Aku Mahu kamu : 4

24 0 0
                                    




Selesai kuliah pada hari itu, Aqeela bergegas mengemas begnya dan melangkah keluar daripada kelas. Hari sudah semakin gelap, Aqeela kena pantas kerana dia tidak boleh memandu pada waktu malam kerana rabun silau.

"Haihh la Mr Ray ni,selalu kelas habis awal, dah lah tak bawa spect ni".

Aqeela melangkah lebih pantas, 5 minit lagi waktu solat maghrib nak masuk.bintang kat langit pun tak ada.macam nak hujan pun ada ni.matilanak ! apa lah dugaan Aqeela hari ini. Sudahlah kena marah dengan Sir Ammar, kelas Mr Ray pula habis lambat dan hari pula seperti mahu hujan.

Sampai sahaja di tempat parkir kereta, Aqeela perasan ada sekeping sampul surat berwarna merah jambu diselitkan di wiper keretanya.

'Haih ? saman ke ? exclusive sangat pulak siap letak dalam sampul surat' Aqeela bercakap sendirian sambil memerhati keadaan sekeliling.

Tiba-tiba dia berasa seram sejuk. Secepat mungkin dia melangkah masuk kedalam kereta dan menekan 'lock' pintu. Aqeela baru teringat dan perasan sesuatu, kali terakhir dia mendapat sampul surat warna merah jambu adalah dua bulan lalu dan tidak diketahui siapa pengirimnya.

Dan malam ini, sekali lagi dia menerima sampul dengan warna yang sama. Dia tidak mahu berlama-lama kerana bimbang si pengirim surat masih berada dikawasan itu. Aqeela mengambil keputusan untuk membaca kandungan surat itu dirumah sahaja.

Baru sahaja hendak keluar daripada kawasan kolej, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya dan jam sudah menunjukkan pukul 7.40 malam.

Aqeela tidak dapat meneruskan pemanduan tambahan pula, kawasan itu tidak mempunyai lampu jalan. Dia memberi signal kekiri dan memakir keretanya di bahu jalan. Dia hanya perlu menunggu hujan reda seketika dan kemudian meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah.

"Cepatlah wahai hujan..cepatlah berhenti.aku nak balik ni..taknak lah duduk sini lama-lama"

Aqeela merungut dan tiba-tiba fikirannya menjurus kepada Jasmin yang menceritakan perihal penunggu,walaupun penunggu yang Jasmin katakan itu adalah Aqeela sendiri. Tapi, memang tidak dinafikan bahawa kawasan hostel yang mereka diami,memang mempunyai 'sesuatu'.

Hal sampul surat berwarna merah jambu dilupakan seketika.

'Ala..dekat mana-mana jinn ni ada,cuma kita nampak dengan tak nampak sahaja. Jangan lupa solat,dekatkan diri dengan Allah.Cuma itu saja pendinding kita.'

Kata-kata ibunya Puan Rahimah terngiang-ngiang ditelinga Aqeela apabila ketika itu dia menceritakan mengenai sahabatnya yang pernah kerasukan jin pada semester yang lalu.

"Haih..time-time macamni la pulak kepala otak aku ni nak pikir pasal hantu pun, tak support tuan langsung !"

Sedang Aqeela membebel memarahi diri sendiri, tiba-tiba ada kereta berhenti dan parkir dibelakang kereta Aqeela sambil memasang lampu tinggi.

Aqeela memandang cermin pandang belakang dan dia tergamam....Sir Ammar?

'Tapi,takkanlah sir kot.dah malam ni..selalu lepas habis kelas dia dah chow dah.haihh.jangan-jangan....hantu tak?"

Tudia..sekali lagi si penakut Aqeela dipermainkan oleh kepala otaknya sendiri.

Memanglah Aqeela ni boleh dikatakan brutal dan garang dengan lelaki,tapi kalau bab jin syaitan hantu ni jangan dibuat main beb. Dengan manusia boleh lagi nak pukul, kalau dengan hantu ni kang,tak dan nak pukul, dah pengsan.cemana?

Aqeela sudah mula hendak menangis, baru sekarang ini dia mahu menyesal kerana tidak mempunyai CD bacaan surah-surah didalam keretanya.

Tingkap dibahagian pemandu diketuk kuat daripada  arah luar.Tapi Aqeela tidak berani untuk membukanya. Dia menggigil ketakutan.

