- Monday -

42 1 0
                                    

'Jika lelaki... Sukakan seseorang mungkin bermula dengan melihat muka perempuan tersebut... Kemudian kaki dan yang terakhir payu dara mereka. Mungkin. Apa lagi yang nak disuka selain tu?'

Wonwoo berfikir sekejap sambil bermain dengan pen dia. Dia memandang balkoni yang dipenuhi dengan pelajar. Tiba-tiba dia ternampak sekumpulan pelajar perempuan melambai ke arahnya. Dia pusing ke belakang untuk lihat ada orang lain ke? Tapi dia sedar hanya dia dalam kelas sekarang. Dia melambai balik dan perempuan tersebut menjerit macam baru nampak idol. Wonwoo menompang dagu dia dan pandang ke luar tingkap.

'Sifat semula jadi manusia. Mereka hanya nampak penampilan sahaja. Mereka tak kisah dengan benda yang mereka tak nampak. Contohnya, Hati. Perempuan tu sukakan rupa dia. Bukan dia.'

Wonwoo menghela nafas sambil mengeliat dan menguap. Satu pukulan di kepala buatkan Wonwoo automatik memegang kepala dia. Dia pusing dan nampak kawan sekelas dia, Tzuyu. Gadis berbangsa china tu memadang dia tajam.

"Ow! Tzuyu! Sakit la! Kenapa pukul?" Kata Wonwoo sambil mengusap kepala dia. Tzuyu meyilangkan tangan dia kat dada. "Wonwoo.. Kau.." Wonwoo belum dengar suara Tzuyu yang sedang marah. "Aduhaiii kau guna penumbuk kau kan? Sakit semacam. Kau ni menakutkan betul la" Wonwoo merungut. Tzuyu ambil pen dan letakkannya berdekatan dengan bibir Wonwoo membuatkan lelaki tu terdiam. Wonwoo gugup bila Pen tu depan bibir dia.

"Wonwoo.. Disebabkan kau menguap macam tu dengan muka kau yang handsome tu la perempuan selalu tinggalkan kau dengan cepat tahu tak?" Tzuyu baling pen tu ke atas meja dan menghela nafas. "Tiba masanya untuk kau fikirkan benda macam tu dan buat sesuatu terhadap benda tu" . Wonwoo letak kepalanya di atas meja dan menggumam "ye la ye la.. Aduhai.. Menyusahkan betul". Tzuyu duduk di atas meja dan menggelengkan kepala "bila orang bagi nasihat tak nak dengar. Tinggal tunggu masa sahaja kekasih yang dengan kau sekarang ni akan tinggalkan kau. Mungkin hari ni"

Wonwoo tersenyum sedih dan bermain dengan pen dia semula "terima kasih sebab peduli, tapi aku dah kena tinggal dah pun". Tzuyu terkejut dan berdiri semula. "Hah?! Betul ke? Bile?" . Wonwoo ketawa "semalam" Wonwoo diam dan sambung "Dia cakap.. Aku bukan Wonwoo sunbae yang dia bayangkan" Tzuyu pandang Wonwoo dan menghela nafas "kan aku dah cakap". Wonwoo hanya tersenyum "salah dia jugak sebab mengharap sangat. Jangan datang luahkan perasaan kat aku lepas tu kecewa sebab aku bukan macam yang dia fikirkan" Wonwoo geram dan genggam pen dia dengan kuat. "Well.. Aku tak salahkan mereka jugak. Sebab personaliti kau dengan penampilan kau berbeza gila." Tzuyu tersenyum dan berfikir sekejap. "Contohnya.. Masa kau bersedia nak lompat tinggi.. Cara kau berdiri buatkan diri kau nampak cool. Lari pun buatkan kau nampak handsome. Tapi lepas tu, bila kau lepas palang tu kau tersenyum gembira macam putera yang baru keluar dari komik. Sape yang tak jatuh cinta bila nampak ciri-ciri tu?" Tzuyu menerang panjang. Wonwoo ketawa "hahh~ aku harap aku jumpa perempuan yang berfikiran realistik macam kau Tzuyu" . Tzuyu letakkan tangan dia di atas meja dan tersenyum "kalau macam tu, jom keluar dengan aku" . "okay!" Wonwoo dengan cepat jawab. Tzuyu terdiam dan menggeleng kepala tak percaya. "Wow.. Kau jawab benda tu dengan senang" . "sooo kau bergurau jer ke?" Wonwoo tanya. Tzuyu menggangguk. "Ya!" Wonwoo tersenyum gembira "okay!" Tzuyu nak jerw hempuk kepala Wonwoo. "Aku tahuu kau jawab okay sebab kau tak serious pun" kata Tzuyu. Wonwoo tersenyum "kita takkan tahu siapa yang kita akan jatuh cinta nanti". Tzuyu diam.

