Tq for voting..I appreciate.
Pada petang itu aku sedang sibuk buat kerja.Banyak tugasan yang perlu aku buat salah satunya kerja untuk meeting esok dengan pelanggan aku iaitu MR.Kim dari Jepun.
Anakku sedang menyorok di belakang aku dia menghendap aku dan apabila aku sedang leka buat kerja dia menggertak aku,apalagi aku pun terkejut sampai tercakap "opocot anak haram".
"Amir anak haram ke ayah?"kata anakku dengan suara yang sayu."Hang anak haramlah sebab pi gertak ayah apasal"kata ayah amir dengan suara yang kuat.(ayah dia ni tak sporting langsung.)
Anaknya pun pergi dengan muka yang sedih lalu pergi kepada ibunya untuk mencurahkan segala perasaan yang terpendam.Ibunya tahu bapanya terlalu melebihkan kerja berbanding hal keluarga tapi dia hanya berkata "sabar,ayah ada banyak kerja."
"Tapi adik cuma nak melawak.Ibuuu ayah dah tak macam dulu.Adik benci ayah."kata Amir dengan perasaan yang geram atas perangai ayahnya.
"Adik! Adik tak boleh cakap macam tu,sebab dia kan ayah kandung adik.Lagipun sapa yang bagi adik makan dan kalau tak dak ayah, Amir tak lahir di sini"nasihat Puan Rosmah kepada anaknya.
"Ye laa ibu.."kata Amir dengan perasaan mengalah tidak ingin memanjangkan cerita.
Tiba-tiba mereka terdengar ayahnya bercakap dengan kawannya tentang hal kerja..Sangat manis didengar suara ayahnya itu.LEMBUT.(tapi dengan anak kasar.)Anaknya itu mula berfikir,alangkah bagus kalau ayahnya berperangai sebegitu.
Malam itu isterinya Razman datang dan duduk di sisinya lalu berkata"Sayang,tadi Amir mengadu tentang perangai sayang petang tadi."kata Puan Rosmah dengan lembut supaya suaminya tidak kecil hati.
"Sayang manjakanlah anak awak tu sangat..mai sini saya nak..."ayat Razman tidak habis berkata kerana dipotong oleh isterinya
"Hari ni tak ada,sebab saya tak suka cara sayang layan anak sayang."bentak Puan Rosmah.
"Kat rumah ni asyik saya ja nak dipersalahkan.Apa yang saya buat ada ja tak kena"kata Encik Razman dengan perasaan marah yang membuak-buak.
Semasa mereka tengah bergaduh Amir terdengar tentang pergaduhan mereka dan pada masa itu dia menangis.(Budak2 kalau dengar pergaduhan.mesti dia akan rasa tak tenteram.)
_________________________________Keesokannya,Razman meninggal dunia apabila isterinya mahu kejutkan dia untuk solat subuh.
Razman melihat dia telah menjadi roh dan dia sedih apabila melihat keluarganya menangis atas kepergiannya berbanding dengan kawannya yang selalu dia dahulukan.
Manakala kawan-kawannya asyik bercerita tentang keburukannya semasa di dunia dan kawan rapatnya yang apabila kawannya itu susah dialah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan.Tapi kawan rapatnya itu hanya berkata takziah dan pergi selepas mengucapkan takziah atas urusan kerja.Aku lihat isteriku menangis-nangis atas kepergianku dan anakku pula,Amir.Meminta aku untuk bangkit semula dan jangan tinggalkan dia.Aku sedihh andai aku dapat putarkan masa akanku minta maaf dengan anak-anakku serta ahli keluargaku atas sifat bengis aku itu.
Sudah seminggu selepas kematianku.Tiada khabar berita aku di facebook yang mengatakan mereka merindui aku tapi mereka unfollow aku lagi ada.
Tetapi aku lihat anak lelakiku Amir menulis dalam diarinya...
"Andai seronoknya kalau ayah ada.Kami mesti takkan hidup susah macam ni.Kesian ibu,kerja siang malam sebab nak sara aku.Ayah kenapa mati tinggalkan Amir.Walau macam mana dia marah aku pun,dia tetap ayah aku dan aku tetap akan maafkan dia.Amir sayang ayah dan mama"Aku menangis lagi dan lagi.
Pushh,aku terjaga dari lamunan tidur.Aku bermimpi rupanya.Aku bangun dari katil dan lihat jam pukul 3 pagi.Aku bingkas bangun dan aku melutut di depan isteri dan anakku sambil menagis,dan meminta maaf atas perangai burukku selama ini dengan mereka.
Akhirnya mereka memaafkan aku dan kami hidup bahagia semula.

KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita Sedih.
HumorBaca dulu baru nilai.Saya suka layan cerita sedih..Jadi saya akan bercerita tentang pelbagai cerita sedih..mungkin anda akan menangis..votelah kalau cerita ni sedih.