjerit kepedihan dan menggosok kedua-dua belah matanya.

Kesempatan itu diambil oleh Aqeela untuk lari dari situ. Sempat dikayuh basikalnya untuk mencari Jasmin dan nasibnya baik terserempak dengan sahabtnya itu ketika menuruni kawasan bukit.

Melihatkan muka Aqeela yang seperti dikejar hantu, Jasmin tidak banyak tanya dan hanya mengikut arahan Aqeela untuk meninggalkan taman itu. Pada malamnya,barulah Aqeela menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya di Taman Botani tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Mahu KamuWhere stories live. Discover now