Selesai makan malam, Leesya terus naik ke bilik dan terus solat isyak. Selepas solat isyak, Leesya terus pejamkan matanya dan cuba untuk melelapkan matanya. Sebelum dia berfikir yang bukan bukan, baik dia melelapkan matanya.
Pelbagai potongan ayat yang sudah dibacanya berulang ulang kali, namun matanya tetap degil untuk dilelapkan. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Leesya akhirnya membuat keputusan untuk menghantar message kepada Firash.
To : My hubby
Abang kat mana? Sayang tak boleh tidur la 😢..Beberapa minit kemudian ada satu message daripada Firash masuk.
From : My hubby
Abang still kat office, banyak lagi kerja belum siap. Nanti kejap lagi abang balik, sayang tidur dulu. Baca bismillah 😘.To : My hubby
Lambat lagi ke? Kalau macam tu, biar sayang temankan. Kita buat video call kat Skype eh? Sayang memang tak boleh tidur ni, tak tau kenapa. Hehe 😁.From : My hubby
Lambat la jugak ni.. Nak buat Skype ke? Sayang ni, tidur la dulu. Nanti kang tak cukup tidur, sakit kepala pulak. Baca je doa tu banyak banyak, nanti tertidur la tu. Ke nak abang send pic abang untuk buat peluk? 😜Tersengih sengih leesya membaca message dari suami tercintanya. Hilang mengantuk! Sedang dia menaip message untuk Firash, dia terdengar sesuatu di bawah. Hatinya berdegup kencang.
To : My hubby
Abang, cepat la balik! Sayang dengar sesuatu kat bawah tadi, please cepat!!
YOU ARE READING
Let's Make Love Happen
RomanceCliché Perkahwinan antara Leesya dan Firash bukanlah atas kerelaan diri masing masing. Ianya atas dasar pemilihan keluarga. Pada mula memang tiada sedikit pun rasa cinta, dan akhirnya terbit rasa cinta di antara Leesya dan Firash. Masalah demi masa...