Chap 17

2.2K 173 8
                                    

Jjang!" Haemi membuka pintu rumah luas dan mempersilakan Taehyung masuk. Taehyung masuk ke dalam meninggalkan Haemi yang mengangkat barang Taehyung.

"Rumah siapa ni?" Soal Taehyung perlahan dan masih menyedari bahawa Haemi sudah berada di belakang.

"Rumah kita la. Jom saya tunjuk bilik kita." Haemi menarik tangan Taehyung namun dapat ditepis oleh Taehyung.

"Wow wow wow. Bilik kita? Are crazy? No way aku kena tidur dengan kau! Kita tidur bilik asing!" Katanya lantang lalu dia mengangkat barangnya dan menuju ke bilik lain.

Haemi terdiam mendengar apa yang dikatakan Taehyung tadi. Tak pernah-pernah Taehyung berkata kepada dia sebegitu. Di dalam hatinya, pedih, pilu, sakit mendengarnya.

"Nak oppa yang dulu..."

..................................

"So, noona dah ada perancangan nak sembuhkan V hyung?" Soal Jungkook. Saat ini mereka sedang menikmati bubble tea bersama.

Haemi menggelengkan kepala.

"Mana V hyung? Dia tak ikut sekali?"

"Tak tahu. Dari pagi tadi dia keluar. Bila ditanya, ditengkingnya balik. Memang berbeza sangat dengan sikapnya dahulu." Balas Haemi pasrah.

Jungkook hanya tersenyum kecil melihat Haemi dengan simpati. Jungkook menggenggam tangan Haemi dengan erat.

"Sabar ye noona. Memang V hyung macam tu dulu. Fighting!" Kata Jungkook memberi semangat kepada Haemi. Haemi hanya hanya tersenyum kecil lalu dia melepaskan tangannya daripada genggaman Jungkook dengan perlahan.

"Gomawo Jungkook" kata Haemi tersenyum.

....

"Dari mana kau ni?!" Soal Taehyung apabila melihat Haemi baru pulang.

Tersentak Haemi mendengar tengkingan daripada Taehyung. Tak pernah pernah Taehyung menengkingnya sebegitu.

"Err keluar dengan kawan tadi. Mianhae Haemi lupa nak minta izin sebab oppa dah........ keluar tadi." Kata Haemi ketakutan.

Taehyung tersenyum sinis mendengar jawapan Haemi.

"Kawan? Namja ke yeoja? Amboi tau aku ni hilang ingatan, mula ye kau tunjuk belang kau?!!"

"A-apa yang oppa katakan ni?" Soal Haemi kebingungan.

Sekali lagi Taehyung mengukirkan senyuman sinisnya. Dia mengambil phonenya lalu menunjukkan satu gambar yang familiar kepada Haemi.

Membulat mata Haemi melihat manusia yang ada dalam gambar itu. Haemi dan Jungkook yang sedang berpegangan tangan di cafe tadi.

"O-oppa... Ni bukan seperti yang oppa fikirkan. Hae-"

"Dah! Aku malas dengar semua penjelasan daripada mulut kau! Semua yang kau kata tu penipu. Selama aku sihat ni pun mesti kau macam ni kan! Aku nak kau bla dari sini!" Halau Taehyung sambil menolak Haemi keluar dari rumah.

"O-oppa! Kenapa oppa macam ni? Haemi sayangkan oppa! Jangan halau Haemi oppa! Mana Haemi nak pergi?" Soal Haemi dengan mata yang berkaca-kaca.

"Arh! Ada aku kesah? Kau pergi la rumah Jungkook tu! Macam kau tak biasa!"

PAKK!

"Sam...sampai hati oppa kata begitu. Bagaimana lagi Haemi nak buktikan yang hanya oppa di dalam hati Haemi?" Kata Haemi pasrah.

"Kau bla dari sini!!!" Pekik Taehyung lalu dia menutup pintu rumah.

"Oppa! Oppa! Oppa!" Haemi mengetuk-ngetuk pintu dengan kuat namun tetap diendahkan oleh Taehyung.

Wife Mafia, Husband  Gay || V ✔Where stories live. Discover now