Bab 5

421 46 4
                                    

Pukul 7 lebih mereka dah terpacak di jeti. Dari bunglow Fina mereka bergerak seawal jam 6 pagi, hendak mengejar bot laju.

Disebabkan bot dijadualkan bergerak jam 8 pagi, Shah mengajak mereka bersarapan terlebih dulu. Mengisi perut supaya tidak masuk angin. Prihatin. Bimbang terjadi seperti semasa datang tempoh hari.

"Hari ni cuaca agak okey," beritahu Shah ketika mereka menjamu selera di salah sebuah kedai makan di perkarangan jeti.

"Alhamdulillah. Risau kalau jadi macam hari tu." Emi Tarik nafas lega.

Reaksi Emi itu mengundang ketawa kecil Shah, juga Nisa'.

Entah macam mana waktu itu bola matanya dan Shah berlaga. Untuk beberapa saat.

Awkward!

Nisa' terus pandang pinggan di hadapan yang berisi kuih-kuih tempatan. Diambilnya sebiji kuih yang seperti roti sosej goreng tepung. Sebelum dibawa masuk ke mulut, sempat dia membelek kuih tersebut. Gelagatnya mendapat perhatian Shah.

"Itu namanya Risoles."

Ngap! Gigitan pertama membuatkan Nisa' berhenti menguyah dan terus pandang tepat ke mata Shah. Mata yang sengaja dibesarkan itu mengundang senyum pada bibir Shah.

Reaksi wajah Nisa' itu Shah sudah tahu. Reaksi yang sama diterimanya ketika Nisa' merasa Sate Gurita tempoh hari.

"Sedap!" Nisa' tutup mulut pakai tangan sebab mengunyah sambil bercakap.

Baki kuih di tangannya disuap ke mulut Emi yang sedia menganga.

"Intinya kentang kan?" soal Nisa' selesai mengunyah.

"Sama daging. Masam-masam manis." Shah menambah.

"Macam inti kuih cara, kan?" Emi pandang wajah Nisa' meminta kepastian.

Nisa' mengangguk. Lebih kurang begitulah rasanya. Tetapi inti Risoles lebih kering berbanding kuih cara. Macam Karipap pun ya. Fikir Nisa'.

"Kalau korang nak tahu, Si Shah pandai buat kuih ni. Dulu-dulu masa di UKM, dia menjual inilah di kolej. Sedap." Kak Raima pecah tembelang membuatkan Shah tersenyum sipu.

Nisa' pandang Shah yang tengah tahan senyum. Mungkin malu apabila rahsianya dibuka oleh Kak Raima.

Kagum! Dahlah sopan orangnya, pandai memasak pula tu. Hati Nisa' memuji.

Cukup pakej.

Bagus ni kalau jadi ipar duai. Kurang-kurang, waktu raya dia ada geng di dapur. Ini tak, dia seorang saja bersilat tak cukup tangan di dapur. Kalau dapat menantu pandai masak macam Shah, bolehlah emak duduk goyang kaki. Anak menantu masak.

Tapi tulah, tak dapat nak ambil Shah jadi ipar duai sebab dia cuma ada dua orang adik saja. Lelaki. Pemalas pula tu.

Apa kau melalut ni anak Sarjan Abdul Kadir! Sampai ke hal memasak di hari raya punya fikir.

"Boleh bungkus tak?"Permintaan Emi itu mematikan angan-angannya.

Shah memanggil budak lelaki yang mengambil pesanan tadi, meminta dibungkuskan Risoles tersebut di dalam bahasa ibunda lelaki itu.

Siap menapau kuih, bayar harga makanan, masing-masing bangun.

Emi minta tapaukan sampai licinlah satu bekas tersebut. Rasanya, adalah di dalam 6 hingga 8 biji. Nisa' buat kira-kira.

Sampai di terminal jeti, Shah meminta mereka berjalan ke laluan bot laju sementara lelaki itu pergi mendapatkan tiket.

Sambil jalan-jalan ke perhentian bot laju, ada seorang makcik warga tempatan bising-bising di dalam bahasa orang sini.

TRIP 2: Antara Langit KL-BAWhere stories live. Discover now