Kampung halamanku.

1.3K 14 1
                                    

Anisah baru selepas habis daripada mengambil diploma.Dia bercadang untuk pulang ke kampung dan menunjukkan resultnya kepada neneknya,Kalsom.

Anisah hanya berpeluang melihat bapanya,semasa dia berumur 5 tahun bapanya pula meninggal kerana kemalangan semasa pulang dari kerja.
Ibunya pula meninggal selepas melahirkannya..

Anisah kini sudah berada di kampung,sampainya dia di rumah dia melihat neneknya mati disebabkan jatuh di bilik air.Mujurlah jiran sebelah terdengar bunyi jatuh sewaktu ingin menghantar kuih..

Anisah kini tiada sesiapa.Orang kampung pula asyik mengutuk Anisah lagi-lagi Cik Kiah yang selalu memandang rendah pada Anisah kerana anaknya tidak berjaya seperti Anisah sendiri.

Anisah kini sudah bersuami dan mempunyai 2 orang anak,dia juga sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai doktor.Anisah juga bahagia dengan kehidupan bersama keluarganya.Tetapi bencana telah melanda keluarganya.Mereka kemalangan sewaktu pulang dari bercuti di Pulau Pinang.Anisah kini sepi dan hidupnya menjadi gelap setelah keluarganya meninggal dunia.

Tapi pada suatu hari,setelah selesai shift kerja.Dia terlihat seorang nenek tua menjual kerepek dan bajunya compang-camping.Anisah pergi ke pasaraya dan membeli baju serta tudung.Dia pergi ke nenek yang menjual kerepek itu lalu memberikan baju itu.Nenek itu menolak tapi Anisah menganggap yang nenek itu seperti neneknya kerana mukanya yang hampir seiras dengan neneknya mengingatkan dia pada Nenek Kalsom.

Anisah membantu nenek itu berniaga lalu menghantar nenek ke rumahnya.Anisah berasa simpati kepada nenek itu kerana dia terpaksa menyara hidupnya dengan menjual kerepek tetapi nenek itu tidak merasakan itu sebagai beban kerana dia rasa,ada lagi orang yang lebih teruk daripada dia dan dia menganggapkan itu sebagai dugaan dari Allah.

Anisah kini tidak bersedih lagi dan kini dia berfikiran positif.Sekarang dia sudah hidup dengan cukup bahagia dan menerima qodo dan qadar bahawa semua yang hidup pasti akan mati.

Cerita Sedih.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang