Aku diuji kerana Allah menyayangiku,
Ketika aku alpa dek nikmat dunia,
Allah datangkan ujian untuk aku.Hati aku bersedih tetapi mengapa aku bersedih?
Bukankah semua itu ujian dari Allah?
Bukankah sepatutnya aku bersenang hati?
Kerana ujian tu tanda Allah masih sayang :)Allah menguji aku kerana Dia rindu mendengar rintihanku,
Kerana... Aku alpa dengan dunia yang fana
Dia menguji aku kerana.. Allah ingin aku menjadi lebih kuat Dan tabahTerkadang hatiku berbisik;
"Apalah sangat dugaan yang Allah datangkan padaku jika dibandingkan dugaan yang perlu dihadapi oleh baginda Rasulullah" .
Aku malu :(Malu kerana aku mengeluh :(
Tidak berhenti mengeluh atas ujian-ujian ini .
Seolah olah ujian itu ujian yang sangat berat
Sedangkan Allah tidak menduga aku dengan perkara yang aku tidak mampu tanggung .
Aku lemah. Lemah ya Allah ='(Ujian inilah pengukur keimananku,
Tetapi kenapa harus aku bersedih?
Kenapa harus lemah? Allah :(