Hari ini adalah hari yang penting buat Leesya kerana tahun pertama dia menyambut hari lahir suaminya, Firash. Awal awal pagi lagi dia sudah turun ke dapur untuk membuat kek aiskrim sempena hari jadi suaminya. Nasib Firash sambung tidur lepas subuh tadi, kalau tak.. Habis hancur plan Leesya untuk membuat kek dari air tangannya.
Tepat pukul 10.30 pagi, Leesya masuk kebilik untuk mengejut Firash daripada lenanya. Mengalahkan budak, nak kena kejutkan. Okay hari ini satu kali kejut je, Firash dah pun mencelikkan mata daripada lenanya yang tidak beberapa lena itu. Leesya mengucup pipi Firash, morning kiss katakau.
"Happy birthday my prince and daddy-to-be!" Selepas mengucup kedua dua belah pipi Firash, Leesya memberi ucapan hari jadi untuk Firash. Firash yang agak mamai dek baru bangun tidur itu agak terkejut. Entah apa yang terkejutnya, mungkin Firash sendiri lupa akan tarikh hari ini? Ish, pelupa betul dia ni.
Leesya segera merapatkan badannya ke badan Firash dan memeluk Firash dengan lebih erat dan ketat. Sampai sukar untuk bernafas. Pelukan itu kemudian dileraikan oleh Leesya.
Firash yang masih lagi mamai itu kelihatan bingung. Dia cuba memproses setiap kata kata yang dilontarkan oleh isterinya itu tadi.
"My birthday?" Soalnya.
Leesya mengangguk.
"Oh ya, today is my birthday. Ah, macam mana abang boleh lupa tentang ni. By the way, thanks sayang sebab ingat hari istimewa ni."Firash kemudian memeluk Leesya, rambut Leesya diciumnya. Leesya mengukir senyuman yang manis.
"Pelupa nya dia!" hanya itu balasan daripada Leesya yang sedang terkekeh kekeh ketawa. "Eh jom la turun breakfast, sayang dengan nenek dah penat masak dari pagi tadi. Ni ha, kesian kat baby, dari tadi duduk kat dapur je," Leesya memandang perutnya yang besar itu.
"Ala kesiannya baby papa ni, okay kejap lagi papa kasi mama rehat ye." Firash membongkokkan dirinya agar mudah untuk menghadap perut Leesya. Digosok perlahan lahan perut Leesya yang kian membesar hari demi hari.
Mereka keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Di dapur sudah pun terhidang mihun goreng, kuih pagi dan kek aiskrim! Biar simple asal bahagia. Tak apa, next time kita celebrate berdua pula!
Tapi ada sesuatu perkara yang membuatkan mood Leesya hilang. Siapa lagi kalau bukan si perempuan tu. Sibuk betul, kacau daun betul. Pagi pagi lagi sudah bertandang di rumah orang, dasar perempuan tidak tahu malu!
"Ye ada apa Dania datang? Nak join kami breakfast juga ke?" Sapa Leesya yang agak kurang ajar dan mengajaknya masuk. Ah lantak la nenek nak kata apa tentang aku, yang penting hati aku tak sakit. Leesya tersenyum sinis.
"Takde apa pun, saja nak singgah. Wah nampak meriah ni, siap ada kek! Hari jadi siapa ni?" Soal Dania.
"Oh ya! Hari ni hari jadi suami Leesya, Firash." Balas Leesya lalu tangannya memeluk pinggang Firash. Dania hanya mengangguk dan tersenyum.
Nenek, Mak lang, pak lang, Leesya dan perempuan sibuk tu menyanyikan lagu happy birthday kepada Firash. Firash kelihatan seperti malu malu, mungkin kerana ada orang luar yang tak tau malu iaitu Dania.
Masa untuk makan kek!
Firash tidak habis habis memuji hasil air tangan Leesya yang amat sedap itu. Kembang semangkuk Leesya dibuatnya. Leesya berpuas hati kerana Firash benar benar suka akan kek ais krim itu. Boleh buat lagi lain kali!
