Chapter 1

538 33 0
                                    

Kelihatan seorang pramugari dengan pakaian lengkapnya yang berwarna royal blue sedang menjalankan tugasnya di dalam kapal terbang. Dia ialah Park Chorong, ketua pramugari yang cantik.


"Miss" seorang penumpang lelaki memanggilnya dengan wajah arrogant nya. Dia melangkah ke arah lelaki itu dengan senyuman manisnya yang selalu terukir di wajahnya.



"Yes sir. May I help you?" dia bertanya kepada lelaki sombong itu. Dia sudah terbiasa dengan sikap penumpang seperti itu. Sabar je la Chorong. Kau kan sudah terbiasa dengan penumpang sepertinya. So just chill. Dia memberi kata kata semangat kepada dirinya.


"I need a water" ujarnya sambil melihat ke arah lain. Wajahnya yang tidak pernah menampakkan senyuman kepada orang lain selain kedua ibu bapanya. Dia ialah Kim Suho seorang yang berwajah dingin. Chorong yang melihatnya hanya mampu menahan rasa marahnya. Dia harus menghormati penumpang di dalam kapal terbang ini. Kalau ditempat lain, sudah lama dia membentak Suho.


"Please wait for a minutes sir" dia membongkokkan sedikit badannya dan berlalu dari situ. Sebotol air mineral diambilnya bersama gelas kaca dan dibawa kepada lelaki tadi.

"This is your water sir" Chorong meletakkan di atas meja yang disediakan untuk penumpang VIP. Suho hanya memandang ke luar tingkap. Sabar Chorong. Inikan cita cita kau dari kecil lagi untuk menjadi seorang pramugari. Dia berlalu pergi ke penumpang lain yang memerlukan bantuannya. Lelaki jenis apa yang tidak tahu berterima kasih. Urgghh!


Hatinya semakin panas melihat penumpang lelaki yang sombong itu. Tapi kenapa muka lelaki itu macam familiar sangat. Siapa eh? Dia berfikir sehingga dia terdengar pengumuman bahawa kapal terbang akan mendarat 20 minit lagi. Dia bangun dari tempat duduknya dan melakukan kerjanya kembali.



Sebagai ketua pramugari dia harus memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana kapal terbang akan mendarat 20 minit dari sekarang. Tetapi matanya tertangkap kepada seorang lelaki yang masih di alam mimpinya. Dia melangkah ke arah lelaki itu. Urgghh! This man again. Apa masalah lelaki ni hah! Tolong jangan tambah masalah boleh tak?!


"Sir. Please wake up" lelaki itu masih di alam mimpinya. Hati Chorong semakin panas. Lelaki ini sudah menaikkan darahnya. Dia cuba membangunkan lelaki itu lagi dan kedudukan lelaki itu masih sama. Tanpa membuang masa dia mengambil air yang berada di atas meja dan menyiram di atas kepala lelaki itu. Suho terus membuka matanya.


"Apa kau buat ni?" Suho membentak Chorong tetapi ketua pramugari itu hanya membuat muka tidak bersalah. Semua penumpang yang berada di bahagian VIP memandang ke arah mereka. Chorong melirik jam tangannya. 10 minit lagi kapal terbang akan mendarat. Dia berlari kecil ke tempat duduknya dan memakai tali pinggang keselamatan bersama pramugari lain.


Akhirnya kapal terbang mendarat dengan selamat. Semua penumpang diarahkan turun dengan membawa bagasi masing masing. Begitu juga Chorong dia mengambil bagasi dan turun dari kapal terbang. Belum sempat dia turun, seorang lelaki memegang lengannya.


"Aku akan balas apa yang kau buat kat aku tadi. Note that a beautiful stewardess" Chorong hanya memutarkan bola matanya sambil memegang bagasinya.


"Sure. I will wait for you Mr Arrogant" dia berlalu pergi bersama pramugari lain. Suho yang melihatnya hanya mampu menahan marahnya.



Chorong tinggal bersama rakannya, Yoo Ara yang juga stewardess. Ara merupakan sahabat baik Chorong dari sekolah menengah. Semua perkara dikongsi bersama kecuali lelaki. Tak kan husband pun nak kongsi. Terlebih baik ni.



"Weh! Tadi aku tengok kau siram air atas kepala mamat tu. Bukan main lagi kau kan. Asal kau buat macam tu" soalan KBAT yang ditanyakan oleh sahabat baiknya. Dia tidak pedulikan pertanyaan sahabatnya. Dia lebih memilih untuk membaringkan dirinya di atas katil king size miliknya dan memejamkan matanya.



