Akibat rasa cemburu yang bermaharajalela dalam jiwa,dendam yang makin bertahta didalam minda.. syaitan mula bertepuk tangan, gembira dengan perasaan yang hadir dalam jiwa..
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Syha menyusun pinggan dan sudu di atas meja makan. Hidangan sarapan diletak rapi di atas meja. Bau bihun goreng Singapore memenuhi ruang angkasa. Syha tersenyum lebar.
"Abang! Abang sarapan lah dulu sebelum ke office, Syha dah masak ni. Penat tau masak sorang. Bibik balik kampong pulak"
Syha menyapa suaminya yang baru keluar dari bilik. Wangi betul suaminya hari ini. "Ha okay. Sayang masak apa? Mesti sedap ni" Fazrul cuba berbasa basi bersama isterinya. Sedangkan hatinya sedang bercelaru memikirkan cara untuk dia jelaskan perkara itu kepada Syha. Mereka berjalan berdua ke arah dapur.
"Abang, malam ni kita keluar ke KLCC nak? Ada acara bunga api. Mesti cantik" Syha cuba membuka topic. Fazrul hanya mendiamkan diri sepanjang dia menjamah sarapan nya.
"Em sayang. Abang ada benda nak cakap. Pasal Hanis." Muka Fazrul berubah menjadi serious tanpa sebaris senyuman pun. Begitu juga Syha. Senyuman lebar manis nya mati serta merta.
"Abang dah buat keputusan. Abang akan nikah dengan Hanis tak lama lagi. Harap Syha faham dan terima dengan hati terbuka. Abang terpaksa."
Fazrul tak mampu memandang wajah sugul Syha ketika dia bercakap. Dia rasa bersalah sangat. Syha hanya mampu mengangguk perlahan. Sungguh dia hanya mampu redha dengan ujian Allah.
*skip*
Setelah majlis resepsi Fazrul dan Hanis selesai dijalankan, Syha terus pulang ke apartment nya. Membawa hati yang berduka. Dia tak sanggup duduk lama-lama di majlis itu. Semak rasanya. Tengok Hanis tergedik-gedik peluk Fazrul. Tiba tiba phone nya bordering.. "Hello? Ahh ya kak. Saya ambik mereka sekarang." Syha hampir terlupa akan dua makhluk yang setia menunggu nya. Cepat-cepat dia menukar baju dan terus ke destinasi. ------------------------------------- "Ummiiiii!!!" Dua kembar itu berlaku ke arah ummi nya. Lantas mereka berpelukan erat. Tanpa disedari, airmata Syha mengalir perlahan. Si kembar berasa aneh.
"Ummi! Kan Hafiq dah cakap banyak kali, perempuan yang suka nangis ni lembik, tak kuat, cengeng! Ummi kan kuat, tabah. Mana boleh nangis" Kata Hafiq sekecil yang baru berusia 5 tahun. Petah berkata-kata.
Dia mengusap airmata ummi nya sambil tersenyum comel. Tercuit hati Syha melihat telatah anak-anaknya. Yani berdiri kaku dan membuat muka masam.
"Asyik ummi je yang ambik kami. Mana ayah?!" Soalan Yani menyentap hati Syha.
Sejak Syha dan Fazrul bercerai, Fazrul jarang meluangkan masa bersama si kembar. Sibuk bersama bini baru. Mereka bercerai kerana Syha tidak kuat untuk bermadu, lantas dia minta dilepaskan.
"Ayah busy kerja, sayang. Nanti petang ummi bawak Yani dan Hafiq jumpa ayah ya?" Si kembar terlompat riang sambil ketawa.
------------------------------------------------
"Saya tak kira, awak kena jumpa dua budak ni hari ni juga! Saya dah janji dengan diorang ni. Awak ni ayah jenis apa? Awak jarang luangkan masa dengan anak awak sendiri malahan sibuk dengan bini baru! Hello awak ingat ye, kita memang berpisah tapi awak tetap ayah mereka! Saya datang rumah ibu petang lepas asar. Bye" Syha mencampak phone ke atas sofa di ruangtamu. Stres dia melayan bekas suaminya , ada saja alasan untuk mengelak berjumpa dengan anaknya. Padahal anak sendiri!
'Ummi. Janganlah marah ayah.. kesian ayah asyik kena marah dengan ummi." Hafiq menarik hujung baju blouse nya perlahan-lahan. Syha mengeluh sambil tersenyum.
Yani melangkah ke arah umminya. "Ayah sibuk dengan istri baru ye ummi? Kenapa ayah kahwin lain? Ayah tak sayang ummi dah ke?"
Soalan Yani bagaikan renjutan elektrik menusuk ke hati Syha.
"Hafiq lapar kan? Jom makan steamboat nak? Ajak kakak sekali. Lepastu kita jumpa ayah. Yani sayang, ummi dan ayah sayang Yani dngan Hafiq tak kira apa pun yang berlaku. Ingat tu!"
Syha cuba menukar topic. Dia tak mahu Fazrul Nampak buruk di mata Hafiq dan Yani, walau bagaimana pun, Fazrul tetap ayah mereka.
