Adik Ipar Ustazah Azfa 3

4.7K 21 1
                                    

"Kita memang belajar tajuk bersuci sekarang ni. Islam bukan sahaja mahu umatnya bersih secara fizikal tetapi juga batin iaitu hati." Beritahu Ustazah Azfa sambil meletakkan tangannya di dada.

"Humairah, saya ada satu soalan untuk kamu." Kata Ustazah Azfa. Humairah sudah mengerut dahi.

"Alaaa.. asyik saya sahaja yang kena. Takda orang lain ke ustazah?" Rungut Humairah balik.

"Entah mengapa hari ini bibir saya ringan sahaja sebut nama kamu." Jawab Ustazah Azfa balik.

"Ye, apa dia soalannya ustazah?" Tanya Humairah malas sambil bangkit dari kerusinya. Meskipun sikapnya seperti tidak berminat untuk menjawab soalan tersebut tetapi dia akur akan arahan kakak iparnya kerana kakak iparnya yang sedang berdiri di hadapan itu adalah sebagai seorang guru. Guru yang sedang mencurahkan ilmu kepada anak muridnya. Maka dia harus menghormati guru tersebut tidak kira siapa orangnya.

"Hati dapat dibersihkan dengan air tak?" Tanya Ustazah Azfa dengan wajahnya yang serius.

Dush dush.. Tiba-tiba panahan kilat muncul diiringi dengan bunyi guruh lalu hujan lebat turun. 'Erkk.. ingatkan soalan apa tadi? Cehh.. apa punya senang soalan Kak Azfa bagi ni.' Rungut Humairah lalu cepat-cepat dia membuang perasaan hujan ribut itu tadi lalu ditukarnya dengan suasana ceria dan tenang seperti pelangi muncul selepas hujan.

"Kalau saya jawab YA nanti orang tak percaya dan cakap saya ni mengarut. Demi mendapatkan kepercayaan orang ramai, maka saya jawab TAK. Hati tak boleh dibersihkan dengan air. Hehe." Sempat Humairah berloyar buruk sambil menayangkan senyuman manis yang dibuat-buatnya.

"Betul tu? Hati tak dapat dibersihkan dengan air seperti mana kita dapat membersihkan tangan dan kaki kita." Sahut Ustazah Azfa. Malas dia hendak melayan kerenah adik iparnya. Khuatir semakin dilayan semakin menjadi-jadi nanti. Sengaja dia memilih Humairah untuk menjawab soalan tersebut. 

"Tetapi.." Sambung Ustazah Azfa sambil menoleh tepat ke arah Humairah seperti memberi isyarat kepadanya untuk menyambung ayat tersebut.

"Tetapi...?" Aju Humairah balik. Dia langsung tidak faham. Humairah mula kalut kerana tidak tahu menyambung kata Ustazah Azfa.

"Okey. Kamu boleh duduk." Akur Ustazah Azfa sambil melepas keluhan lalu tersenyum.

"Hati kita memang tak dapat dibersihkan dengan air tetapi dapat dibersihkan dengan..." Satu-persatu wajah anak muridnya dikerling sepintas lalu.

"Dengan apa ustazah?" Tanya Sarah. Pelajar yang paling pendiam dalam kelas itu tiba-tiba bersuara. Itulah yang diinginkan oleh Ustazah Azfa. Dia mahu respon daripada anak muridnya. Pelajar yang lain juga masih khusyuk mendengarnya. Mereka sedang menunggu Ustazah Azfa meneruskan kata-katanya.

"Dengan siraman taqwa. Patuh dan tunduk pada perintah Allah. Buat apa yang Allah suka dan tinggal apa yang Dia larang. Dengan hati yang bersih akan peroleh hati yang rindu segala-galanya kerana Allah." Jelasnya panjang sambil berjalan perlahan antara ruang-ruang meja kelas agama tersebut.

"Betul bukan?" Pertanyaan Ustazah Azfa dijawab oleh bunyi kipas angin yang laju berputar di siling kelas. Semua pelajar tidak bersuara kerana masih mencerna kata-kata ustazah mereka sebentar tadi. Ustazah Azfa perhati akan wajah adik iparnya Humairah yang kini sudah melayang jauh dari luar kotak pemikiran itu.

"Apakah kita lupa? Setiap hari kita berikrar dalam solat ketika membaca doa iftitah, dengan lafaz sesungguhnya solatku, ibadahku, matiku hanya untuk Allah sahaja. Tuhan sekalian alam." Sambungnya lagi. Ada yang mengangkat kepala. Ada yang mengusap wajah. Mereka seperti terkena satu panahan kilat yang sangat tepat tertusuk ke dalam hati.

"Apa gunanya kita berikrar setiap kali ketika solat tetapi tidak seiring dengan hati kita? Adakah kita hanya perlu bersihkan anggota badan kita sahaja tetapi tidak pada hati?" Ustazah Azfa mengakhiri kata-katanya dengan soalan yang tiada jawapan.

Semua pelajar terdiam mendengar kata-kata Ustazah Azfa. Mendalam sungguh pembelajaran mereka hari ini meskipun tajuk umumnya adalah bersuci. Dan jawapan kepada persoalan Ustazah Azfa sebentar tadi ada pada dalam diri masing-masing.

Allahu akbar.. Allahu akbar..! Humairah tersedar daripada lamunan panjang. Situasi kelas agama minggu lepas masih terngiang-ngiang di ingatannya. Sudah masuk waktu asar lalu dia segera mengambil wuduk. Disaat dia mengambil wuduk, teringat lagi kata-kata kak Azfa. 'Ya Allah.. tangan ini banyak melakukan dosa tanpa sedar. Maka kau ampunilah dosaku.' Begitu juga dia membasuh anggota-anggota wuduk yang lain. Kata-kata Kak Azfa sungguh bermakna baginya. Setiap kali dia berwuduk. Setiap kali dia berlafaz dalam doa iftitah. Semasa dia memasang telekung ditubuhnya, Kak Azfa dan ibunya yang sudah siap bertelekung itu muncul di sebelahnya. Mereka sama-sama solat berjemaah yang diimamkan oleh Kak Azfa. Abang dan ayahnya sudah menggerakkan motor mereka ke surau. Maka tinggallah kaum-kaum hawa di rumah. Hati Humairah sangat bermakna setiap kali berwuduk dan solat semenjak pembelajaran wuduk itu. 'Ya Allah, sudikah engkau menerima solat hambaMu yang banyak dosa ini...?'

Tamat... :)

Adik Ipar Ustazah Azfa (Ada Apa Dengan Wuduk)Where stories live. Discover now