Leesya berlari lari anak menuju ke bilik, untuk mengambil hadiah yang dibeli di SCM bersama Kak Mel 2 minggu yang lepas. Selepas mendapatkannya, Leesya kemudian memberikan hadiah itu kepada Firash.
"Nah abang, your special gift. Sayang harap abang suka la dengan hadiah ni. And sayang lagi sekali nak ucapkan Happy birthday to abang. Sayang harap sangat hubungan kita kekal hingga ke hujung dunia, bahagia hingga ke akhirat. And sayang nak ucapkan terima kasih pada abang sebab jaga sayang, didik sayang menjadi isteri yang solehah, dan banyak lagi." Mutiara jernih yang bertakung di mata Leesya akhirnya jatuh jua. Sememangnya mahu ditahan, tapi akhirnya jatuh juga.
"Terima kasih sayang, terima kasih sebab sudi hadir dalam hati abang. Terima kasih juga sebab sudi berkongsi katil dengan abang, berkongsi selimut dengan abang, dan sanggup memberi peluang untuk benih abang bernafas pada rahim sayang.. I'm really appreciate it. So much." Drama air mata itu akhirnya habis juga setelah kedua duanya berpeluk dan akhirnya tergelak sendiri apabila menyedari yang mereka berdua overacting.
***
Jantina anak mereka sudah pun dapat diketahui, namun mereka berdua masih belum berfikir tentang nama yang bakal anaknya terima. Semalam, Leesya dan Firash sudah pun kembali ke rumah mereka setelah seminggu pulang ke kampung halamanya.
Hari ini, Firash terpaksa berkerja. Ada meeting penting, so terpaksa pergi walaupun sedikit penat. Penat? Bukan penat sebenarnya, malas. Leesya bermalas malasan di atas katil, sambil sambil tu dia membuka incik google untuk mencari nama nama untuk anaknya.
Ah, tak seronok kalau tengok sorang sorang. Tunggu Firash balik nanti la bincang. Hatinya berkata kata. Lalu, ditutup kembali google itu dan turun ke bawah. Punat remote ditekan, maka terkeluarlah cahaya dan paparan dari televisyen itu. Punat ditekan beberapa kali sehingga ada yang menarik perhatiannya untuk ditonton iaitu di siaran 392, Gag Concert. Senak perutnya ketika menonton rancangan itu. Lawak habis!
Ada message masuk!
From : My hubby
Sayang, abang balik lewat ni. Sayang makan dulu la ya, abang dinner dengan client malam ni. Take care sayang, muah.Leesya mengeluh. Kalau katanya balik lewat tu, sudah tentu lewat sangat. Kadang kadang kalau lewat tu sampai pukul 2 pagi. Terpaksa lah malam ni dia tidur berseorangan. Perasaan takut tu perlu dibuang dan dihalau awal awal supaya malam nanti boleh tidur.
To : My hubby
K.Leesya hanya berbalaskan itu sahaja. Niatnya hanya untuk dipujuk oleh suaminya, tetapi Firash tidak membalasnya. Entah baca ataupun tidak. Lagi sekali Leesya mengeluh panjang. Nampaknya hari ini Firash memang benar benar sibuk sampai tiada masa untuk membalas messagenya. Paling tidak pun, pujuk la.
Biasalah, perempuan mengandung ni memang cepat sensitif. Kadang kadang rasa menyampah, tapi memang dah Allah buat macam tu, kena la tabah dan sabar dengan sikap perempuan mengandung ni. Hewhew
YOU ARE READING
Let's Make Love Happen
RomanceCliché Perkahwinan antara Leesya dan Firash bukanlah atas kerelaan diri masing masing. Ianya atas dasar pemilihan keluarga. Pada mula memang tiada sedikit pun rasa cinta, dan akhirnya terbit rasa cinta di antara Leesya dan Firash. Masalah demi masa...