0,4

14 0 0
                                    

P.O.V   MURNI

  Aku berlari...Terus berlari menuju ke sana. Aku kena cepat,aku mesti sampai ke sana tepat masanya. Dada ku berombak kencang seiringan dengan kepantasan kakiku berlari. Pandanganku semakin kabur,tubuh ku terasa mahu rebah. Tolong bertahan di sana...

  Aku dah nampak tempatnya,aku menambahkan kepantasan larian ku. Lekas aku memulas tombol pintu rumah dengan terus ke tingkat bawah.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaagh!!!!"

  Jeritan milik Ven seperti menyentap jantung aku. Tidak....Jangan...!

"A-ayah..!Apa yang awak-" Mataku membulat melihatnya. Tubuh layu di hadapan ku membuatkan aku terkedu. Bibir ku menggeletar kuat. Setitik demi setitik air mataku jatuh ke tanah. Aku menekup mulut dengan kedua belah tangan.

"... Ven ...? Ayah,A-apa yang awak sudah lakukan ni...?" Perlahan nada ku menyoal Xehanort. Dia memandang aku," Murni,ini sahaja caranya untuk membangkitkan kuasanya. Kita mesti 'keluar'kan isi kegelapan nya. ..."Terang Xehanort sambil tangannya mengangkat Ven lalu meletakkannya di atas katil bedah (kami dekat makmal milik Xehanort).

"...Darkness di dalam hati Ven...?"Perlahan-lahan aku menuju ke arah Ven,aku memegang tangan kiri Ven,erat. Bahuku tiba-tiba terasa berat,serta merta aku menoleh ke belakang. Aku terpesona dengan anak mata kuning keemasan dan senyuman sinis. Rambut hitam yang pacak dan berpakaian baju sweater berwarna kelabu serta seluar seperti seluar milik Ven sedang meletakkan tangan kanannya ke bahu ku. Wajah yang amat seiras dengan Sora.

"...Siapakah awak...?" Lelaki di belakang ku tergelak kecil. Dia mendekatkan wajahnya ke sisi wajahku. Hembusan hangat miliknya menyentuh kulit wajah ku,senyumannya semakin sinis.

"Dia ialah Darkness di dalam hati Ventus,Murni." "Di-dia..?!" "...Murni,apa kata kamu berikan nama untuknya?"Cadang  Xehanort kepada ku . Aku menjeling lelaki di hadapan ku lagi."...Kenapa pula saya,ayah?...Dan siapa pula dia ni?!"Aku menuding jari ke mukanya. Xehanort merenung aku dengan senjata rahsianya,'The Puppy Eyes'. Erk,dia serang aku dengan menggunakan kelemahan aku!! <----(Uria:serius,Xehanort?Aku tak sangka dia-.Xehanort:*seru keyblade*Matilah...Uria:*lari*Tidakkkkkkkkk! !!)

  Aku mengeluh melihat gelagat mereka berdua,pada waktu begini?Nampak tak aku ni  tengah berduka??! "Baiklah,saya akan lakukannya...Lepas tu saya nak bawa Ven ke biliknya semula." Wajah Xehanort bersinar sebelum kembali serius.

"...Umm,baiklah! Mulai hari ni,nama awak ialah Vanitas . Nama saya Murni,selamat berkenalan Vanitas," Lelaki itu-tidak,Vanitas terus memeluk aku.Dia memberi senyuman gembira.

"...Terima kasih,Murni."

Aku membalas senyumannya semula.

"...Selamat datang,Vanitas."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Malamnya,aku kini masih berada di dalam bilik Ven. Seperti yang aku jangkakan,dia mungkin takkan sedar malam ni. Aku mengingatkan semula perbualan aku dengan Xehanort.

  Aku mengelap tubuh milik Ven dengan kain lembap. Vanitas-atau aku panggilnya Van membantu aku menanggalkan baju Ven (ya,sudah mestilah wajah aku menjadi merah padam. Aku dapat lihat tubuh Ven tanpa berpakaian!Real show!) Ehem,aku menggeleng kepala.

   Xehanort mendekati kami berdua. Aku menyoal dia,"Ven takkan apa-apa ke?" "Buat masa ni dia takkan terjaga. Proses menghasilkan Vanitas menyebabkan tenaga Ventus diserap semasa proses."

"Ti-tiada kesan sampingan yang akan berlaku kan terhadap Ven?"Aku memandang Xehanort dengan harapan,sambung aku."Dia takkan apa-apa kan,ayah?"

   Xehanort melarikan pandangannya ke arah lain sebelum menatap aku semula,"jangan risau,dia takkan apa-apa.."

'Penipu...Semua to hanya lakonan sahaja!'Aku menjerit di dalam hati.

   Aku mengeluh mendengarnya. Van menarik kerusi di sebelah aku dan duduk. Dia meletakkan kepalanya di bahu kananku. Dia melelapkan dirinya. Rasanya tak sampai 15 minit,aku dah pun dengar dengkurannya. Cepatnya dia tidur...

"Ngh..."Suara milik Van menyentap aku daripada mengelamun. Aku melihat wajahnya,comelnya Van tidur. Aku mengusap ubun-ubun Ven dan Van dengan kedua belah tangan ku. Aku hanya tersenyum sedih melihat mereka berdua...

...Ventus dan Vanitas...Dua orang yang mempunyai takdir yang tragik...

KINGDOM HEARTS;Safe And Sound {KH Fanfic}Where stories live. Discover now