"Oiii Wonwoo! Jom order pizza!" Kata kawan baik Wonwoo, Jun. "Okay! Aku nak daging!" Jawab Wonwoo gembira. "Aku nak ayam!" Kata Jun. "Eh?! Asal semuanya daging?" Kata Tzuyu. Jun dan Wonwoo serentak jawab "biar la!" Tzuyu pandang tajam mereka berdua.

"Mana eh mingyu? Dia tak datang ke?" Kata seorang perempuan membuatkan Wonwoo, Jun dengan Tzuyu mengalihkan pandangan mereka dari menu ke arah sekumpulan pelajar perempuan tersebut. "Jangan cakap dia jatuh sakit?! Aduh.. Saya risau~~~"

"Ahhh nampaknya Mingyu tak datang hari ni" kata Jun. Wonwoo pandang Jun pelik "Mingyu? Kim Mingyu tahun 1?" Jun dan Tzuyu mengganguk. "Oh ya, bukan ke Dia dengan kau satu kelab? Kau rapat dengan dia tak?". Wonwoo diam dan menggelengkan kepala dia "hmm mana ada. Aku dengan dia jarang jumpa sebab dia jarang datang berlatih" . "hari ni hari Isnin kan? Hari di mana dia kata jawab 'ya'" kata Jun. "Hah? Benda tu?" Wonwoo mengerjapkan mata dia bingung. "Setiap hari Isnin, jika ada seseorang luahkan perasaan dia kepada Mingyu.. Mingyu akan jawab 'ya' " kata Tzuyu. "Dan jika dia tak jatuh cinta pada perempuan tu. Pada hari ahad.. Dia akan kata 'maaf.. Saya tak dapat bersama kamu. Jom putus' " . Jun pandang Tzuyu. "Ahh.. Tzuyu.." Tzuyu tersenyun sambil buat peace "yup! Bulan January lepas aku keluar dengan dia selama 1 minggu". Wonwoo pandang Tzuyu "kenapa kau nampak macam bangga sangat?" Tzuyu tersenyum gembira " sebab! Bila keluar dengan Mingyu rasa macam menang taruhan!" . Jun tergelak " apa pun, lelaki normal macam aku takkan pernah faham lelaki popular macam dia. Sebenarnya.. Kim Mingyu tu orang yang macam mane?" . Wonwoo terdiam sambil teringatkn Mingyu ketika dia lompat tinggi "hmmm handsome" Jun pandang tajam Wonwoo "aku tahu la dia handsome" . Wonwoo bangun "okay la, aku nak keluar ambil pizza, aku nak korang siapkan kerja sekolah aku. Hehe byee"

Wonwoo duduk bersandar di pagar sekolah. Dia pandang ke langit 'Dulu aku tak pernah berminat nak tahu pasal Kim Mingyu. Tapi sekarang aku teringin nak tahu orang macam mana dia tu' . Wonwoo terpandang ke arah kereta Porsche baru. "Pizza? Takkan penghantar pizza pakai kereta mewah macam tu" bisik Wonwoo. Wonwoo terkejut lelaki yang keluar adalah Mingyu. Ada seorang perempuan melambai ke arah Mingyu dan kereta tu berlalu pergi.

Mingyu tersenyum nampak Wonwoo "selamat pagi sunbae." . Wonwoo tersenyum "yo, cepat kau sampai Mingyu. Siapa tu? Kekasih mingguan kau? Nampak macam 20 tahun ke atas" . Mingyu bersandar ke dinding dan ketawa "sunbae memang tak pandai tengok keke dua-dua sunbae salah. Jadi kenapa sunbae ada kat luar ni? Bukan ke ada kelas sekarang ni?". Wonwoo tunjuk menu "aku tengah tunggu pizza, lagi pun tak ada guru sekarang". Mingyu mengganguk "ohh ~" . Wonwoo pandang Mingyu sekejap dan pandang ke arah langit "jadi.. Dah ade orang luahkan perasaan kat kau hari ni?" Kata Wonwoo tiba-tiba. Mingyu mula-mula tak faham tapi dia mengganguk "ahh ~ belum lagi.. Tak sangka sunbae tahu" Wonwoo ketawa "aku baru tahu hari ni, jadi kau tak kisah siapa pun yang luahkan perasaan kat kau? Kau tak ada type?" . Mingyu termenung dan pandang Wonwoo. "Ahh type muka yang saya suka adalah muka macam sunbae". Wonwoo terkejut dan terdiam bile Mingyu cakap macam tu. Tiba-tiba dia teringin nak tahu.. "Kalau macam tu... Keluar la dengan aku Mingyu" ape respon Mingyu terhadap apa yang Wonwoo baru cakap itu.

-bersambung-

Seven Days : Monday - ThursdayWhere stories live. Discover now