001 : Park Chan Yeol

111 22 1
                                    

"Aish hyungggg.... Perlu ke kita ke hospital?" lelaki yang dipapah gara-gara tak boleh berjalan dengan elok kerana kecederaan di buku lalinya.




"Perlu lah... Kan hari tu doktor Kim suruh datang untuk examination lagi..." balas seorang lagi lelaki yang ketinggiannya lebih rendah daripada lelaki sakit tersebut dan si pemapahnya.




"Suho hyung.... Kenapa saya kena heret sama? Tak suka lah bau hospital...." lelaki yang memapah mula menjalankan sesi bebelan rakyat.




"Chan Yeol.... Jangan mengeluh boleh? Hyung bagi upah kan nanti." balas Suho. Kemudiannya pintu bilik di hadapannya diketuk sebelum dibuka.







------





CHANYEOL POV






Lepas je hantar Kai masuk dalam bilik Doktor Kim, aku cepat-cepat ambil kesempatan nak lari. Tak tahan aku dengan bau ubat, bau hospital ugh, rasa macam nak pengsan!




Baru je aku nak berjalan ke lif, seorang gadis berpakaian hospital merempuh aku. Kami berdua sama-sama terjatuh.




"Yahhhh! Buta ke?" aku menjerit sebal. Dia ingat aku ni tiang lampu ke nak rempuh-rempuh?




Aku perasan pandangan semua orang kini makin pelik pada aku. Apa tak pernah tengok orang jatuh terduduk ke dehhh?





"Awak boleh nampak saya?" ok soalan macam apa ni? Dah sah-sah aku nampak dia. Manusia kan? Melainkan kalau.... Dia bukan manusia.





-----




"Eh? Yang terbaring ni kau, tapi yang dekat sini pun kau... Apa----- apa yang dah jadi sebenarnya?" soalku keliru. Apa semua ni duh?




"Ya, itu saya dan sekarang pun saya..." katanya sayu. Aku hanya mampu blank plus blur plus keliru ketika ini.




"Macam mana.... Roh kau boleh terkeluar daripada jasad kau?" soalku. Dia menggeleng. Aik? Itupun dia tak tahu ke?




"Tak tahu... Saya, kemalangan malam tadi. Sedar-sedar je, saya dah macamni..." katanya. Aku turut bersimpati. Tapi apa yang aku mampu lakukan?




"Ok macamni lah, memandangkan kau.. Takde tempat tinggal, takde hala tuju, jom lah, ikut aku balik. Sekurangnya terjaga jugak kebajikan kau nanti." kataku. Dia menunduk sambil menggelengkan kepalanya.




"Anyia... Saya... Saya tak nak menyusahkan awak. Pergilah, balik..." katanya. Aku terkelu.




"Takpe, anggap je saya tolong sebagai sesama manusia. Jom." aku terus menarik tangannya memandangkan hanya aku yang boleh melihat dan menyentuhnya.





"Chan Yeol! Kau ke mana hah?? Ni papah Kai ke kereta! Dia berat, hyung tak larat." Suho hyung yang tiba-tiba muncul menyerahkan Kai pada aku. Kemudiannya dia terus menonong berjalan ke hadapan.





"Awak pergi ikut hyung saya! Jangan lari!" kataku pada Laxy. Dia hanya mengangguk dan segera menuju ke arah Suho hyung.




"Kau cakap dengan siapa?" soal Kai. Aku geleng kepala.




"Takde sape. Jom."






-----





"Awak boleh duduk dalam bilik saya ni." kataku. Laxy membulatkan matanya. Alahai comelnyaaaa.




"Habistu, roomate awak macam mana?" soalnya. Serentak aku menepuk dahi.




Baek Hyun yang sedang menyikat rambutnya aku pandang. Kemudian Laxy. Kemudian Baek Hyun semula.



"Hm saya..."



"Saya boleh tidur dekat ruang tamu je awak. Lagipun takde sape nampak saya selain awak kan?" katanya. Kepala aku angguk.




"Memang la tapi, saya risau Kyungsoo mungkin nampak awak." kataku. Laxy pamer riak pelik.




"Sebab apa?" soalnya.




"Sebab dia Satansoo hahahhahahahahahahahahah." aku ketawa. Laxy tersenyum manis.




"Weh Yeol, aku tahu la kau memang sedia maklum tak betul tapi, jangan nak tunjuk gila dalam ni boleh tak?" Baek Hyun menyampuk. Tak guna betul. Jatuh saham aku grrrrr!





"Diam lah!" aku hempas pintu bilik sekuat yang mungkin.










-tbc-

10. Secret's || pcyWhere stories live. Discover now