"Weh! Aku tanya kau ni" dia menggoncangkan badan Chorong. Chorong membuka matanya kembali.

"Aku tak sedap badan lah. Esok aku cita kat kau. Please. Aku rasa macam demam pula. Boleh eh?" Chorong membuat muka comel. Ara yang melihatnya hanya berpura pura muntah.


"Tak boleh! Kau tu cuma demam. Lain lah kalau kau sakit mulut sampai tak boleh cakap. Aku tak nak tahu. Aku nak kau cerita juga" Ara tetap memaksa Chorong. Chorong pula terpaksa bangun dan bercerita kepada sahabatnya.


"Ok macam ni. Tadi mamat tu tidur manakala kapal terbang dah nak mendarat. So aku kejutkan lah tapi dia tak bangun juga. And aku dah tahu nak buat apa. So aku siram lah dia dengan air. And then dia terus bangun dan marah. Aku buat tak tahu je. Hehe" cerita Chorong dengan panjang lebar. Dia sudah tahu, sahabatnya akan menanyakan tentang tadi apabila sampai rumah. Sebab itulah dia prepared ayat panjang panjang.


"Berani kau kan. Kalau dia report pihak atasan macam mana?" Chorong membaring semula. Dia tidak sanggup menjawab soalan yang keluar daripada mulut sahabatnya ini. Makin dilayan, makin banyak la soalan yang ditanyakan.


"Biar lah dia nak buat apa pun. Aku terima je. Lagipun memang salah aku. Good night" Chorong memejam matanya dan tidur.



"Banyak la kau punya good night. Hari cerah² macam ni kau boleh kata good nite" Ara menggeleng kepalanya. Kenapa lah dia ada sahabat macam ni. Tapi apa ape pun dia suka berkawan dengan Chorong. Dia berlalu ke biliknya.


Ara sedang membuat sarapan untuk mereka berdua. Sandwich dan jus oren menjadi pilihannya untuk bersarapan bersama kawan tercintanya. Dia melirik jam telefonnya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Kenapa Chorong tidak bangun lagi. Setahunya, Chorong akan bangun terlebih dahulu daripadanya dan membuat sarapan untuk mereka berdua tetapi sebaliknya. Memandangkan Chorong selalu buat sarapan pagi untuk mereka berdua, hari ini dia pula yang membuatnya. Dia menaiki tangga dan menuju ke bilik Chorong.


Sampai di bilik Chorong, dia melihat sekujur tubuh sedang menggigil kesejukan. Dia terus berlari ke arah Chorong dan memegang dahi yang terasa panas apabila menyentuhnya.



"Weh! Kau ok tak? Kau jangan buat aku risau. Kau demam ni. Jom pergi hospital" dia membantu Chorong berjalan dan menuju ke kereta BMW putih yang dikongsi oleh mereka berdua. Ara memandu sederhana laju ke hospital terdekat. Dia risau kalau terjadi sesuatu pada sahabat baiknya ini.


Sampai di hospital, Chorong dikejarkan ke emergency room. Seorang doktor dan beberapa orang jururawat mengelilingi Chorong. Ara hanya menunggu di luar dengan keadaan risau. Untung flight mereka berdua pukul 1 petang. Kalau tak, memang tak sempat la jawabnya. Setelah 20 minit doktor keluar. Ara langsung bangun dan menanyakan keadaan Chorong.



"Keadaan dia stabil. Dia just demam panas. Dia tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah kerana saya harus memantau keadaannya sehingga dia betul² sihat" terang doktor. Ara mengangguk faham.



"Sekarang pukul 11:30 pagi. Saya ada flight pukul 1 tengah hari. So, I need to go. Thanks doc" dia menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi manakala doktor itu kembali ke bilik dimana Chorong ditempatkan.




Chorong membuka matanya perlahan lahan. Dia melihat semua putih. Adakah dia di alam lain? Dia melihat ke sebelahnya. Seorang doktor sedang menatapnya. Dia sedikit pelik. Dia baru teringat, dia di hospital sekarang kerana demam panas.


"Dah bangun. Ingat nak dah tak nak bangun" ape punya doktor la. Patut ke dia cakap macam tu kepada pesakitnya. Haissh! Suka sangat menaikkan darah aku. Dia memandang lama doktor itu.

"K-kau" Chorong membesarkan matanya.

Best tak? Ni baru permulaan je. Hehe. Saya author lama tapi ni account baru.

Be With Me [ON-GOING] SurongWhere stories live. Discover now