Bab 3

489 40 8
                                    

Dari jeti hendak ke Iboih pun mengambil masa hampir satu jam. Sampai di Fina Bungalow, Kak Raima terus rebah di katil. Tanpa tanggalkan tudung mahupun stokin. Mujur sempat cabut kasut.

Emi yang masih boleh bertahan setiba di jeti tadi, pun turut alami nasib seperti Kak Raima. Perjalanan 45 minit itu jikalau jalannya tegak, lurus mungkin terasa sekejap. Ini, jalannya dua kali ganda bengkang-bengkok laluan ke Cameron Highland jika melalui Tapah. Berbukit jangan katalah. Curamnya, hanya Tuhan yang tahu. Nisa' sendiri tadi berapa kali meluah Shahadah dengan kuat tiap kali kereta melalui lereng bukit. Shah di seat sebelah pemandu memandangnya dengan ketawa mengejek.

Tetapi, semua rasa takut itu hilang sebaik dia terpandangan betapa cantiknya lautan Pulau Weh. Jernih airnya.

Biarpun dia berdiri di jalan yang jauh berpuluh atau ratus kilometer itu, bagai ternampak-nampak isi di dalam lautan.

Tak putus-putus dia memuji kebesaran Allah S.W.T. Cantik sungguh. Terasa berbaloi menempuh perjalanan mencabar tadi.

Teringat akan perbualan pendek di antara dia dan Shah.

"Mana lagi cantik, laut di sini atau di Malaysia?" soal Shah tatkala mereka berhenti sekejap di bahu jalan, menikmati panorama di situ.

Lembut suara jejaka dari Banda Aceh itu bagaikan sedang berbisik kepadanya. Walhal, jaraknya dan Shah bukanlah dekat pun. Tapi, dia tetap rasa seperti Shah berbisik.

"Di sini, kut..."

"Mana lagi cantik? Langit di sini atau K.L?" soal Shah lagi.

Jeda. Nisa' terkesima.

Jeda yang berlangsung seketika itu terisi dengan desir angin laut.

"Bukan ke langit tu sama je? K.L dan Aceh berkongsi 'tikar biru' yang sama, kan?" Soalannya itu berjaya mengubah riak muka Shah. Giliran Shah pula terkedu.

Perlahan-lahan senyum Nisa' ditarik, sehinggalah ternampak barisan giginya.

Bagai tahu yang Nisa' mahu bergurau, Shah akhirnya lepaskan ketawa. Agak kuat. sehinggakan Emi di dalam kereta memandang ke arah mereka dengan riak wajah penuh tanda tanya.

Melihat Shah ketawa, Nisa' turut sama ketawa.

"Ya. Kamu betul. Bukan sekadar langit, malah kita turut share bulan dan matahari." Shah masih tersenyum senang.

Nisa' angguk berkali-kali, bersetuju.

Puas menjamu matanya, Nisa' kembali semula ke kereta. Waktu hendak buka pintu kereta, dia pusing badan kembali memandang Shah.

"Apa?" Dia rasa Shah seperti berkata sesuatu tadi. Tetapi, dia tak dapat mendengar dengan jelas.

Shah geleng kepala. Kemudiannya, gelak lagi.

Nisa' pandang wajah Shah, tak puas hati. Dia pasti sangat, Shah ada cakap sesuatu.

Hati? Hati apa ya? itu saja perkataan Shah yang menyinggah di otaknya.

Masuk ke dalam kereta pun dia masih berfikir apa ayat Shah yang ada perkataan tunggal itu.

Bagai tahu akan dirinya yang sedang tercari-cari ayat lengkap Shah, lelaki itu berpaling ke belakang.

Senyum yang dipamer Shah itu nyata lebih kepada senyum saja cari pasal.

Nisa' bebel di dalam hati.

Bunyi yang bertalu-talu di telefon bimbit, menandakan masuknya pelbagai notifikasi daripada semua aplikasi media sosialnya. Bermakna telefonnya berjaya connect dengan wifi resort ini.

Dia belek telefon di tangan, sementara Kak Raima sedap berbaring di atas katil dan Emi pula di toilet.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Yang teratas adalah nama Dan.

+tak nak kain pelikat!

+baju n songkok jawa pun tak nak!

"Dia ni kat Korea ke Malaysia? Banyak pula masa nak chit-chat." Nisa' sambung membebel.

+aku dengan tatun ni.

+terserempak kat seoul.

Tatun pergi Korea? Sampai hati tak ajak! Gumam Nisa'.

Di dalam hati dia dah siapkan tazkirah panjang lebar untuk kawan sepermainan, sekampung dan bekas rakan sekolahnya itu. Siaplah Tatun jumpa nanti!

Mesej Dan melalui WhatsApp itu disambung baca. Jenuh jari asyik scroll.

+tatun pesan, jangan ngorat balak aceh!

+pls! dengar pesan tatun.

+kang kesian bapak n mak kau dapat menantu jauh.

"Choi!" Dan sengal. Nisa' kutuk kawan baiknya itu.

***

Dia bagaikan mencari peluang mahu dekat dengan kenalan Kak Raima itu. Senyuman gadis yang dipanggil Nisa' seolah berjaya membuatkan detak jantungnya berlari sedikit laju daripada kebiasaan.

Barangkali dia jatuh cinta pandang pertama?

Di dalam kereta saja sudah beberapa kali dia mencuri-curi pandang melalui cermin sisi.

Tadi, sengaja dia bercanda, bertanyakan hal yang tak logik. Hal yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

"Mana lagi cantik? Langit di sini atau K.L?"

Soalannya itu dibalas dengan kerut pelik pada wajah di gadis.

"Bukan ke langit tu sama saja? K.L dan Aceh berkongsi 'tikar biru' yang sama, kan?"

Tidak diduga, Nisa' itu mengujinya kembali. Sudahnya, dia ketawa akan diri yang sudah terkena dengan gadis berkerudung bercorak abstrak.

"Ya. Kamu betul. Bukan sekadar langit, malah kita turut share bulan dan matahari."

"Mungkin bisa juga share hati?" tokoknya. Perlahan suaranya seolah berbisik pada diri.

"Apa?"

Nisa' yang berpaling, ajukan soalan itu membuatkannya pantas menggelengkan kepala. Tawanya lepas.

Wajah cemberut Nisa' membuatkan hatinya senang. Sengaja dipandang gadis itu dengan senyuman nakal ditampal.

bersambung...

P/s: Nakkan sambungan? Jangan lupa vote eh :P

TRIP 2: Antara Langit KL-BAWhere stories live. Discover now