Chapter 2

460 37 5
                                    


"K-kau" Chorong membesarkan matanya. Semakin lama pandang muka lelaki ni, makin familiar muka dia. Tapi siapa eh?




"Dah puas perhatikan muka aku. Aku tahu aku handsome. So tak payah nak pandang lama². Nanti jatuh hati susah" ee! Boleh pula dia perasaan. Tapi memang handsome pun. Sebenarnya mamat ni, tak de la arrogant sangat. Maybe muka je kot.





"Mulai sekarang, aku ialah doktor yang akan merawat kau selama kau ada di hospital. So please respect. Semua arahan aku kau harus ikut" asal pula nak kena respect bagai ni. Mati aku. Hisshh! Kenapa harus dia yang merawat aku. Kecil sungguh bumi ini.




"Asal pula harus ikut arahan kau. Kalau makan ubat, boleh la aku nak ikut arahan kau. And then, nak kena respect bagai. Tak faham lah" Chorong mula protes. Dia paling tidak suka kalau orang sesuka hati memberi arahan yang bukan² kepadanya.




"Ada aku kisah. Anyway. My name is Kim Suho. You can call me Doctor Suho-






"Tak tanya pun" belum sempat Suho menghabiskan kata katanya, Chorong sudah memotongnya. Dia mengarahkan pandangannya ke luar tingkap. Malas untuk bergaduh dengan lelaki itu.





"Kau jangan ingat aku dah lupa apa yang kau buat kat aku masa dalam kapal terbang semalam. Kau tunggu la nasib kau. Aku akan buat kau jadi milik aku selamanya a beautiful stewardess" Suho membisikkan kata kata yang membuat Chorong terdiam seketika dan memandangnya. Suho melangkah keluar daripada bilik VVIP itu.





Suho melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang perlahan. Dia sangat letih kerana pesakitnya semakin bertambah. Dalam masa yang sama, dia gembira kerana berjaya mengenakan Chorong. Dia melihat ibunya sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Dia terus mendapatkan ibunya dan memeluk ibunya.




"Apa kamu ni. Macam budak². Dah besar pun nak manja². Hmm. Dah dapat cari calon isteri?" Ibunya mengeluarkan soalan KBAT untuknya. Dia melepaskan pelukannya dan berpura pura sedih. Ibunya sudah masak dengan perangainya.




"Tak payah nak cepat². Nanti kalau dah sampai masanya, jodoh tu akan datang. Ibu tak nak paksa kamu. Gunakan masa kamu tu. Ibu tak kisah, yang ibu nak perempuan itu akan menjaga kamu. Susah senang bersama" kata² indah yang keluar daripada mulut seorang ibu. Dia hanya tersenyum dan berlalu ke biliknya. Dia tidak membalas percakapan ibunya.





🌸🌸🌸




Malam yang tenang membuatkan seorang wanita yang mengikat rambut tak ubah seperti ekor kuda tersenyum sendiri. Sejak dia bekerja sebagai pramugari, dia tidak dapat duduk dan melihat bintang bintang yang cantik pada waktu malam.




"Hai. Tak takut ke sorang² kat sini?" Aduh! Mamat mana pula ganggu moment aku ni. Benci lah. Tak boleh tengok orang senang hati.





"Doktor lagi. Tak de mood la nak layan doktor. Better doktor balik and tidur" asal senyum² pula ni. Gila ke ape doktor ni. Tapi handsome juga bila dia senyum. Asal puji dia pula ni. Haissh!





"Boleh pula cakap sopan. Ingat nak ber ' aku kau' je. Kalau boleh balik, tak payah tunggu awak cakap, saya akan balik dengan rela hati tetapi saya terpaksa kerja malam sebab kawan saya tak dapat datang" patutlah dia ada di sini. Tapi macam mana dia tahu aku ada di sini eh? Nevermind.