*di rumah Puan Jannah dan Encik Farhan (bekas mertua Syha)* "Assalamualaikum" Syha memberi salam sebelum masuk ke halaman rumah agam itu.
Puan Jannah dan Hanis sedang berborak ketika itu. Hanis memandang sinis 3 beranak itu. "Apa perempuan ni buat kat sini? Bawak budak lagi tu eiii semaknya" Hanis merungut di dalam hati. Namun masih ada senyuman palsu terukir di bibir seksinya.
"Ahhh Syha! Cucu-cucu ibu pun datang sekali ya? Ya Allah rindunya pada si kembar ni. Lama dah tak datang jenguk nenek" Puan Jannah berlari ke arah kereta Syha lalu memeluk Hafiq dan Yani.
"Nenek yang tak datang jenguk kami. Kami rindu sotong masak lemak nenek! Ummi masak rasa dia tak sama dengan yang macam nenek masak" Yani berceloteh dengan nenek nya. Hafiq hanya mengangguk laju. Syha membuka bonet dan mengularkan bagasi mereka.
"Hahaha nanti nenek masak untuk Hafiq dan Yani ya? Eh Syha, nak tidur sini ya?" Puan Jannah memandang bagasi yang dikeluarkan oleh Syha dengan perasaan aneh.
"Taklah ibu, budak-budak ni je. Syha balik rumah sebab esok ada meeting penting pukul 8 pagi. Tu yang nak mintak tolong ibu atau Faz hantar kan budak-budak ni ke nursery. Lagipun dah lama diorang tak luangkan masa dengan ibu kan? Boleh eh?" Kata Syha sambil menyalam dan memeluk bekas mertua nya itu.
"Ohh boleh jee. Nanti mintak abah hantar diorang. Mesti abah kamu bawak diorang makan roti canai kedai Mak Fera kat tepi jalan tu" Hanis hanya memerhatikan telatah mereka dari jauh. Tidak berminat untuk masuk campur. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah.
Aniep dan Sarah keluar ke halaman rumah bagi menyambut bekas kakak iparnya itu. "Hai anak buah Pak Lang ni , Hafiq eeiii makin gendutlah! Makan apa ni?" Aniep berlari ke Hafiq lalu mengangkat Hafiq. "Tadi Hafiq makan steamboat dengan ummi, Hafiq makan 4 pinggan. Sedap!! Tu yang gemok ni!" Hafiq berceloteh "Laaa PakLang nak jugak steamboat. Mana Paklang punya?" "Ada dalam perut Hafiq tapi dah jadi taik lah hehe" Berdekah mereka ketawa mendengar kata-kata Hafiq. Banyak sangat tengok cerita movie Hafiq ni.
*di ruang tamu*
Mereka sekeluarga baru selesai makan malam bersama, lepastu lepak kat depan tv. Syha dan Hanis sedang mengemas dapur yang bersepah gila.
"Syha, boleh ajar Hanis tak cara nak masak masakan kegemaran Abg Faz?"
"Aik? Dah seminggu lebih nikah, takkan tak pandai masak lagi kot?" Syha memerli.
"Ceh, kalau taknak ajar tu cakap jelah!" Hanis meletak pinggan ke rak dengan kasar.
Syha memandang pelik wanita itu. Harap ja cantik, perangai ntah pape. Syha berjalan mendekati Hanis yang berdiri kaku disebelah singki untuk meletak pisau ke dalam bekasnya. Mereka terlanggar bahu masing-masing. Tiba-tiba...
"Arrrghhh!! Sakitt!!!" Hanis terduduk dan menjerit sekuat hati sambil memegang jarinya yang berdarah. Nampak macam kesan dihiris pisau. Syha yang memegang pisau di tangan nya tergamam. Aik bila masa tangan dia berdarah?
"Ya Allah sayang! Kenapa ni?! " Fazrul berlari ke arah Hanis yang sedang mengerang kesakitan. Luka di jari Hanis agak dalam. Darah memancut keluar.
"Syha, tadi terlanggar bahu dengan dia.. pisau dia tu terhiris jari Hanis. Macam dia sengaja je buat semua tu" Hanis memandang Syha dengan pandangan kuyu. Mata Syha terbeliak. Itu fitnah!
"Eh! Kita terlanggar bahu ja! Manada Syha hiris jari Hanis." Syha cuba mempertahankan dirinya. Yang lain hanya menyaksikan adegan panas itu. Si kembar berlari memeluk umminya.
"Awak ni kenapa? Awak nak bunuh isteri saya ke? Pisau yang kat tangan awak tu ada kesan darah! Awak nak kata apa lagi?!" Fazrul menengking Syha sekuat hati. Sungguh kemarahan nya berada di tahap paling atas ketika itu.
"Ayah! Janganlah marah ummi! Ayah tak sayang ummi ke?" Yani menjerit ke arah Fazrul bagi memepertahankan umminya.
Syha menggengam tangan nya kuat. Dia memandang Hanis dengan pandangan marah. Hanis memaling kan muka ke arah Syha sambil tersenyum sinis. Lantas memeluk erat Fazrul konon macam sakit sangat jari tu.
Syha terkesima, senyuman itu.. kenapa senyuman dia seolah-olah dia memang merancang semua ini?