Satu trend yang paling berani, pakai seluar ketat ke sekolah. Yang pakai ni, biasanya hati jenis keras,jiwa kental punya. Jenis yang badan dan rotan cikgu " dah macam aur dan tebing". Seluar siapa yang paling ketat menandakan siapa yang paling tak takut cikgu.
Fashion yang paling rare jenis bell bottom. Ketat kat paha dan besar kat bawah. Bila jalan dah macam penyapu aku tengok. Habis daun daun di jalanan disapunya...Yang ini memang jenis hati,paru paru,limpa keras punya. Tak takut siapa siapa dah..Bila tengok memeng tak handsome langsung rupanya. Tapi pasal nak nampakkan betapa kerasnya hati,berani mati punya budak. Pakai jelah pergi sekolah. Itu tanda aras betapa gangsternya kita.
Tapi jangan ingat cikgu cikgu semua boleh tengok je benda yang sakit mata tu berlaku depan mata mereka. Bukan setakat sakit mata,sakit hati pun ada. Bila buat sport check ramai kena denda..Dendanya memang kejam. Seluar akan dirampas dan cikgu akan beri kain pelikat sebagai ganti. Nak tak nak kenalah pakai. Takkan nak pakai baju je balik sekolah...Bayangkan betapa malunya nak balik sekolah naik bas dengan pakai kain pelikat. Nak kena jawab dengan mak bapak lagi..
Itu fashion budak lelaki, jangan ingat budak perempuan tak ada buat hal. Kalau nak kira,perempuan lagi suka berfashion, cuma tak berani tunjuk je...Cuba tengok diorang bila bukan time sekolah. Yang bertudung, yang jalan berkepit kepit, jumpa kat luar memang lain bebenor..Ada sesetengah tu dalam sekolah ustazah pilihan, luar waktu sekolah dah jadi pramugari tak terpilih..
Satu trend budak perempuan ni suka pakai tudung singkat sampai nampak rantai leher. Rantai lehernya pulak ada yang bulat bulat lah,tulisan nama boyfriendlah dah macam budak budak gangster pakai pulak..Ikut fashion siapa,tak pasti la aku. Rasanya Ramlah Ram pun takde pakai semua tu..Bila cikgu tanya masa sport check kenapa pakai tudung singkat kata kena nampak cantiklah,boyfriend suruhlah..Kepala bana boyfriend kaulah ":(
YOU ARE READING
Freedom'
Cerita PendekOrang kata budak timun nih asalnya dari Belanda,ada jugak yang cakap dia ni membesar kat Kepulauan Babardos. Entah macam mana akhirnya dia dijumpai terdampar kat pantai Laut China Selatan. Apa pun orang kata yang pasti asal usulnya dari perut ibunya...