Bab 13

256 2 0
                                    

"Ni bilik kau, sebelah bilik aku. Kalau kau nak apa-apa, ketuk je bilik aku." setelah menunjukkan bilik Huda, dia beredar ke biliknya. seketika kemudian, dia keluar kembali dan menghulurkan sehelai tuala kepada Huda.

"nah, amik ni. Untuk kau mandi" Akmal memandang muka Huda yang dipandangnya dengan pandangan kosong.

"Te.. terima kasih"tergagap gagap Huda membalas. Dia segan sebenarnya hendak mandi di rumah lelaki itu. tak pernah dibuatnya seumur hidup.

Akmal berlalu ke biliknya setelah tuala tadi disambut oleh Huda. Namun, belum sempat dia masuk ke biliknya, Huda memanggilnya semula.

"Awak, bilik air yang saya boleh masuk dekat mana,ye?" tanya Huda teragak-agak.

" dalam rumah ini, ada satu je bilik air. tu pon dekat dalam bilik aku. kalau kau nak mandi, kau kena masuk bilik aku". terang Akmal padanya.

'rumah je kondominium, tapi bilik air ada satu je. apa barang.' luah Huda dalam hatinya.

"Kalau macam tu awak mandi dululah, saya solat maghrib dulu" HUda memberi idea.

Akmal terus menutup pintu biliknya. Dia pon tidak solat lagi gara-gara terpaksa mengambil Huda di sekolah.

#skip

Usai solat maghrib Huda keluar daripada biliknya. Dia melihat bilik Akmal yang masih terkatup rapat. 'haih, solat dengan mandi pon lama. Agaknya lama lagilah aku dapat mandi' detik hati Huda. Beberapa minit kemudian, pintu terbuka.

"kau boleh masuk, nah baju aku dengan seluar ni untuk kau pakai malam ni." huluran disambut laju oleh Huda.

Huda pantas berlalu ke bilik Akmal. Dia mengunci bilik tersebut demi mengambil langkah berjaga-jaga. Akmal yang menyaksikan perlakuan Huda, hanya menggeleng sahaja. Dia segera berlalu keluar dari rumah tersebut. Dia ingin membeli makanan di kedai-kedai berhampiran dengan rumahnya. Maklumlah, perutnya juga sudah berbunyi daripada tadi.

#skip

keluar sahaja daripada bilik Akmal, dia memandang ke sekeliling dan di dapur. Akmal tiada. Dia berasa lega. Tudung sekolah yang kemas di kepalanya, segera dicabut. 'haih, ke mana lah dia pergi malam-malam macam ni' keluhan dikeluarkan.

"mana pulak remote control tv ni,ye?" matanya melilau lilau mencarikan remote control televisyen Akmal yang berada di ruang tamu rumahnya itu.

selepas membuka laci yang meletakkan tv sebesar 24 inci itu, dia segera mengambil remote yang terletak di situ. Dia menekan Power On pada remote tersebut. Dia segera menukar rancangan kegemarannya.

Dalam keasyikkan menonton televisyen, Huda terasa dirinya direnung. Dia terasa pelik. Pandangannya di kalihkan ke sebelah kanannya. Kaget apabila terlihat Akmal yang berdiri tegak di sebelahnya. 'Alamak! Tudung! mana tudung aku tadi?' tangannya mencapai tudung lalu dia bergegas masuk ke biliknya.

"Ya Allah, asal aku boleh tak perasan dia dah balik tadi? Malunya. Mana nak letak muka aku sekarang ni?" Huda menyembamkan mukanya dengan bantal kerana terasa malu yang amat.

Tok! Tok! Tok!

"keluar makan cepat. Aku dah sediakan makanan ni. Kalau kau tak keluar makan, aku kira satu sampai sepuluh je lepastu aku buka pintu ni dengan kunci bilik ni." Akmal mula mengugut.

segera pintu bilik Huda terbuka. Dia laju sahaja ke ruang makan. kalau bukan sebab tadi, dia tak ada sebab nak malu dengan Akmal. Huda mengambil tempat duduk yang sudah tersedia pinggan dan cawan. 

Akmal juga menganbil tempat di meja makan. Dia duduk menghadap Huda. Huda yang asyik makan hanya mendiamkan diri. Malu tadi tidak berkurangan lagi.

Selesai makan, Huda membasuh pinggan dan cawannya di singki. Dia tidak betah duduk lama-lama di situ dengan mamat tu. Segan rasanya. Dia cepat-cepat berlalu ke biliknya selepas siap basuh pinggan dan cawannya.



Hanya Kamu Yang KucintaiWhere stories live. Discover now