Ponteng ~_~

109 7 0
                                    

Semalam,aku sempat bersembang dengan sekumpulan budak sekolah yang aku jumpa tengah melepak kat kedai mamak dengan uniform sekolah.Masa tu,jam pukul sembilan pagi.Sah sah lah tengah waktu sekolah dan sah sah lah diorang tengah ponteng sekolah. Pasal belum pernah ada sekolah kat Malaysia ni ada subjek lepak di kedai mamak.
.........

Nak dekati diorang ni kena ada cara...Tak boleh main redah je.Cara paling senang,kena lah jadi macam diorang.So aku cakaplah kat diorang yang aku pun ponteng juga,ponteng kerja.Diorang tanya aku balik,kenapa ponteng kerja? Aku cakap pasal aku malas,tak ada mood nak kerja,Aku rasa nak pergi tengok wayang,nak pergi shopping,nak relaks relaks je sepanjang hari...Diorang tanya lagi,bos tak bising ke nanti atau kena warning ke? Aku cakap apa ada hal...Aku lah pekerja dan aku lah bos.Kalau bos nak marah,maknanya aku kena marah diri sendirilah
.........

Lepas tu,baru diorang sedar permainan aku.Boleh lah nak ponteng kalau kerja sendiri.Kemudian,baru aku cakap,seronok dalam dunia ni kalau kita berjaya dalam hidup.Boleh buat apa sahaja yang kita nak.Tapi nak berjaya kena ada ilmu,kena pandai supaya kita boleh bezakan yang mana baik yang mana buruk.Aku cerita lah panjang lebar pasal macam mana nak berjaya dalam hidup,susah senang yang kena lalui.Tak ada perkara dalam dunia ni yang bersenang dahulu dan bersenang kemudian.Mesti kena susah dahulu baru kita dapat hasilnya.Walaupun secara tidak lansung sedikit sebanyak aku berjaya memotivasikan diorang.Mintak mintak lepas ni diorang belajar rajin rajin supaya suatu hari nanti diorang boleh jadi bos dan boleh ponteng kerja sesuka hati.

Lepas belanja diorang makan dan minum,aku pun singgah klinik nak minta surat MC pasal aku dah ponteng kerja hari tu.Nanti bos aku
bising pulak...Nampak tak macam mana permainan aku tuh?

Thank You for the vote~

Freedom'Where stories live. Discover now