Apakah kenderaan korang untuk pergi ke sekolah? Baikal,motosikal,kereta bapa,bas,bot penambang atau troli supermarket? Kalau korang anak kepada pemain bola, Encik Cristiano Ronaldo,mungkin korang naik jet peribadi sambil minum air Oren. Tapi,tak kisah la korang naik apa walau unta sekali pun,janji selamat sampai ke sekolah,dan bukannya sampai ke hospital atau cyber cafe kehendaknya.
Dulu,masa pergi sekolah aku pernah merasa naik kereta,motosikal,basikal dan naik kasut sekolah
(jalan kaki la tu). Tapi yang paling seronok,masa aku dapat naik van sekolah. Kenapa? Apa yang best sangat? Hah! Van sekolah ni lain daripada yang lain, hinggakan tiap tiap hari aku tak sabar nak naik. Bukan aku je,budak2 lain yang pernah merasa naik van sekolah ini tahu akan keistimewaanya.............
Ini adalah tuan punya van sekolah. Kami panggil dia Abang Din. Dari mata kasar,mahupun pandangan kanta pembesar sekali pun, Abang Din seorang yang handsome, bergaya serta baik hati. Sama jerr....
Jadi,macam mana Abang Din dan van sekolahnya yang cantik,bergaya dan berkilat kilat ini menjadi perhatian wanita yang masih single?
Pandanglah beberapa kali pun,van sekolah Abang Din tak sama dengan orang lain. Van ini dah dipakaikan sport rim badannya ada corak corak api, di dalamnya ada bunyi audio yang mengagumkan ada screen TV boleh tengok cerita kartun dan yang paling-paling best sekali, ada peti ais.
Ya,ada peti ais. Aku tak tipu. Kadang kadang kami simpan bekas air kami dalam peti ais tu. Sampai sekolah dah boleh minum air sejuk sejuk.
...............
Yang lagi best, Abang Din ni suka layan kerenah kami. Bila suruh laju dia laju,suruh corner baring pun dia corner. Bila kami suruh langgar bonggol jalan pun dia langgar. Dan bila kami nampak pak acik jual aiskrim potong van dia pun, Abang Din akan potong balik sambil belikan aiskrim untuk kami. Baguskan Abang Din ni?
Jadi,bila Abang Din dah baik dengan kami,kami pun kena la ikut cakap dia. Kena duduk elok elok,jangan bergaduh,jangan buang sampah dan mesti on time.
Satu lagi,Abang Din ialah seorang peminat irama rock balada yang sejati. Jadi,tak hairanlah hanya lagu rock sahaja yang dipasangnya dalam van setiap hari.
Tapi bila hari hari dengar lagi rock,aku pun boleh terpengaruh. Dari situlah aku mengenal lagu lagu rock,hinggakan di rumah bila aku nyanyi lagi rock, abang aku pulak yang kena marah, kononya dia yang ajar aku. Sori la bang. Hu... Hu...
Sebernanya,bila kita naik van atau bas sekolah,kita boleh dapat ramai kawan walaupun dari sekolah berasingan.Tak semestinya kawan kita dari sekolah atau kelas yang sama. Dalam van boleh kongsi macam macam cerita dan main macam macam benda.
Van sekolah Abang Din pula memang terbaik dan Abang Din memang sporting orangnya. Walaupun aku pernah kena tinggal dua tiga kali pasal Abang Din terlupa nak ambik aku di sekolah,tapi apa ada hal,aku kenalah berdikari...
YOU ARE READING
Freedom'
Short StoryOrang kata budak timun nih asalnya dari Belanda,ada jugak yang cakap dia ni membesar kat Kepulauan Babardos. Entah macam mana akhirnya dia dijumpai terdampar kat pantai Laut China Selatan. Apa pun orang kata yang pasti asal usulnya dari perut ibunya...