Adik Ipar Ustazah Azfa 1

8K 29 0
                                    


Di sebuah kelas agama yang dibimbing oleh Ustazah Azfa kebetulan adik iparnya yang baru dikenalinya selama 4 bulan itu menjadi anak muridnya. Satu-satunya adik iparnya yang ada iaitu adik kandung kepada suaminya. Humairah nama diberi. Di rumah, jarang sekali Ustazah Azfa berbual dengan adik iparnnya yang seorang ini. Kalau tak di meja makan, waktu solat berjemaah sahaja mereka bersua muka. Bagi dia, Humairah seorang anak yang baik. Boleh dikatakan semuanya perfect. Hormati orang tua, tak pernah tinggalkan solat. Rajin belajar sehingga result UPSR pun cemerlang dan semuanya A. Bijak tetapi satu sahaja kurangnya iaitu suka ikut kepalanya sendiri. Degil sedikit terutama dengan abang kandungnya merangkap suami Ustazah Azfa..

Humairah tertekan semenjak kemunculan kakak iparnya yang baru. Ada sahaja yang tak kena di mata ustazah itu. Itu salah dan ini pun salah. Dia banyak habiskan dunianya dengan membaca buku dan membantu ibunya di kedai. Masalah matematik, serahkan sahaja pada dia. Hari-hari membantu ayahnya mengira perbelanjaan perniagaan kecil mereka.

"Humairah.. berdiri kat depan ni dan tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain. Bagaimana cara mengambil wuduk dengan betul." Arah Ustazah Azfa, buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu diletakkan di atas meja. Cermin matanya ditanggal dan dilapkan dengan kain yang lembut.

'Huh.. ni yang aku malas ni.. punya ramai orang kat dalam kelas ni aku jugak yang kena. Kak Azfa ni nak kenakan orang tak bertempat betullah..' Rungut Humairah dalam hati. Dia harus mencari helah supaya tidak dibuli oleh kakak iparnya itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Humairah mengangkat tangan sambil menayangkan wajahnya yang tersengih seperti kerang busuk.

"Maafkan saya ya ustazah. Inginkan saya mengutarakan satu pendapat?" Pinta Humairah.

"Silakan." Toleh Ustazah Azfa sambil membetulkan cermin matanya semula.

"Ustazah, saya rasa semua kat dalam kelas ni dah besar. Dah pun wajib solat 5 waktu. Mesti tahu cara nak amik wuduk. Budak sekolah rendah pun reti nak amik. Hari-hari kena perhati oleh guru mereka masa kelas Fardu Ain dahulu. Inikan pula tingkatan 1. Saya khuatir kelas ini akan tertinggal syllabus disebabkan belajar perkara yang dah tahu." Jelas Humairah panjang. Harap Ustazah Azfa membatalkan niatnya untuk menyuruh dia ke hadapan kelas untuk membuat demonstrasi kepada para pelajar yang lain. Maunya luruh jantung berdiri kat depan di khalayak ramai ini.

"Tidak salah jika kita mengulang kaji. Manala tau, ada yang selama ini tersalah konsep atau silap cara mengambil wuduk. Boleh kita perbetulkan. Supaya selepas ini kita tak berada dalam kesesatan tanpa sedar. Alang-alang kita dah masuk bab bersuci dan wuduk ni. Betul tak?" Jawab Ustazah Azfa balik.

"Tapi ustazah...err.. kenapa pilih saya? Di dalam kelas ini ada 40 orang pelajar maka peratusan untuk saya terpilih adalah .. sekejap.. sekejap.. mmmm... 1 bahagi 40 darab 100 % .. Haaa.. cuma 2.5%. Sangat tipis nama saya untuk disebut.." Lawan Humairah balik sambil tersengih nakal. Rakan-rakannya yang lain juga turut ketawa melihat adengannya. Riuh suasana kelas itu. Kalkulator yang dikeluarkannya tadi disimpan balik masuk ke dalam kotak penselnya. 'Ya Allah Kak Azfa.. please lah suruh orang lain.' Rayunya dalam hati. Meskipun alasannya kali ini tidak masuk akal tetapi dia sanggup buat apa sahaja daripada merelakan dirinya tampil ke hadapan.

"Walaupun pemilihan kamu hanyalah 1% pun dan mungkin amat jarang atau sukar sekali untuk berlaku tetapi bila Allah berkehendak maka jadilah. Tidak begitu Sharifah Humairah binti Syed Khairil?" Tembaknya lagi.

'Amboi sebut nama bapa mertua pulak dia ni...' sempat hati kecil Humairah berkata.

'Ya Allah.. apa yang dia mengarut ni? Ni kelas matematik ke kelas agama.. ? Memang sebijik macam abang dia.' Keluh Ustazah Azfa. Mengenang nasib adik iparnya yang seorang ini. Si suaminya merangkap guru Addmath di sekolah itu juga suka menggunakan istilah matematik jika hendak berdalih dengannya.

"Sudah tertakdir dan tertulis nama kamu difikiran ustazah sekarang. Jadi dipersilakan dengan hormatnya ke depan..." Sambung Ustazah Azfa lagi dengan menggunakan bahasa yang paling sopan sekali menjemput Humairah ke hadapan.

Dengan berat hati Humairah berjalan menuju ke hadapan kelas.. 'Ya Allah... Buangkanlah rasa takut dan gementar ku ini.' Doa Humairah dalam hati. Sememangnya dia bukanlah orang yang berani berdiri di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi disuruh untuk menyampaikan sesuatu ilmu. Dikhuatiri ilmu yang akan di sampaikannya itu salah ataupun kurang tepat.

"Jangan lupa jelaskan setiap perbuatan yang kamu buat. Ambil perhatian semua, 'Ustazah Humairah' kita kat depan ni nak mengajar.. Cara-cara mengambil wuduk dengan betul. Ustazah Humairah, sila jelaskan secara terperinci. Bermula dengan membaca bismillah ketika membuka paip." Usik Ustazah Azfa lagi.

'Hai.. Humairah... Tadi bukan main berani menjawab siap berkalkulator. Sekarang disuruh berdiri kat depan muka dah pucat lesi.." Geleng kepala Ustazah Azfa sambil menahan senyum. Geli hati melihat kerenah adik iparnya ini.

'Bismillahirrahmanirrahim...' Ucap Humairah sambil menghembuskan nafasnya perlahan. Semua anak mata menumpu ke arahnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya dia. 'Tenanglah wahai jantung.. Jangan laju sangat berdegup boleh tak???' Pinta Humairah dalam hati.

Bersambung... :)

Adik Ipar Ustazah Azfa (Ada Apa Dengan Wuduk)Where stories live. Discover now