...Di suatu dunia,suatu tempat dan suatu masa...Seorang budak lelaki berada di beranda biliknya merenung langit malam yang dipenuhi dengan bintang yang sangat cantik seperti warna rambut budak itu.Warna biru anak matanya seakan bersinar menatapnya.Senyumannya amat manis kelihatan.Sambil memegang erat kedua belah tangan,dia berdoa...
...Semoga hari ini dan seterusnya sentiasa indah akan sentiasa hadir dalam hidupnya...
...Di suatu dunia,suatu tempat dan suatu masa yang sama...Seorang budak perempuan yang kelihatan sebaya dengan budak lelaki itu berjalan mencari sesuatu tempat tinggal(?).Rambut pendek coklat gelap miliknya beralun ditiup embun malam.Anak mata coklatnya mengzahirkan perasaannya.Dengan kata lainnya dia kini diselubungi dengan perasaan takjub dan pelik.
...Bagaimana dia 'juga' terbabit sekali?Yang lebih penting,dia di mana kini?...
Dia---Murni namanya,kini berjalan di kawasan yang kelihatan seperti dikenalinya.Dia bukanlah yang ter'pilih',tergelak kecil dia memikirkannya.
Sambil matanya menatap kawasan sekelilingnya,tubuh kecilnya terlanggar dengan seseorang.Kapalanya didonggak ke atas sambil memohon maaf.Di hadapannya ialah seorang lelaki dewasa berambut perak panjang bersinar di bawah lampu.Wajahnya kelihatan seperti dikenalinya juga,tapi di mana?Lelaki itu mengangkat tangan tanda dia tidak apa-apa.Dia menanya nama Murni dan mengapa dia berada di luar pada waktu malam begini.Murni senyap sebentar mencari alasan dan dia menjawab..."mak dan ayah saya dah 'meninggalkan' saya berseorangan..."
Murni menunggu balasan daripada lelaki itu.Raut wajah lelaki itu seperti tersimpan sesuatu.Murni menelan air liur.Dia asyik bermain dengan jarinya.Lelaki itu menarik senyuman sambil merendahkan tubuhnya separas dengan Murni sambil berkata...
"...Nama saya Xehanort,awak nak tinggal dengan saya...?"
Dan pergembaraan Murni sudah bermula...
YOU ARE READING
KINGDOM HEARTS;Safe And Sound {KH Fanfic}
Fanfic[VentusXOC-Murni] "Saya mahu berjumpa dengan 'dia'.Melihatkan 'dia' berada di sisi saya,hati saya akan tenang dan gembira.'Dia' sangat penting pada saya.Tetapi...Siapa namanya? Mengapa saya terasa seperti mengenalinya...?" ...