"Aqeela..Aqeela..buka tingkap ni." Suara Ammar Zulfan kedengaran sambil mengetuk tingkap kereta Aqeela.

Ehh..dia tahu nama aku lah.Ya Allah selamatkanlah hambamu ini Ya Allah. Dia hampir-hampir mahu menangis.

"Aqeela..kereta awak rosak ke? Soal Ammar Zulfan sekali lagi apabila persoalannya yang pertama dibiarkan sepi.

"Siapa tu ? Si..si..siapa kat luar ? kalau manusia,jawab salam aku ni,jawab bagi penuh, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh",soal Aqeela tergagap-gagap.

Kedengaran suara ketawa diluar kereta, walaupun tidak kuat, tetapi masih jelas ditelinga Aqeela. Dia kenal cara ketawa itu. Sir !

Ciskek ! dia gelakkan aku ! Walaupun masih marah, perlahan-lahan Aqeela membuka tingkap keretanya sedikit,kalau buka besar-besar kang ada juga seat kereta yang lencun dek air hujan. dia melihat Sir Ammar berdiri betul-betul bersebelahan keretanya sambil memegang payung. Seluar yang dipakainya habis basah terkena air hujan,begitu juga baju kemejanya. Hujan masih lagi turun dengan lebat dan tidak ada tanda-tanda seperti mahu berhenti.

"Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh,  Aqeela.apa awak ingat saya ni hantu?" soal Ammar sambil tersenyum.

" Ye lah..saya kena la berjaga-jaga. Eh jap, sir buat apa kat kawasan sini malam-malam? Bukan kelas sir dengan kelas kami pagi tadi je ke ?

"Awak ingat part time lecturer macam saya ni tak banyak kerja ke? Tak adalah, saya ambil barang tertinggal kat ofis tadi.on the way balik,ternampak kereta awak."

"Jap..kereta awak rosak ke? tapi macam tak je sebab enjin hidup. Kenapa parkir tepi jalan ?" Soal Ammar Zulfan berdas-das.

Aqeela menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hish..nak kelentong ke nak jujur ni ?

Err..okay.Jujur ! ibu cakap tak baik menipu.                         

"Err..hujan lebat sangat tadi lepastu saya silau.tak boleh drive malam.kelas Sir Ray pula habis lambat." Akui Aqeela jujur.Sebenarnya dia malu mahu memberitahu kekurangan diri kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada seorang lelaki.

"ohh I see..awak nak saya tolong awak ? ke awak nak bermalam kat sini je tunggu hujan berhenti ? Soal Ammar Zulfan, tidak pasti sama ada soalannya itu mempunyai unsur sarkastik ataupun jujur. Tetapi suaranya bernada biasa.

" Macam ni..kalau awak nak saya tolong, saya drive kat depan dan awak ikut dari belakang.boleh ? saya drive slow-slow." Cadang Ammar Zulfan.

"Dan..kalau awak nak tunggu hujan berhenti,macam tak je.Lebat sangat ni.kalau lambat lagi kita gerak..jalan depan sana nanti naik air.cemana?" Dia menambah perisa apabila melihat Aqeela yang seperti teragak-agak.

" Erm..bolehlah.bolehlah daripada takda.." Aqeela terpaksa akur. Betul juga kata Sir, hujan pun macam tak ada tanda-tanda mahu berhenti. Daripada ikut ego, baik aku ikut cakap hati.

"tapi..sir tapayah hantar sampai kerumah.hantar saya sampai ke Bandar je..nanti kat Bandar tu dah banyak lampu.saya boleh drive kerumah." Tegas Aqeela.tak akan sesekali dia memberitahu Ammar Zulfan lokasi rumahnya. Bukan apa.Cuma mahu berjaga-jaga.

"Hmm..baiklah kalau itu yang awak nak"

" thanks sir..er,ok cepatlah.saya follow dari belakang. Sir jangan drive laju sangat pula." Arah Aqeela pula.Berani betul mengarah seorang pensyarah.hehe

" Baik Tuan Puteri kesayangan beta." Ucap Ammar sambil tersenyum dan melangkah laju menuju ke keretanya.

Dan..Aqeela merasa....














bengang ! Takpayah kesayangan sangat lah !

Aku Mahu KamuWhere stories live. Discover now