Bangun sahaja daripada tidur, Firash segera mengusap lembut perut isterinya. Dicium perut leesya sambil mengusapnya. "Good morning anak papa, jangan nakal nakal eh hari ni.." Leesya hanya tersenyum melihat telatah suaminya itu. Tidak sabar betul untuk menimang cahaya mata.
Pada hari minggu seperti ini, mereka biasanya pergi bersiar siar ataupun duduk di rumah sahaja. Tetapi hari ini, leesya mengajak Firash untuk pulang ke rumah mamanya. Mereka bersiap siap untuk ke rumah ibu bapa Leesya.
"Assalamualaikum mama!" Kedua dua belah tangan dicium oleh Leesya. Selepas mencium tangan mamanya, pipi mamanya pula menjadi mangsa untuk dicium.
Ada satu suara berdehem. Oh lupa! Leesya terlupa untuk menyalami papanya yang dari tadi sudah menunggu di belakang mamanya.
"Amboi, kalau dah jumpa mama.. Papa terus dilupakan ye?" Leesya ketawa selepas papanya berpura pura merajuk.
"Ala chill la papa, leesya lama sangat tak borak borak dengan mama ni.." Kata kata Leesya itu disetujui oleh mamanya dengan beberapa kali anggukan.
"Kalau ye pun tak sabar nak bergossip, masuk la dulu. Takkan nak duduk kat luar rumah ni," Sekali lagi mereka ketawa sebelum memasuki rumah yang tersergam indah itu.
"Mama tengok leesya sekarang dah makin berisi, tak macam selalu tau," Mereka duduk bersantai di tepi kolam renang selepas makan malam. Kaki leesya dimasukkan ke dalam air sambil berborak dengan mamanya.
"Ke dah ada isi dalam perut tu?" Sambung mamanya lagi. Kali ini suara mamanya penuh dengan suara teruja.
Leesya tersenyum malu. Hajat nak bagi kejutan, tapi macam dah ketahuan je ni? Leesya biarkan soalan itu tidak terjawab dengan bermain air dengan menggunakan kakinya.
"Eh eh budak ni! Mama tanya dia senyap pulak. Dengar tak ni?" Lamunan leesya terhenti di situ apabila mamanya menegurnya. Kacau line la mama ni. Tak sabar sabar alahai.
Leesya hanya memberikan senyuman yang manis kepada mamanya. Memang degil budak leesya ni. Kali ini mamanya tidak hanya bertanya, malah satu pukulan halus hinggap di bahunya. Pheww, nasib tak jatuh dalam kolam.
"Mama! Kalau jatuh leesya dalam kolam ni? Hish kasar la mama leesya ni.." Leesya mengurut dadanya akibat terkejut akan tindakan mamanya.
"Dah mama tanya Leesya, Leesya taknak jawab.."
"Okay fine, leesya jawab ni. Haah, mama bakal jadi nenek and papa pula bakal jadi atuk! Baru nak masuk 6 minggu ma, so kita relax dulu."
Wajah tua itu terus berubah menjadi ceria, lalu beredar untuk memanggil suami tercintanya. Eleh, tak sabar nak jadi nenek la tu.
"Abang! " Jerit mama leesya mencari suaminya.
Kecoh betul mama ni. Leesya bangun lalu menggelengkan kepalanya sambil tertawa. Melayan kerenah mama, membuatkan hidupnya tidak bosan."Apa dia Mar terjerit jerit ni?" Papa leesya yang sedang berborak bersama Firash terganggu apabila isterinya terpekik pekik mencarinya.
"Abang! Kita bakal dapat cucu bang!" Papa leesya yang bersandar di sofa itu segera berdiri tegak apabila mendengar perkataan 'cucu'.
"Mar, awak ni bergurau biarlah berpada pada.." Tidak percaya dengan kata kata isterinya itu.
"Betul la papa, leesya pregnant. Nak masuk 6 minggu dah.." Firash memasuk campur, dia pun teruja juga untuk bercakap tentang ini.
"Alhamdulillah! Betul ke ni? Kamu jangan main main kan perasaan kami berdua Leesya." Katanya dengan excitednya. Cucu pertama la katakan, perasaan tidak sabar itu wajib muncul untuk memainkan peranannya!
YOU ARE READING
Let's Make Love Happen
Roman d'amourCliché Perkahwinan antara Leesya dan Firash bukanlah atas kerelaan diri masing masing. Ianya atas dasar pemilihan keluarga. Pada mula memang tiada sedikit pun rasa cinta, dan akhirnya terbit rasa cinta di antara Leesya dan Firash. Masalah demi masa...