Misi di dalam kegelapan

3.1K 12 0
                                    

Cerita ni memang aku tak pernah ceritakan secara keseluruhan kepada sesiapa. Setiap kali aku bercerita, ia akan ditamatkan dengan aku bersama-sama dengan sesiapa yang mendengar cerita kenapa aku kena buang sekolah sama-sama menggelakkan aku. Ia ibarat satu badge of honor di kalangan rakan-rakan sekolah aku.

Cerita kena buang sekolah.

Kenapa aku kena buang sekolah jika dilihat secara lahiriah memang nampak macam sesuatu yang menunjukkan sifat aku sebagai playboy. Mungkin ada yang setuju kisah aku kena buang sekolah ni menunjukkan aku suka perempuan. Ya lah, masa aku 5 tahun pun aku kena denda dengan cikgu tadika aku sebab aku suka curik cium budak perempuan. Budak perempuan yang kena cium akan menangis lepas tu pergi mengadu dekat cikgu yang aku cium diorang. Masa rehat aku akan dipulau sebab terkenal suka buat perangai tak senonoh.

Tak payah lah aku cerita sini bagaimana aku baligh paksa bila aku terjumpa buku-buku seks education yang abang aku letak bawah tilam di rumah aku. Kerana buku-buku tu aku tak pernah dapat mimpi yang dialami oleh rakan-rakan sebaya aku semasa aku Tingkatan 1. Nasib baik tangan aku tak berbulu.

Berbalik kepada cerita kenapa aku kena buang sekolah.

Ia terjadi di satu malam di mana ramai yang balik bercuti kerana satu hujung minggu yang panjang. Sekolah aku membenarkan semua pulang ke rumah dan oleh kerana hujung minggu itu berada jauh daripada cuti semester terdekat, ramai yang pulang ke rumah.

Apa yang aku ingat sehari sebelum kejadian keseluruhan sekolah asrama penuh aku tu blackout. Oleh kerana bosan aku merayau-rayau di dalam asrama dan join kawan aku yang menjadi tukang gunting rambut hujung minggu di tingkat 5 di mana bilik aku juga berada. Masa tu cukup panas dan semua yang duduk di hujung koridor tu berlenggeng samada pakai tuala atau kain pelikat. 

Sambil hisap rokok kitorang cerita macam-macam cerita sebab memang itu ke yang boleh buat. Nak tengok televisyen di bilik TV pun takde letrik.

Entah macamana kami boleh masuk tentang cerita asrama perempuan. Mungkin sebelum tu kami sedang bercerita tentang perempuan batch junior dan kemudian termasuk pulak ke cerita tentang batch kami yang bercinta dengan batch junior dan kemudian elok-elok lepas tu salah seorang daripada kami bercerita tentang pengalaman dia masuk asrama perempuan semasa cuti semester.

Dia bercerita yang dia pernah ikut seorang senior masuk ke asrama perempuan tetapi oleh kerana masa tu cuti semester hujung tahun dia rasa takde beza pun antara asrama lelaki dengan asrama perempuan. Yang mungkin menjadikan cerita tu exciting adalah apabila dia meromantikkan cerita tu yang dia dapat melihat bra dan kain batik bersidaian di ampaian. 

Aku bertanya macamana boleh ada bra dan kain batik kalau tiada siapa di asrama semasa tu. 

Dia menjawab entah-entah bra dan kain batik hantu kopek. Dah melompat topik pulak ke cerita hantu. Penglipur lara yang memulakan cerita tentang cerita masuk asrama tadi menyambung ceritanya dengan cerita hantu kopek. Sebagai budak lelaki yang sentiasa mempunyai hormon yang tak tentu arah, cerita seram yang dicampurkan unsur seks memang menjadi kegemaran kami. Kami adalah generasi Bercakap Dengan Jin dan Mona Gersang. Jika Mona Gersang Bercakap Dengan Jin, lagi kami suka.

Cerita asrama puteri tadi dilupakan.

Keesokan harinya, selepas bangun pagi pukul 2 petang, aku pergi ke kantin untuk makan. Sejak aku dikantoi oleh pakcik kantin menyonglap duit syiling yang dia simpan di dalam bekas yang diletak di atas meja, aku sudah tidak dibenarkan masuk dan mengambil mee goreng aku sendiri. Aku memesan mee goreng yang aku bayar dengan duit aku yang terakhir untuk minggu itu dan aku duduk makan. Nampaknya petang nanti sehingga bapak aku datang esok hari aku kena pergi makan di dewan makan. Aku harap hari ni lauk ayam goreng. Itu je pun lauk dewan makan yang aku makan. Kalau lauk ikan jaket aku kena pinjam duit kawan aku untuk makan di kantin malam nanti.

Kenapa Aku Kena Buang SekolahWhere stories live. Discover now