Bab 4

444 5 0
                                    

Di dalam kelas 5 Ibn Khaldun
Selepas waktu rehat

"Huh, bosannya. Cikgu pulak tak masuk sebab ade mesyuarat. 'The DIVA' sibuk dengan geng dorang. Dorang kan dak-dak kaya mana nak layan aku yang biasa ni. Walaupun tak kaya macam dorang, tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah beri dekat aku. Alhamdulillah". Getus hati kecil Huda.

Tiba tiba Huda teringat akan Hanisah, Izyan, Husna dan Fatin. Dia pun pergi ke tempat mereka dengan membawa kerusi bersamanya.

"Hai korang. Tengah buat apa tu?" Tanya Huda kepada mereka semua. Kelihatan mereka sibuk membuat kerja sekolah.

"Oh kitorang tengah siapkan soalan Tasawwur yang Ustazah Rosniza bagi tadi. Awak dah hantar ke?" Tanya Hanisah kepada Huda.

"Haah saya dah siap. Saya bosan tu datang sini tu. Lagipun dorang tak layan saya langsung." Luah Huda kepada Hanisah.

"Oh The DIVA tu memang sombong pun. Ketua dorang, Zarith Sofea. Dorang tak layan kalau macam kita ni. Awak nak duduk ngan kitorang tak?" Hanisah kasihan dekat Huda. Dia pun pelawa Huda untuk duduk dengan kumpulannya.

"Macam best je. Tapi muat ke kalau lagi satu meja nak himpit kat sini?" Tanya Huda. Tempat Hanisah dengan Izyan adalah tepi tingkap. Susunan meja di kelas itu adalah tiga meja di tepi tingkap, tiga meja di tengah dan dua meja di tepi tingkap yang bersebelahan dengan pintu masuk kelas.

"Boleh je nanti kita susun lah sama sama. Kalau macam tu awak tunggu selepas habis sekolah, kita susun meja. Awak boleh tak stay lama sikit lepas habis sekolah?". Tanya Hanisah.

"Emm... kalau sekejap tak pe kot" jawab Huda. Sebenarnya dia takut kalau umi dia marah kalau dia lambat.

"Memang sekejap je. Nak susun meja ngan kerusi je lepas tu kita balik lah". Hanisah menerangkan rancangan susun mejanya kepada Huda.

Suasana dalam kelas yang tadi hingar bingar hiruk pikuk tiba tiba menjadi senyap kerana Cikgu Azlan telah masuk kelas. Cikgu Azlan ialah guru subjek Matematik Moden. Dia seorang yang tegas tetapi kadang kadang lawak jugak lah. Kelas Cikgu Azlan sampai pukul 1.10 petang. Selepas itu semua pelajar dibenarkan balik.

####skip####

Kring kring kring

Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. Selepas semua pelajar kelas 5 Ibn Khaldun keluar, Hanisah dan rakan rakannya serta Huda menyusun meja dan kerusi seperti yang dirancang tadi.

Siap sahaja menyusun meja. Mereka semua bersurai. Huda berpuas hati dengan tempat duduk dan rakan barunya sekarang.

"Barulah ok sikit kalau aku  duduk bersebelahan dengan Najwa. Karang kalau aku terpengaruh dengan perangai dak-dak kaya tu apalah nasib aku kan...hmmm..." monolog Huda yang sedang bayangkan kalau dia pun jadi budak bajet kaya. Padahal biasa je.

Huda sedang menunggu ibunya menjemputnya dari sekolah. Dia memandang jam di tangan kirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.20 petang tapi batang hidung uminya itu pun dia tidak nampak.

Sedang asyik menunggu ibunya. Tiba tiba ada sebuah motosikal besar datang kearah Huda dan orang yang memakai topi keledar itu membunyikan hon.

"Eh pahal mamat ni? Pakai motor canggih lak tu. Mesti anak orang kaya. Tapi siapa ek dia ni? " Huda berbisik dalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jeng jeng jeng
Siapa la pulak lelaki yang bawak motor besar tu kan. Kalau korang semua nak tahu sambung lah baca cerita ni dekat bab seterusnya.

Watak utama lelaki tak muncul lagi dalam bab kali ni? Jangan risau nanti dia muncul lah.

Okay. Macam biasa korang kalau dah baca tolong vote dan komen. Kepada yang dah vote dan komen tu terima kasih sangat sangat. Kerjasama kalian amat saya hargai...

Peace yaww✌

Hanya Kamu Yang KucintaiWhere stories live. Discover now