"So. Doktor Kim. Kalau boleh saya tahu, apa maksud doktor pagi tadi" Suho memandang ke arah Chorong. Pew! Dia pandang aku lah. Apa aku nak buat ni. Eh! Yang aku lebih² pulak ni dah kenapa.





"Saya nak awak jadi pendamping hidup sehingga saya menghembuskan nafas terakhir saya" dia melihat tepat ke arah mata Chorong. Dengan cepat Chorong melihat ke arah lain.







"Kan saya dah cakap, saya tak de mood nak memain dengan doktor" kalau macam ni, boleh gila aku. Kenapa doktor ni pelik eh? Cakap dengan muka serius macam tu.





"Look at me. Awak ada tengok saya memain ke? Tak kan. So saya betul² ikhlas nak jadikan awak isteri saya dan ini juga merupakan hukuman awak atas apa yang awak lakukan kepada saya tempoh hari" takut juga tengok muka doktor ni yang berubah menjadi serius.





"Doktor tak de hukuman lain ke selain ini. Agak agak la. Doktor tahu kan perkahwinan ni bukan perkara main²-"






"Yes. Saya tahu perkahwinan ni bukan main². Kan saya dah cakap saya betul² ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Kenapa awak susah sangat nak faham!" Suho sedikit meninggikan suaranya. Chorong juga terkejut.





"Baiklah! Kalau itu hukumannya. Saya akan terima" kata Chorong dan menundukkan kepalanya sedikit.




Takde hukuman lain ke? Kenapa mesti harus kahwin dengan doktor ni. Dia nak memain dengan aku kot. Ish! Think positive Chorong. Maybe dia betul ikhlas kot. Banyak persoalan yang bermain di mindanya setelah Suho menghilang dari pandangannya.




🌸🌸🌸




Genap dua hari, Chorong menjadi isteri sah Suho. Malah, sejarah malam pertama mereka juga sudah terbuku. Mereka melakukan ekhmm!². Faham² jelah ye. Syaitan mana tah merasuk mereka supaya melakukan benda itu tanpa cinta sedikit pun.





Kini, Chorong tinggal bersama Suho di rumah yang dibeli Suho sendiri. Dia terpaksa tinggalkan sahabat baiknya di rumah seorang diri. Dia menyuruh sahabatnya itu mencari roomate baru tetapi Ara menolak. Dia tidak mahu tinggal bersama orang lain selain Chorong.





🌸🌸🌸




Pagi yang cerah, seorang wanita sedang menyiapkan sarapan di dapur. Sesekali dia teringatkan sahabat baiknya.






Ape yang dia tengah buat sekarang ni. Kesian pula tinggal dia sorang² di rumah tu. Kalau lah aku tak terima hukuman bodoh ni, mesti sekarang aku tengah bahagia dengan Ara. Hmm :-(





"Hai awak. Tengah fikirkan apa tu. Termenung jauh nampak" satu suara yang berjaya memberhentikan lamunan nya.






"Eh! Awak. Sorry tak perasan tadi. Saya tak fikirkan ape pun. Jom makan" Chorong mengambil tempat di hadapan lelaki yang bergelar suaminya itu.





"Macam sedap je awak masak" sempat lagi Suho memuji masakan isterinya.





"Of course la. Saya kan pandai masak. Semua masakan confirm sedap" gurau Chorong. Suho hanya tertawa kecil. Suho memasukkan makanan yang dimasak Chorong ke dalam mulutnya.






"Emm. Betullah. Sedap sangat. Untung saya dapat isteri macam awak ni" Suho meneguk air putih yang disediakan di atas meja itu.



"Kan saya dah cakap" Chorong semakin memuji dirinya sendiri.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" Tanya Suho.

TBC...

UPDATED✌ SORRY CAUSE SAYA AMBIL MASA YANG LAMA UNTUK UPDATED. ANYWAY, CITE NI JUGA TAK DAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN SANGAT. SEBAB ITULAH SAYA MALAS SIKIT NAK UPDATED. HEHE✌

Be With Me [ON-GOING] SurongWhere stories live. Discover now