Flat 306 dilimpahi sinaran bulan penuh malam ini.. Suasana hening membuatkan penghuninya berasa nyaman dan selesa..
"Sara.. Duduk sini sayang.. Mummy ada kerja sikit didapur...bila kerja mummy siap, kita tidur ya.." Ros meletakkan sara diatas sofa purple dan mengusap lembut rambut sara..
"Em.." Si kecil sara mengangguk laju sambil memeluk kemas teddy bear kesayangannya..
Ros pantas mencium dahi anaknya dan berlalu ke dapur untuk menyudahkan kerja didapur.."Ish.. Hubby i ni asyik kene keje malam aje.. Seramla asyik tinggal berdua je.." Bebel ros sambil tangannya ligat membasuh cawan yang kotor.. Suami ros seorang askar dan dia ditugaskan untuk tugas meronda kawasan kem setiap malam.. Sudah seminggu suaminya terpaksa meninggalkan ros dan sara dirumah demi tugas..
Tapp.. Tapp.. Tapp.. Tap.. (Bunyi kasut kawad)
Tapp.. Tapp.. Tap.. Tap..
Sara terdengar bunyi kasut boot/kawad yamg sering digunakan ayahnya terus tersenyum gembira..
"Ayahh??" Panggil sara..
Sara bingkas turun dari sofa dan Meluru kearah ros..
"Mummy.. Buka pintu.. Ayah balik.." Pinta sara smbil menarik lembut baju ros..
"Sayang.. Ayah keje.. Esok pagi baru balik.." Terang ros lembut..ros yakin dan pasti suaminya pulang esok pagi.Jam menunjukkan pukul 12 pagi.. Ros menggeleng perlahan..
"Cepat betul masa berlalu.."
Ros memimpin sara kearah ruang tamu untuk mengambil teddy bear sara dan menutup tv..Tapp.. Tapp.. Tapp.. Tapp..
Tapp.. Tapp.. Tapp.. Tapp..
Tapp.. Tapp.. Tapp.. tapp.."Abg dah balik ke?" Gumam ros sambil memandang pintu hadapan..
Tapp.. Tapp.. Tapp.. Tapp..
"Mummy... Sara nampak kaki la.." Sara mengintai bawah pintu hadapan sambil memberitahu ibunya apa yang dilihatnya..
"Mummy.. Kaki dia banyak bulu kaler itam la..."
"Mummy.. Kenapa macam kaki ayah macam kaki meow??"
"Hihihi.. Mummy? Meow pakai kasut ayah ke?"
Sara memandang ibunya sambil ketawa kecil.. Lucu membayangkan kucing memakai kasut but milik ayahnya..ros kelihatan pucat.. Ros pantas mengutip teddy bear sara dan mendukung sara kearah bilik tidur..
Pintu bilik segera dikunci, yasin dan alquran dicapai dan diletakkan ditepi katil.. Mereka berselubung.. Jelas wajah ros mempamerkan ketakutan..
*flashback*
"Ros.. Kau tau?" Senah jiran sebelah rumah mula membuka cerita..
"Tau ape??" Tanya ros hairan..
"Tadi pagi si milah yang duduk tingkat 4 masuk hospital.." Kata senah sambil menggeleng2 kepala..
"Kenapa pulak? Semalam petang saya berbual dengan dia.. Okay je?" Balas ros sambil menggaru kepala
"Demam panas.. Kene sampuk hantu.." Bisik senah perlahan.. Seolah2 takut 'sesuatu' itu terdengar..
"Ehh.. akak ni.. Ada2 sajela.. Mana ada hantu yang menyampuk orang malam2.." Ros mencuit siku senah sambil tergelak kecil..
"Eh kau ni.. Dibilang ndak percaya.. Dalam dunia kita ni, banyak makhluk yang kita tak nampak.." Bebel senah
"Contohnya similah tu.. Aku dah banyak kali pesan.. Jangan tidur lewat2.. Sudahla malam bulan penuh, seronok2 pulak dia tengah2 malam.. Kan dah kena.." Omel senah lagi
"Cer citer kak.. Cer citer.." Juih ros
"Similah tu dengar ada orang berkawat dpn blok kita.. Dia mengintai sebab nak tahu sangat..lepas tu dia nampak...."
"Nampak ape kak?"
"Hantu jepun tengah berkawat.."
"Lepas tu??"
"Hantu kawat tu perasan.. Semua hantu tu pandang milah serentak dengan mata yang hitam kosong tu..lepas tu.."Shrrruuuuuu.. Angin tiba2 meniup laju..
"Kepala salah sorang hantu tu menuju kearah tingkap tempat milah mengintai" bisik senah perlahan.. Tiupan angin tadi menyebabkan senah menggigil ketakutan..
"Dahla ros.. Seram pulak aku.. Aku balik dulula.. Ingat! Jangan tidur lewat malam!" Pesan senah bingkas masuk ke rumahnya..
"Ingat ros!! Jangan tidur lewat!!" Jerit senah sebelum masuk kerumah..
Ros yang sekakan terpaku dengan keletah senah hanya ketawa kecil..*end of flashback*
Ros yang mengelamun mengingat kembali perbualannya dengan senah mula merasa resah dan risau.. Ketiadaan suami disisi menyebabkan ros tak duduk diam..
"Ros... Tak tidur lagi??" Bisik suara halus ditepi telinga ros..
"Tak." Ros menjawab perlahan dan segera memalingkan muka kearah suara bisikan tadi..
Tikkk.. Tikk. Tikk...
'Senyuman menyeringai bersama gigi yang hitam, darah mengalir melalui mulut dan mata yang merah menyala dan hampir tersembul keluar.. Badan pula terpusing seperti tuala basah yang diperah..'
Itulah yang dilihat ros sebelum dijumpai suaminya dalam keadaan demam panas dan menggeletar serta mata yang terbeliak seolah2 melihat sesuatu yang menyeramkan malam tadi*****************************************
Amacam cerita ni?? Okay tak??
Erm.. Kalau tak okay, takpela.. Nanti alice buat cerita baru ye...
*merajuk*Erm.. Lagi satu nak pesan ni...
Jangan tidur lewat malam tau~~~~ *menyeringai*
YOU ARE READING
Bukan Bedtime Story
HorrorErm... Cerita seram?? Apa yang penting, ini bukan bed time story.. Tapi, kalau anda semua berani, sila la baca~~~ Cerita ini mungkin benar, mungkin khayalan, atau rekaan.. Selamat membaca, selamat menghayati.. Jangan mimpi ngeri~~ #baca atas risiko...