BAB 3

81 5 0
                                    

"Yeaayyyy dah sampai pun!! Aduh sakit pinggang aku duduk lama-lama dalam kereta ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yeaayyyy dah sampai pun!! Aduh sakit pinggang aku duduk lama-lama dalam kereta ni."

Aniep terus melompat keluar dari kereta sebaik saha sampai di villa keluarganya di Pulau Tioman. Dia melakukan sedikit senaman. Sarah memandang sinis abangnya itu.

"Woi tapir busuk! Kalau ya pun tak sabar nak jadi ikan dugong dalam pulau tu, angkat lah barang ni dulu! Abang tak bertanggungjawab betul lah"

Jeritan Sarah membatalkan hasrat Aniep untuk membuka baju dan berlari ke arah pulau. Maklumlah pulau tu betul-betul depan villa mereka.

"Kau ni kan, tak padan dengan anak bongsu, suka hati ja panggil aku tapir! Tampar satgi kang tak jadi manusia kau ni" Aniep menolak Sarah ke tepi sambil mengangkat bagasi keluar dari bonet.

"Ibu!! Tengok alang ni asyik cari pasal je!" Sarah berlari ke arah Puan Jannah. Puan Jannah sudah cukup meluat dengan dua beradik tu, kerja nya hari-hari gaduh supa budak kecik!

Fazrul mendukung Hafiq yang sedang tidur dan masuk ke dalam villa. Mencari bilik untuk anak kembarnya. Puteghi si penjaga villa mengiringi mereka dan menunjukkan bilik masing-masing.

"Mati hidup semula , Sarah taknak bilik sebelah atau berdekatan dengan Alang. Titik!!"
"Argh kau ingat aku nak sangat ke bilik dekat-dekat dengan kau ha gendut!"
Pergaduhan mereka tiada akhirnya. Puan Jannah dan Encik Farhan hanya mengeleng kepala.

"Mana Hanis dengan Yani? Sampai-sampai ja terus hilang dah?" Encik Farhan mencari dua makhluk itu. Agak aneh sebab sejak sampai, terus hilang entah kemana.

"Tak pa abah. Along pergi cari jap." Fazrul menutup bilik Hafiq dalam terus meluru keluar dari villa.

*di tepi pulau*

"Wah cantiknya pulau ni aunty! Bersih je" Yani dan Hanis rupanya sudah awal-awal berjalan ke pulau.

Hanis tergelak kecil. Ada sebab dia membawa budak itu menikmati pemandangan pulau itu.

"Yani nak tau tak apa yang paling cantik? Bila Yani ada kat tengah-tengah pulau tu dan MATI LEMAS" Kata Hanis sambil bercangkung di hadapan anak kecil itu. Muka Yani berubah serta-merta.

"Apa .. apa aunty cakap ni?" Badan Yani menggeletar.. Perasaan takut menyelebungi dirinya.

"Hahahaha aunty gurau je sayang. Gurau je" Hanis ketawa besar dan memeluk budak itu. Sambil mengusap rambut panjang Yani dan tersenyum lebar seperti orang gila.

"Sayang!! Mari sini!! Buat apa kat tengah panas tu?" Kedengaran jeritan Fazrul dari jauh. Pelukan di lepaskan. Yani sudah kelihatan okay.
------------------------------------
"Esok kita semua main kat pantai nak? Pagi.. pukul 8 ka.. " Sarah memberi idea sebaik sahaja selesai makan malam. Aniep mula berasa jengkel

"Eh kau ni.. apa punya..." Tak sempat Aniep menghabiskan kata nya, Fazrul mencelah. Dia tau akan muncul perang abad ke 3 kalau dia tak halang.

"Ha okay jugak. Yani dengan Hafiq dah lama kan tak main pantai?" Kata Fazrul sambil menepuk bahu Aniep. Aniep meraup muka. Alongnya mcm tau-tau je dia nak cari pasal dengan adik bongsu mereka.

(COMPLETE)HE'S MINEWhere stories live. Discover now