Malam tu ada urgent kerja.Aku terpaksa keluar rumah pada pukul 3.00 pagi.Aku kerja wartawan jadi kalau bangun pi kerja pukul 2.00 atau 3.00 pagi ni nemang biasalah.
Jadi tempat tu aku kena pergi cepat sebab nanti wartawan lain ambil tempat aku.Jadi sia-sia aku datang.
Aku tengok map dan cari dimana jalan yang berdekatan dengan tempat kejadian.Jeng-jeng,aku dapat info yang kat situ ada laluan terowong yang dekat dengan tempat kejadian.Aku start kereta dan pecut.
Aku merasakan seram sejuk apabila memasuki terowong itu.Aku terlihat seorang pak cik sedang menyapu di tepi jalan.Tiba-tiba kereta aku berhenti di tengah-tengah jalan.Rupanya kereta aku habis minyak,dah lah aku pakai kereta kancil auto.Aku cuba telefon partner aku Amin tapi tak ada line. Aku cuba cari pak cik yang tadi tu tapi tak ada.
Aku beranikan diri untuk lihat kelibat kereta.pinnnnn,seorang pemandu lori memberi hon yang panjang menandakan suruh aku ke tepi.Aku suruh dia berhenti tapi lagi laju dia bawa dan aku nampak riak mukanya berubah semasa melihat aku.Aku cuba pandang ke belakang tapi tiada apa-apa.
Angin yang kuat pun datang menderu,aku cuba untuk pergi ke lereta tapi tak boleh senab angin kuat sangat.Aku terduduk apabila melihat satu makhluk yang berdarah-darah sambil merangkak ke arah aku dan semua lampu terowong terpadam.Aku pengsan dan keesokan harinya aku lihat aku di rumah,ternyata itu hanyalah mimpi semata-mata.Tetapi! Di tanganku ada kesan lebam.Aku hanya berfikiran positif yang mengatakan aku hanya terhantuk meja.
Aku ke tempat kerja seperti biasa.Sebelum aku ke tempat kerja aku lihat di tempat duduk belakang penumpang ada kesan tapak tangan di belakang.Aku berfikiran positif lagi mengatakan aku tidak apa-apa.
Tibanya di tempat kerja,aku dimarahi oleh Amin kerana tidak datang ke tempat kejadian tanpa menelefonnya untuk mencari pengganti."Hah?hang ada suruh aku pergi ka?"kata aku yang masih keliru.
"Ye laa,nanti hang ikut aku pi jumpa bos.Lain kali ada hal bagitau awal-awal.Bertanggungjawab sikit."marah Amin.
Aku hanya mampu terkedu.
-END-
YOU ARE READING
REAL
RandomBacalah REAL:kisah seram dan isu semasa tentang Islam..nantikanlah berita tentang seram tapi berlandaskan ilmu Islam.Belah depan tu tak seronok tapi yang kat belakang tu best..Baca dulu baru nilai.